Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Monday, November 7, 2011

Bingka Roti

Petang jumaat lepas tetiba datang perasaan rajin di dapur plak.. Hehe..Lama xbuat kuih kn.. Jom2 cuba resepi baru. Niat di hati nak buat bingka roti. Tgk resepi kat sini ye Destinasi Cintaku .. Malas nk taip.. Tgk tajuk resepi tu membuatkn semangat lagi berkobar2 nak buat. Cz tuan punya blog tulis, resepi ni comfirm jadi. Hehehe:-)
Taraaaaaa sejam kemudian bingka roti Cahaya siap untuk dimakan.. Mujur jadi, kalau tak siapla tuan punya resepi..hehehe
Jom minum petang..Bingka roti dengan teh panas..WOW!!!!!:-)

Detik Demi Detik...

Pejam celik pejam celik dah 38 minggu berkongsi satu lagi nyawa dalam rahim ini. Syukur yang tidak terhingga atas nikmat anugerah ini. Tiap gerakannya menyuntik rasa bahagia, bak belaian lembut mengusik jiwa.. Duhai anakanda tercinta, makin hampir saat kita bsua muka... Betapa teruja & tidak sabarnya hati menanti saat itu...


Kalau ikut kiraan due date cuma tinggal 14 hari saja lagi. Ya Allah semoga semua urusanku dipermudahkan.. Moga2 tiada ape yang buruk yang berlaku.. Perkenankanlah doa hambu Mu ini Ya Allah..
Kawan2, doakan saya ye..AMIN

Doa memohon zuriat yang baik @ surah al-Imran ayat 38


[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 2011



Salam Hari Raya Aidiladha semua.. Tahun ni Cahaya beraya di Putrajaya saja. Memandangkan Cahaya tengah tunggu hari skrg ni, xjadi la nak balik kmpg. Dok diam2 je la kat sini.. Mujur la bonda tercinta ada di sini menemani... Xla la rasa sunyi sangat di pagi raya..Ecewah..lagipun adik beradik Cahaya datang beraya di sini..Best2:-)

Juadah pagi raya kami.. Nasi impit, lontong & kuah kacang. Sonok juga beraya di Putrajaya ni ye...:-)

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih, dapatla Cahaya buat ibadat korban. Tapi bukan la buat di Putrajaya ni. Cahaya wakilkan kat ayah mertua buat di kampung je..


Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :
Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".


Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Monday, October 24, 2011

Mini Potluck

Entry lepas pasal makanan. Entry kali ni pun begitu juga.. Jangan jemu yer..Hehe
Jumaat lepas, kami wat mini potluck.. Alah saje2 bawak bekal sorg sikit. Makan ramai2 jadi la banyak:-)
Menu utamanya adalah nasi lemak.. Tajaan Puan Roshidatun berserta sambalnya:-)..


Cik puan timun di temani ngan rendang ayam.. Tajaan Cik Cahaya.. Bukan rendang ayam tu ok.. Jangan memasang harapan terlalu tinggi. Timun tu je yg Cahaya bawak.. Hahaha.. Rendang ayam hasil kepakaran Kak Ija:-)

Ni pun Cahaya juga la yg buat. Ikan bilis grg ngan telur dadar. Cahaya ambik bab yang senang2 je..Hehehe.. I xpandai memasak la u all:-)

Satu lagi menu utama adalah mee goreng. Hasil tangan Puan Zurina kita.. Sedap mee ni..Nk lagi bleh????

Sandwish hempap pun turut serta.. Ni Kak Ija la yang buat:-)Kenyang yerrrr

Tidak ketinggalan kek marble hasil tajaan Puan Asnita..Cara2 nk buat kek marble ni kena tanya sendiri pada tuanyer ok:-) hehe

last sekali adalah buah-buahan.. Tp lupa nk snap pic. So google je la. Ha ambik ko...mcm2 buahan yg kuar.. Yang kami bawak cuma oren, apple & anggur je.. Haha

Dimulakan dengan bismillah.. Di sudahi dengan Alhamdulillah..Jemput makan kawan-kawan:-)

Sunday, October 23, 2011

Sandwich Hempap:-)


Kontroversinya tajuk..hehehe.. Hr ni kat opis kami wat kelas masakan. Belajar wat Sandwich ni ngan Kak Ija..Amboi nk keja ke nk berkelah ni..Haha..Jom semak bahan-bahannya...

