Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Wednesday, May 20, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKLW (APC)

Salam..

Semalam dh berlangsung Majlis APC KKLW bertempat di Auditorium Blok D8..
Majlis ni untuk memberi penghargaan kpd kakitangan yang berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun 2008..Walaupun Cahaya tak dpat anugerah,tapi bukanla Cahaya tak bertugas dengan cemerlangkn..hehe..Tu semua balik kepada rezeki la:-)

Ok cuba perhatikn betul2 gambar di bawah ni..hebat x kami semua menghabiskan semuanya..hehe...Yg xde dlm pic,desert dia la "aiskrim tapai"..Seronok betul bila sesi makan2 ni:-)

Lastly,Cahaya nk ucapkan la tahniah kepada kawan2 Cahaya yg dapat APC tahun ni. Doakan satu hari nanti Cahaya pun bleh dapat ye.. Congrats to CC,Kak Ina,Kak Ita,En Azham,En Rash,En Zafri & En Shah..
Kata pujangga " Keikhlasan itu seperti semut hitam, di atas batu hitam, di malam yang gelap..Tak kelihatan tetapi ia ADA.." Erm fikir2 kan la ye...:-)

Tuesday, May 19, 2009

Bila Cahaya Turun Padang...

Salam..


Ha ni dia beberapa gambar2 kontroversi sepanjang latihan netball minggu lalu..Hehe.. Gambar2 yg begitu ditunggu2 mengalahkan gambar anak erra fazira..:-)
Ni la gambar Cahaya bersama kawan2..Hari kedua latihan,kami menang. Menebus kekalahan hari sebelumnya..


Alamak tergolek plak.. Untuk pengetahuan semua, sukan bola jaring ini adalah antara sukan yg sangat bahaya. Dan juga terdapat banyak aksi2 stunt yg boleh ditonton sepanjang kejadian..hehe..Betul x Cik Z???:-)(Aku tau niat hati Cik Z yang cuba untuk menyambut aku yg nk terjatuh tu..hehe)


Fuyooo lajunya Cahaya berlari..lari je laju,tp bola terlepas juga..Adoiai


Huhhhh Penat dah..Bile la pengadil nk tiup visel ni..Dh xdaya nk berkejar-kejaran dah ni...

Pesanan penaja kepada Cik S - "Sila pastikan tisu2 yg sudah terkoyak itu,dibaiki semula..We need our shooter back!!!:-)"
Pesanan penaja kepada Cik Z - "Sila pastikan yg terkoyak itu juga diperbaiki..hehe..Jangan ulangi aksi stuntgirl anda!!!:-)"
Pesanan penaja kepada Cahaya sendiri " Mak dah tua nakkkk!!!!:-p"

Sunday, May 17, 2009

Cinta Terakhirmu...

Salam..

Telah berulang kali aku nyatakan niat di hati untuk membalut luka hati mu namun kau masih meragui keikhlasan cinta ku. Haruskah engkau terus menghukum para pencinta mu hanya kerana seorang kekasih yang tidak setia?

Sayang… bukalah pintu hati mu. Biarlah apa yang telah berlaku kau tinggalkan menjadi sejarah. Tidak ku minta kau lupakan sejarah itu kerana sejarahlah yang mengajar kita erti kehidupan hakiki. Namun ku pinta bukalah lembaran sejarah yang baru di hati mu. Penuhkanlah ia dengan cerita cinta dan kasih sayang yang baru. Aku berjanji sayang tak akan ada lagi air mata sedih yang akan mengalir lewat sepasang mata nan indah itu.

Sayang jangan takut mencuba lagi kerana kegagalan itu bukan untuk selamanya. Bila kita membiarkan ketakutan menguasai hati, kita biarkan kegagalan itu datang lagi.

Sayang… cinta pertama bukanlah cinta yang seharusnya abadi. Jika ia mampu kekal bersyukurlah tetapi bila ia pergi relakanlah. Aku tidak akan mungkin menjadi cinta pertama mu tapi biarkanlah aku menjadi cinta terakhir mu…

Thursday, May 14, 2009

Majulah Sukan Untuk KKLW:-)

Salam..

