Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Tuesday, March 10, 2009

..Wanita Yang Kau Pilih..


Malam selalu panjang
Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh

Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karena kita tak mampu
Selalu pergi menjauh

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun telah aku minta
Setia sepertiku

Aku percaya penuh
Kau kan buatku bahagia
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun telah aku minta
Setia sepertiku

Mase duk sorg2 kat umah hr tu, tertengok 1 video clip rossa "wanita yg kau pilih"..Best plak dengar lagu ni..Mula la nk mengkaji liriknya.:-)
Xtau la knp perlu ada rasa mcm ni. Dah la tinggal sorg2 kt umah, dengar lak lagu ni, rase sedih tibe2 je dtg..Bukan diri ini lagi yg dipilih. Atau sebenarnya mmg tidk pernah dipilih pun.
Suatu waktu dulu, pernah merasa bahagia dgn ucapan itu. Terasa bermaknanya ucapan itu. Walau tidak didengari sendiri, tetapi tetap berkesan di hati. Sangkanya itulah ungkapan yg akan memetri hubungan..Tapi,bila bercakap pasal jodoh, ermm diri ini hanya mampu merancang dan berdoa, penentunya di atas
Mungkin diri ini bukan yg terbaik yg Allah ciptakan untuk dirinya..
Mungkin juga diri ini bukan rusuk kiri yang Allah ciptakan untuk dirinya..
Menerima ketentuan bukan semudah mengungkapkan dengan kata2.. Benar kata seorang teman"memulangkan semuanya pasti tak semudah memberi kan..."
Dan hakikatnya beginilah..saat hati ini benar2 mengharapkan suatu keajaiban berlaku, hati yang satu lagi pula, memutuskan segalanya..Apa daya andai tiap usaha n doa belum menyebelahi..Bersabarlah hati...Benarkan semudah itu????

Monday, March 9, 2009


KEGAGAHAN SEORANG LELAKI

Kegagahan seorang lelaki bukan hanya pada rupa fizikal tetapi pada kecekalan hatinya. Antara lelaki yang gagah adalah :

* Lelaki yg mampu mengalirkan air mata untuk ingatannya.
* Lelaki yg sedia menerima segala teguran.
* Lelaki yg memberi madu setelah menerima racun.
* Lelaki yg tenang dan lapang dadanya.
* Lelaki yg sentiasa baik sangka.
* Lelaki yg tidak pernah putus asa.

Kegagahan seorang lelaki berdiri di atas KEMULIAAN HATINYA.

KEGAGAHAN SEORANG WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan lah pada rupa paras serta tubuh badannya tetapi pada kekuatan perasaan. Antara wanita yang gagah adalah :

* Wanita yg tahan untuk menerima sebuah kehilangan.
* Wanita yg tidak takut pada kemiskinan
* Wanita yg tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
* Wanita yg tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginannya.

Kegagahan seorang wanita berdiri di atas KETEGUHAN IMANNYA.

Dihujung Minggu...

Hujung minggu ni xtau nak buat ape..Cik Z dan Cik S dua2 balik kampung halaman..alahai 1st time dirumah baru seorg diri.. Hari Sabtu ptg dh terbang ke shah alam.Lame xjumpa budak kecik di sana tu..datang2 je terus dia tunjuk baju,seluar n tudung sekolah dia..huhu dah sekolah dah budak kecik tu upanya..Entah mcm mane la upanya klu si kecil tu ke sekolah kn??:-)
Ptg tu dia dh start buat perangai dah... Dia g ambik bekas milo,bawak duk depan tv dan makan milo tu ok..bile ditanya "knp nursyahirah makan milo tu?" n jawapan yg i dapat amat memberangsangkan "yelah ini kan makanan!!" ha ambik padan muka kat aku..sape suh tanya soalan mcm tu..


Alahai si kecilll.Bersama makananya..:-)




Inilah Tempat kejadianyer...

Pagi ahad tu lepas bfast kami g tasik shah alam..saje bawak si kecil tu mengenal alam:-)Apalagi punya la dia suka...Berpeluh2 main buaian..Ermm sonok tgk budak2 main kat sini..Ramai family yg duk berehat2 kat tasik ni..kira sesuai utk seisi keluarga la.. Satu ketika dulu pernah ke sini bersama seorg sahabat..alahai dh lame berlalu kenangan tu rupanya...