Benda wajib la kn klu nk wat sandwich, jgn xde roti plak..hehe. Roti ditaja oleh Ina & Kak As

Tuna jangan dilupakan. Td Sifuu dh tambah garam, gula, mayonis, perahan limau ke dalam tuna ini. Tujuannya untuk menambahkan lagi keenakannya.. Enak la sgt:-). Tajaan Ina
Chezzy juga tidak ketinggalan. Sape nk stok chezzy ni leh order pada Sifuu ye.. Promote! Promote! hehe
Ni pulak telur rebus yang dh dihancurkan. Turut menjadi mangsa kehancuran adalah mayonis, lada sulah dan sedikit garam. Hasil lenyekan Cahaya:-)
Satu lagi tajaan Cahaya adalah Chiken Slice ni.. Rebus siap2 kat umah..

Ok jom mulakan prosedur kerjanya.. Mula2 wat satu layer roti yang di sapu tuna.. Kemudian wat 2nd layer yg disapu telur hancur.
Seterusnya bagi peluang kepada chezzy plak meletakkn dirinya di layer ke3. YUmmy.. Ulang langkah2 tadi sehingga 12-15keping roti.. Erm tingginya:-)
Hasilnya roti menjadi setinggi ini.. Hati2 jangan smpi ada bangunan yang runtuh yer:-) Buat dengan penuh kesopanan & ketatasusilaan ok
Masa menghempap sudah tiba.. Ambik penutup tapaware n tutup kesemua roti yang tinggi tadi. Pastikan tiada sebarang kerosakan struktur bangunan ok. Terima Kasih pada tuan punya tangan yang dh interprem..jangan mintak komisen ye:-) Hahaha
Jeng Jeng Jeng sarapan pagi kami hampir siap. Setelah hampir 30min di usahakan.. Hahaha.. Alamak lupa nk ambik pic masa siap. Ambik pic lama la ye..
Sepatutnya jadi comel2 mcm ni la.. Dh lapa sgt lupa nk snap pic..Terus makan..hehhee.. Thanx pada semua yang terlibat.. Lepas ni kita nk wat ape lagi ek:-)

Thursday, October 20, 2011

Rindu Tak???



Fuhhh Fuhhh Fuhhhh
Bukan takat berhabuk dh bloh ni, dh jadi bersawang mcm rumah tinggal dh ni..Hehehe
Cer tgk last entry, dh berzaman2 kn.. Sowi sowi sgt tiada kerajinan dlm menulis cerita2 terbaru..hehehe..Ape nak jadi

Bangun!!! Cergas!!!
Banyak entry2 tertangguh yang Cahaya xsempat lagi nk publish..
Nanti jap ek.. Kita wat pelan2.. Tungguuuuuu

Jangan Marah saya ye, kerana saya comellll:-)

Monday, September 19, 2011

Kecilnya


Minggu lepas telah meluangkan masa mencuci semua baju2 baby. Maklumla takut kena tahan wad awalkn..huhuhu.. Bersungguh laki bini dok mencuci ape yg patut. Ni sesi membasuh baju2 je, kain lampin semua dh selesai masa sesi pertama..Hehe.. Maklumla ampaian kecik je. Xleh la nk basuh smua sekali..

Sgt suka pada pemandangan ini.. Semua kecil2 & comel2 saja.. Hehe..Sweet perasaan yang hadir.. Ya Allah Berikanlah Rahmat Kasih Sayangmu kepada Kami.. Amin


SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Sunday, September 18, 2011

Menghitung Hari...



Minggu ke-29

Anda kini sudah berada ¾ masa kehamilan dan hanya tinggal 11 minggu sebelum anda bertemu bayi anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pada ketika ini, bayi anda sudah mempunyai deria pendengaran yang tajam. Bayi mungkin terkejut dengan bunyi-bunyi yang kuat (walaupun kadangkala reaksi bayi anda lambat daripada bunyi bising dengan tindak balas bayi). Sesetengah bunyi, bayi anda sudah dapat mengecamnya (Jika ia sudah biasa didengarkan kepadanya) dan sudah tentunya degupan jantung anda, sistem penghadaman anda serta bunyi aliran darah anda sudah sebati dengan bayi. Bunyi-bunyian seperti itu boleh mendodoi bayi untuk tidur kerana bunyian itu sudah biasa baginya. Bayi anda juga dapat mendengar suara anda dan suara-suara ahli keluarga lain.