Alahai tgk tajuk pun dh takut ni..hehe..biar benar Cahaya join sukan..hahaha..Tp mengenangkn kementerian ni mmg memerlukan atlet2 yg berbakat mcm Cahaya & The Geng, so terpaksala kami menyarung kembali jersi(hahahaha riak thp ikan keli ni)
Tp percayalah,inilah kenyataannya. Smlm ptg, lepas g rakaman ehwal islam Cahaya & The Geng turun padang tau..Dengan kuasa Bola yg kami ada dr elok manis berbaju kurung terus "bertukarr" jadi gah seorg atlet kebangsaan tau:-p

Kebetulan kat padang ada team lain yg tengah training. So kami pun buatla pertandingan kecil2an dengan diorg..Terima kasih atas latihan yg diberikan..
Adoiiiii Pancit beb...7tahun xturun padang..pe cite!!!
Minggu depan ada 3 game yg dh diuruskan oleh manager kami..Diulang ok "3 Game".. Ha tercabut ler stokin kami nanti...
Sebenarnya kami masuk ni mcm suka2 je.. Knp tah tetiba je rase nak join..Ok la gak..sekurang2nya turun le sikit berat Cahaya ni..(turun ke)xbrape nk memberangsangkan ler..kuikuikui..
okla..doakan Cahaya berjayalah menyumbangkan jasa pd kementerian kami ni..Pesanan penaja kpd kawan2 Cahaya "Klu nk bermimpi tu,wat la kat area yg Cahaya bleh rakam aksinya..hehe"

~Xsabar tunggu mlm ni..hehe..ssshhh~

Forum Perdana Ehwal Islam

Salam..


Smlm Cahaya g rakaman forum perdana ehwal islam..Sempena Sambutan Jubli Emas KKLW 2009..Alahai ilmiahnya Cahaya kn..:-)
Sebenarnya Cahaya memg suka bile moderatornya Y.Bhg Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tu..Sonok dengar dia bercakap..Ahli panel yang lain pn ok gak..
1.Y.Bhg Prof Dato' Dr Mohd Yusof bin Othman
2.Y.Bhg Prof Datuk Dr Mohd Yusoff bin Hussain
3.Y.Bhg Prof Madya Dr Sharifah Hayati binti Syed Ismail...

Cahaya dapat beg cantik smlm..huhu ok la kn..macam warna mesin basuh kat umah plak:-)

Dua tajuk yg dirakam petg smlm. " Fajar di bumi permata" & "Masam-masam manis"
Tapi dapat dengar satu slot je,cz kul 5 Cahaya kena bergegas ke sesi seterusnya plak..(sambung entry seterusnya ok):-)
Smlm ms tunggu nk start rakaman tu tension gak la, cz tunggu lame..Dekat sejam Cahaya dlm dewan tu tau..Asyik cut-cut je penerbit kata. Buhsan betul. Ini la alasan knp Cahaya tinggalkn dunia hiburan dulu..(kahkahakah...artis le kunon2yer kn)

Dapat snap dr jauh je...

Tp mmg best ler ceramah smlm..Moga2 ilmu yg diperolehi menjadi azimat spnjg kehidupan..Amin..
(Atas desakan seseorg yg katanya begitu teringin memasukkn objek dirinya kedlm blog Cahaya ni,Cahaya paste ler sekeping gmbryer ye..Sori imej agak kurang memuaskn hati dan limpa:-p)
Tp ms keluar dr dewan tu adala cite xbest sikit berlaku..Jumpa kawan lame dr agensi..soalannya agak menguris hati n perasaan.Xpelah kita xtau ape hikmah yang Allah sembunyikn

Monday, May 11, 2009

Kenapa Pelangi:-)

Salam..



Puisi ini membuatkn ku menangis di pagi hari...TQ
Wahai sayang ku….!
Jikalau disatu hari nanti….
Engkau sedang merasa sedih dan berdukacita
Serulah aku!
Pasti aku akan segera datang disisi mu
Walaupun aku tidak dapat mengembirakan mu ketika itu
Yang pastinya…
Aku akan turut serta berduka menangis bersama2 mu!
Wahai sayang ku….!
Jikalau disatu hari nanti
Engkau ingin lari berpindah ketempat lain
Serulah aku!
Kerana aku tidak akan menghalang niat mu
Cuma aku….
Ingin juga lari berpindah ketempat lain bersama2 mu!
Wahai manis ku….!
Jikalau disatu hari nanti
Engkau lihat lidah ku sudah menjadi bisu dan kelu
Segeralah datang kepada ku
Kerana ketika itu….
Aku sedang didalam kerinduan
Dan sedang tersangat dahaga
Memerlukan diri mu dan kehadiran mu…!



“Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”

Happy Mother's Day

Salam..


Khas Buat Bonda Tercinta..-Puan Saniah Haji Ahmad-



Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami


Buat Mak, selamat hari ibu..Terima kasih yg tak terhingga atas jasa n pengorbanan bonda selama ni..Balik kampung hari sabtu, tuk celebrate mother's day. Saje je ingat nk suprisekn mak. Jamu KFC ramai2..alahai sedapnya ayam goreng..Meriah bile bekumpul reramai..Tak termasuk lagi kerenah cucu2 semua. Ha apelagi riuh rumah dibuatnya.. Malam tu baru bagi hadiah kat mak..alahai hadiah kecil dari anakmu..Love u mum...
Buat Mak, dan semua ibu2 "SELAMAT HARI IBU,TERIMA KASIH IBU"

Friday, May 8, 2009

Spoil My Mood:-(

Salam..