Ala sonok jugak upanya main buai ni:-)


Berpeluh2 tungang si zirafah kayu...


Si Kecil yang keletihan..dekat sejam dia bermain2..Akhirnya nak naik kereta pun dia dh xlarat..Sianyer dier:-)

Ops lupa nak cite..ada satu permainan yng menarik hati. Si kecil ni mmg xbleh tgk ibu dia buat sesuatu, musti dia pun nak...
ok tgk pic ni dulu.


Sebenarnya iron kecil saje..seperti tuannya yg kecil juga..:-)

Thursday, March 5, 2009

Wednesday, March 4, 2009

WAHAI DIRIKU MENGERTILAH


Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

Yang Bernama....

N Anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan

O Anda seorang yang berfikiran terbuka

O Anda seorang yang berfikiran terbuka

R Anda seorang yang gemar bersosial.

A Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda

Z Anda selalu bergaduh dengan seseorang

I Anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum

Y Anda selalu penyebab pada banyak masalah

A Anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda

N Anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan


"Tak wajib betul dan harus salah, sekadar suka-suka dan mungkin panduan untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Ikut pemerhatian saya selalunya ada kena mengena dan betul. Jika betul itu kebetulan, jika salah itu juga kebetulan. Yang betul dan ia baik rangsang terus, yang salah dan ia tak baik gantikan dengan yang baik atau hapus terus." - Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

ALahai banyak yg perlu diperbaiki ni...hehe..lebih2 lagi huruf Y & Z.. Alamak!!! Camne ni?kena banyak muhasabah diri lagi ni..he2:-)Pada teman2 yg mengenali, andainya seorang yg bernama Noor Aziyan ini ada melakukan kesilapan kpd anda, dan andainya ada luka di hati anda yg berpunca drpd saya...Mohon sejuta keampunan...Maafkan saya...Semoga selepas ini, sy tidak lagi memyusahkan sesiapa..dan semoga cahaya perhiasan ini, benar2 menyinari kehidupan anda..Daaaa:-)

||..Home Sweet Home...||




Sabtu tadi buat makan2 kat umah(28-2-2009).. saje2 je jamu kawan2
ramai gak tetamu yg datang alhamdulillah
Diam xdiam dah sebulan duk umah ni...

Juadah yg tersedia...


Dapur kami...


Selamat Ulang tahun Sayang:-)


Thank pade kawan2 yg sudi datang..To my family, wawa's family,ina's fren,k.wana,k.shida,k.ina,k.ita,alyani,k.asiah, puan yati,ekin(thanx ye long),abby(akak gurau je ms kt lif tu),aida,su,marina,ain,k.wahidah,fit n fren, FBI:-)n semua yg hadir.... Seronok sgt bile tgk tetamu yg hadir...


Ni dia tuan rumahyer...Yan,Ina & Wawa:-)..Alalalaa muka tuan umah mcm letih saje...penat ek???:-)

Berkongsi dengan mereka yg xdpt sampai ke rumah kami...ni ada sekeping dua gmbr di hari kejadian:-)

Cinta yang IDEAL...


Rasanya semua org tahu apa itu cinta. Baik secara peribadi, atau melalui
pemerhatian. Tapi pernah tak anda terfikir, utk mencuba berjalan lebih
jauh lagi? Kita tahu, apabila kita jatuh cinta, perasaan yg normal ialah,
kita mahu MEMILIKI si dia. To make ur partner, yours. Tapi pernah tak anda
terfikir, bahawa apabila kita berjalan lebih jauh lagi, yg akan kita
jumpai ialah IDEAL LOVE? Dlm psikologi, apa saja yg berkaitan dgn perkara2
yg Ideal, biasanya hanya dimiliki oleh mereka yg berusaha sebaik mungkin
utk menjadi diri mereka yg terbaik. Maknanya, menjadi seorg manusia yg
IDEAL. Dlm hal ini, mencapai sesuatu yg ideal dlm cinta. Does it make
sense to u?

Begini. Apabila kita mencintai seseorg, perasaan yg akan dtg ialah, kita
mahu MEMILIKI. Ini sesuatu yg normal. Tapi cinta yg ideal, ia tidak
memiliki. Ia hanya memberi. Jadi apabila kita mencintai seseorg, dan kita
telah sampai ke tahap di mana kita benar2 faham perjalanan cinta, kita
akan melepaskan... Cinta tidak bermaksud kita harus memiliki. Cinta
bermaksud, kita membiarkan org yg kita cintai, bebas menjadi dirinya
sendiri, di mana, bila dan bagaimana, mengikut masa dan acuannya sendiri.
Walau pun itu bererti, kita mungkin kehilangan si dia utk
selama-lamanya... Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan
dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak
pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang
lebih baik dari itu.