Minggu ke-30

Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk kelhiaran bayi anda. Terdapat sikit lagi perkembangan di dalam saiz fetus, plasenta, uterus dan cecair amnion yang akan meningkatkan dari segi saiz dan jumlah.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi sudah boleh mula membuka kelopak matanya. Bulu matanya dan keningnya sudah terbentuk dengan baik. Beratnya kini mencecah 3 paun atau 1.4kg dan panjangnya adalah 17 inci bersamaan dengan 38cm. Dua per tiga daripada saiznya yang bakal dilahirkan. Tahap antibodi bayi kini bersamaan dengan ibunya. Jika dilahirkan, bayi akan dapat bertahan tetapi masih dalam kerumitan. Berita baiknya, jika bayi dilahirkan pada saat ini, 85% bayi berpeluang cerah untuk terus hidup dan peluang hidup terus meningkat jika bayi dilahirkan pada 35 minggu ke atas.

Minggu ke-31

Anda mungkin menghadapi masalah dalam mencari kedudukan yang selesa untuk tidur sekarang ini. Beberapa minggu lepas ianya cuma masalah kecil. Ini membuatkan anda tidak sabar dengan ketibaan bayi anda dan anda pasti mengimpikan bayi anda berada di dalam dakapan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Beberapa cecair amnion perlu dibuang bagi memenuhi ruang untuk bayi yang semakin membesar dan ini bermakna cecair amnion yang dihasilkan anda berkurang separuh daripada bulan lepas. Dengan pengurangan cecair tersebut pergerakan bayi lebih terasa kuat. Walaubagaimanapun pergerakan bayi akan kurang drastik dan dramatik mulai takat ini.

Paru-paru bayi juga lebih matang dan sudah bersedia untuk hidup di luar rahim. Bayi berlatih dengan menggunakan cecair amnion untuk bernafas. Berat bayi kini lebih kurang 1.6kg dan panjangnya 18 inci bersamaan dengan 40cm.

Minggu ke-32

Mungkin anda tertanya-tanya adakah anda telah melakukan yang terbaik buat bayi dalam kandungan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda tidur dan terjaga dalam masa yang tidak tetap. Walaubagaimanapun, anda merasakan sukar untuk mengetahui samada bayi anda tidur atau jaga kerana ianya sangat aktif sepanjang masa.
Minggu ini bayi sudahpun seberat 1.8kg dan panjangnya pula menjangkaui 18.9 inci iaitu 42cm.

Minggu ke-33

Kehamilan adalah sesuatu perubahan besar dalam hidup wanita. Selain dari tekanan fizikal seperti keletihan, loya, perubahan saiz dan bentuk badan, anda akan merasa kebimbangan dalam melahirkan bayi, membesarkan bayi dan sebagainya. Walaubagaimanapun tekanan yang berlebihan akan memudaratkan. Carilah masa untuk bersantai dan jika anda takut untuk menghadapi kelahiran, jangan baca kisah-kisah kelahiran orang lain yang menyakitkan. Anggap ia sesuatu yang indah apabila anda akan mendakap bayi yang anda impikan kelak.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 2kg dan panjangnya pula 19 inci bersamaan 43cm. Walaupun warna mata bayi anda tidak berapa kelihatan pada awal kehamilannya nanti tetapi warna iris sudah mula kelihatan ketika ini.

Minggu ke-34

Masa ini ada perlu membuat keputusan samada bayi anda akan menyusu penuh dengan susu ibu dan sebagainya. Jika anda ingin memberi bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu, carilah ‘breast-pump’ yang berkualiti memerah susu dengan baik. Ianya mungkin memerlukan anda berkorban sedikit wang untuk membeli ‘breast-pump’ yang berkualiti.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Dengan satu lapisan lemak putih di bawah kulit bayi anda, bayi anda tidak lagi kelihatan kemerah-merahan. Jari jemari bayi sudah agak panjang tetapi kuku tidak sepenuhnya tumbuh. Bayi anda kini mempunyai berat 2.25kg dan panjangnya pula ialah 19.8 inci bersamaan dengan 44cm.