Kisahyer...
Lunch time tadi g avon kat persint 15.. Nak cari barang sikit,cz setiap pembelian RM10 keatas dapat tupperware.
Tgk punya tgk katalog yg ada berkenan la dengan satu set ni berharga RM20.. tanya kat indon yg jual tu, dpt tupperware x? Dia dengan yakin lagi berwibawa mengatakan IYA..
So g la bayar..pastu budak yg jage kaunter tu ckp xdpt plak..Adoi pening pala.. N geram pun ada..Klu xdpt ckp xdpt..benci tau...:-p Tension betul, da la xdpt harga ahli, tupperware pn xdpt gak..
Last2 kuar dr avon tu dengan muka xbrape nk suka la..huhu..Jom g makan la..Hati dan perut xsama kn..hehe


Ni la barang buktinye.. Suka mempermain-mainkan hati n perasaan org tau..uhuhuhu

Rumahku syurgaku...

Salam..

Ada kisah sedih ni kat umah.. Dah 2hari tv Cik S rosak..alahai boring tahap kingkong dah..Bile balik umah je xtau nk buat ape..Last2 tdo...huhu
Tp smlm tidak lagi..........
Dengan kuasa doremon yg Cik S ada rumah kami dh ada tv kembali..hehe:-)

Cayalah Cik S punya tv.. Ada ala2 tv plasma x? ada iras2 sikit la kn..hahaha
Pesanan kepada Cik Z yg belum dpt melihat tv ini secara live,sila tempah tiket JB-KL sekrg juga..hehehe

Niat dihati ms g survey tv tu, just teman Cik S je..Alih2 bile kuar dr kedai, washing machine pun dpt sekali..Bukan hadiah lucky draw ye..Tetapi dengan kuasa wang ringgit yang ada dapatla rumah kami washing machine yang baru..Alahai anak omak..

Jgn marah green color lagi. Balik tu bersama2 Cik S,kami telah..membasuh baju sambil menonton tv.Wah seronokkkyerr.. Ups lupa plak, syukur alhamdulillah (Sambil meraut tangan ke muka)Hehehe:-)

Thursday, May 7, 2009

Tagged by Kak Muni

Salam..


Sori ek kak muni, lama sangat baru dpt jawap tag ni..huhu..

1. snap the picture of both inner and outer of your wallet.


Inside???
-kopi, susu n marjerin...hehehe... As usual je..duit(wlu slalu xbyk he2), ic,lesen,resit,kad2, gmbr mak n arwah abah,gmbr sendiri,gmbr org tu(belum lagi.huhu)



2. introduce your wallet brand, price and where you bought it.
Wallet brand: Vincci
Price: hadiah:-)
Where you bought: kena tanya yg belikan la (SACC kut)



3. take out whatever inside your wallet

Ya allah ni isi wallet ke isi tong sampah..hehe

4. Snap a picture with your wallet with your self.



5. Tagged another person
-U
-Kak wana
-Mai
-Kak Liza

Satu Transformasi:-)

Salam..


Alahai lamenya nak "mengupdate" blog kesayangan hamba ni.. Sibuk ke? Xjugak..hehe
Aura "memblog" xmari je..:-)
Ok nk cite satu perkara je, bukan pasal AF7 walaupun tajuknya transformasi


Suatu ketika dulu inilah yang banyak menabur jasa pada diri ini..ecewah..dekat setahun lebih gak la bertemankn my little kancil ni...alahai terima ksih la...Gambar ni diambil pada hari terakhir kunci kancil ni ada dengan aku...:-) SELAMAT TINGGAL SAYANG


Inilah dia transformasiyer.. SELAMAT DATANG SAYANG
Ok introducing my new sweetie...Taraaaa....
Bagi yg mengikuti perjalanan kedatangan sweetie ni musti tau mcm mane susah payahnya..alahai sejalur cahaya memamg begitu..
Alhamdulillah inilah hasilnya. Setelah menanti, menanti dan akhirnya...

Ok kenalkn my 1st passenger merangkap my co-pilot..Cik S:-)Amboi sonok gelakkn i ek..


Ni la dia Datin Seri Paduka yang menjadi 2nd passenger yer..Hehe..mekasih ye mak teman org jalan jauh ngan sweetie hr tu..Muah muahhhh:-)