Cinta yg ideal, bererti anda membebaskan si dia dari perasaan terikat dgn
anda. Anda memberikan kebebasan berdasarkan kepercayaan dan kehormatan.
Namun itu bukanlah bererti anda seorg malaikat sehingga ia membuatkan anda
kelihatan PERFECT. No. Ia hanya bererti, anda telah sampai ke satu
peringkat, di mana cinta tidak lagi boleh menguasai anda, tetapi ANDA lah
yg menguasai cinta...

Ada pepatah Inggeris yg mengatakan,

'If you love someone, let that person go...
If that person comes back to you, that person is yours...
But if that person does not come back to you...
Then that person was never meant for you,
In the very first place...'


Sebagai manusia biasa yg penuh dgn kelemahan, kedengarannya adalah
MUSTAHIL utk menjadi manusia ideal, apatah lagi mempraktiskan cinta ideal.
But is it really that impossible? Perasaan mmg akan terluka, kerana
sebagai manusia, kita tidak akan lari dari bersikap dan berperasaan
kemanusiaan. Tapi apabila kita telah sampai ke tahap ini, kita akan faham
dan akan melihat cinta, dari satu perspektif yg berbeza. A whole new world
is open up to u. A deep understanding of love, and life, that not many
possess. It helps u to see things more clearly. Tidak ada lagi perasaan
ingin memiliki. Everything is done sincerely, because u no longer expect
anything in return. Almost an altruist.

Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat
berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak
gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya,
jika anda bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta
kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana terpaksa.
Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana setia.
Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta, hanya kerana cinta...

Jadi, sejauh manakah keberanian anda, utk membiarkan cinta berjalan atas
paksinya sendiri, terbang bebas di alam maya, bebas melihat dunia dan
keindahannya? Atau anda lebih senang mengurung dan merantai cinta, kerana
anda takut kehilangan? No matter how absurd or abstract this is to u, do
try to stop, and smell the roses...

Cahaya Komen - Benarkan cinta itu ideal? Bgaimana nk jadi pecinta yang Ideal? Selalu bace statement ni "If you love someone, let that person go...
If that person comes back to you, that person is yours...
But if that person does not come back to you...Then that person was never meant for you,In the very first place" ... Tak tau la betul ke tidak.. Betul la agaknya kan..Tp kita suka ke, xsuka ke, klu dh nak pergi, pergi juga kan.. Klu xnak lepaskan pun, kena lepaskan juga kan... Ermmm camne tu..
Kate seorang teman " What ever happens, its happen for a reason"..
~Semua kan ada HIKMAHNYA~

Tuesday, March 3, 2009

Jangan Terlalu Mencari KESEMPURNAAN dlm KEHIDUPAN



Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya
semula....Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih
dapatdipergunakanlagi....
Begitu juga jika kamu MENGENALI seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu TERLALU MENGAGUMINYA dan janganlah kamu
menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia MANUSIA BIASA. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan MENINGGALKANNYA.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS
hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti
membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang
lain..Kamu juga yang akan MENYESAL....

Suka, Cinta & Sayang


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia
dan bukan untuk dirimu sendiri
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau MENYAYANGI seseorang, dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dipundakmu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama- sama."

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, "Ia sangat cantik dan menawan."
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,
"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA, menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu, kau akan berkata,"Tak apa dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan."

Pada saat kau SUKA padanya, kau akan SUKA untuk menyukaimu.
Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya disaat dia membutuhkan.
CINTA adalah kau akan menemaninya disaat bagaimanapun keadaannya.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Cahaya Komen~Terima email ni dr "Cik Z" semalam...lama membacayer.. erm macam2 interpretasi yg ada dlm kepala otak ni(mmg pala ni suka menafsir yg mcm2 pn). Mne satu ye? Suka, Sayang & Cinta??? xtau la...suke ke sayang ke cinta ke xkisah la..yg penting kita happy kn:-) Tp words ni "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.." pernah digunakan... Ermmm Apelah "ERTI" yer tu kn.... Mcm kata Nabil 'lu pikir la sendiri' ~