Minggu ke-35

Minggu ini anda boleh mula mencari nama untuk bayi anda. Pilihlah nama yang baik-baik dan indah maknanya untuk bayi lelaki dan perempuan (anggap anda tidak pasti dengan jantina bayi anda walaupun anda sudah melihatnya pada mesin pengimbas – ultrasound)

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Berat bayi anda kini 2.5kg dan lebih kurang 45cm panjang. Kini anda sudah berupaya melihat pergerakan bayi pada perut anda. Seronok jika mengamatinya bergerak ke kiri dan ke kanan di dalam perut anda. Daripada masa ini, bayi akan menukar posisi kedudukannya kepada kedudukan kelahiran dimana kepala bayi menghala ke bawah. Kurang daripada 5% menghadapi masalah punggung bayi ke bawah atau kakinya kebawah. Doktor menggalakkan kedudukan kepala ke bawah adalah cara yang paling selamat melahirkan bayi jika tidak bayi mungkin menghadapi sedikit masalah dan perlukan rawatan kecemasan.

Minggu ke-36

Sekarang anda akan melahirkan anak anda dalam beberapa minggu lagi. Anda mungkin memikirkan apa yang dilakukan oleh bayi anda sebelum ia dilahirkan. Isi masa anda dengan pelbagai bacaan berilmiah mengenai bayi dan penjagaannya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Ruang untuk bayi bergerak di dalam perut anda semakin sempit. Bayi membesar sedikit perlahan sehingga dilahirkan kelak. Bulan ini berat bayi akan meningkat sekitar 25% sahaja. Sebagai contohnya, bayi akan mempunyai berat sekitar 2.75kg dan panjang 21 inci atau 46cm tetapi apabila tiba waktu kelahiran kelak, berat bayi sekitar 3.4kg dan panjangnya sekitar 54cm. Berat dan panjang ini adalah purata berat dan panjang bayi. Sesetengah bayi mungkin lebih kecil dan ada yang lebih besar.

Sekitar minggu ini, bayi berkembang dan tiada masalah jika ia dilahirkan pada bila-bila masa mulai sekarang. Paru-parunya telah mula matang untuk bernafas apabila lahirnya kelak. Ruang yang sempit ini menyukarkan bayi untuk bergerak dan kadangkala anda tidak merasa ia banyak bergerak seperti sebelum ini.

Minggu ke-37

Anda mungkin tertanya-tanya tentang adakah anda berdaya untuk melawan sakit sewaktu bersalin kelak. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda memperolehi antibodi penting daripada anda untuk melindunginya nanti memandangkan bayi yang baru lahir lemah dari ancaman melawan penyakit. Jika anda memilih untuk memberinya susu ibu selepas dilahirkan, ianya satu pilihan yang bijak kerana bayi akan terus menerima antibodi serta pengimunan semula jadi daripada anda. Para doktor menasihati agar penyusuan terus daripada susu ibu sehingga bayi berusia 6 bulan. Berat bayi anda kini 3kg dan panjangnya pula 21 inci iaitu 37cm.

Jika anda memilih untuk menyusukan, anda akan menjadi tambahan ke atas pada kekebalan selepas kelahiran. Bayi anda menerima 'pengimunan semula jadi' untuk enam bulan lagi selepas kelahirannya dengan susu ibu. Para doktor akan menasihatkan bahawa anda telah bayi anda melalikan permulaan pada umur dua bulan. Bayi anda menimbang hampir 6.5lb (3kg) dan adalah berkenaan 21in (47cm) lama.

Minggu ke-38

Pada peringkat ini anda mungkin merasakan bayi anda telah mula turun ke uterus iaitu kedudukan yang paling baik untuk melahirkan bayi. Sekarang, proses kelahiran sedang bermain-main difikiran anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pada peringkat ini bayi telah mula mengambil tempatnya iaitu kepala ke bawah untuk memudahkan proses kelahiran. Posisi ini adalah posisi mejoriti bayi-bayi yang akan dilahirkan kelak. Bagaimanapun, jika bayi anda masih belum berada di dalam posisi yang sepatutnya, dia masih mempunyai dua minggu lagi untuk mendapatkan kedudukan yang tepat

Info = Viaemma