Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Saturday, November 17, 2012

Cuti2 Malaysia

Lamayer nk publish pic percutian keluarga ni. Dh berbulan2.. xsilap jun hr tu.. Tgk dh lupa..tu maknayer mmg dh lama tu kn..hehe
Malas nk taip banyak jom layan pic je la:-)
Hari petama singgah ke A Famosa Water Park
Apa la sgt yg dpt Adam main kn:-) Tgk2 je la jawabyer
Amboi.. Sonok la tu ayah bawak naik kuda
Teruja adam tgk kura2 ni... Masa kat zoo melaka
Dh boring la tu.. suh pandang kamera pn dh xmau..hehehe
Suasana malam.. kami semua menyusuri sungai di sepanjang kota melaka.. Best gak.. Pemandangan cantik2
Mengabadikan kenangan depan homestay.. Dh nk balik dh. Insyaallah panjang umur murah rezeki kita g holiday lagi ye.. Tahun depan Cahaya dilantik jadi organizer lak.. Hurmmm nk g mane ek???

Tuesday, October 30, 2012

Tanpamu - Sabhi Saddi ft Helena (OST Nur Kasih The Movie)

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Kernamu ku ada di sini

Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya
Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu


Layan


Ku cari di mana
Kau letak hatimu
Kerna bersamaku ada penawarnya
Hanya kepadamu tempat ku mengadu
Usah kau berpaling Dan terus membisu

Sememangnya lidah tiada bertulang
Namun itu bukan alasan berdiam
Percintaan ini kita memilihnya
Kesilapan hanya suatu perbandingan..

 Kekasih..cintaku ibarat rimba
Andainya dibakar Tinggallah debuan arang
Siramlah dengan kata-kata saktimu
Semoga asmara Berbunga ke akhir nanti

Bagi ku engkau Permata hidupku
Inilah ujian buat kita..
Berjanjilah dan setia Kekasih padaku
Kita bercinta hingga ke pintu syurga
Sinarilah asmara
Di mata dan di jiwa
Hidupkan cahaya cinta
Selamanya.....
Cakk..sedap x akak nyanyi:-)

Thursday, September 13, 2012

Kisah Raya Adam


Dah minggu terakhir syawal, baru la sempat update pasal kisah raya ni. Sibuk benar ibu bekerjaya ni ye..hahaha.. Raya 2012 penuh erti. Pertama kali sambut syawal bersama putera hati. Alahai bleh tahan haru biruyer.. Hahaha.. Terus terang mmg Cahaya agak teruja tuk sambut 1Syawal tahun ni. Begini rupanya rasa bila beraya bersama suami & anak. Rasa happy & syukur atas nikmat rasa ini. Alhamdulillah Adam xbanyak ragam sangat. Pegi beraya pun steady je. Takat meragam mengantuk  & penat tu normal la kn. Dia pun dh laju merangkak. Xdok diam la kan. Smua tempat dia nk tuju. Kadang2 g beraya xsempat rasa kuih raya pun. Dok sibuk dgn dia je. Smua benda nk dicapai. Alahai bukan ape takut pecah bekas kuih raya org yg mahal2 tu.. Hehehe.. Jom cite smbil tgk gmbr la..
Adam dok posing bersama sepupu sepapat dia. Tahun depan awak dh xjadi yang bongsu tau Adam. Hehehe sukayer dia
Susah betul nk duduk diam.. Tgk ni dh lari dia.. Adam..Adam...
Pose dgn Atuk plak. Sama la tok color tema kita tahun ni.. Hehehe
Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga. Moga Syawal kali ini membawa 1001 erti buat kita semua.. Amin

Tuesday, September 11, 2012

Adam dan Hawa


"Adam dan Hawa diciptakanNya 
Disemai rasa kasih sayang 
Agar bersemi ketenangan 
Dan kedamaian di hati"
Mesti skrg ni ramai tgh dok kegilaan dgn cite Adam & Hawa ni kn.
Saat Adam & Hawa bertemu setelah sekian lama terpisah. Masjidil Haram menjadi saksi pertemuaan dua hati. Alahai lambatyer lagi cite ni nk habis. Xsabor nk tunggu
Comey betul si heroin ni. Yang hero xyah komen la kn. :-)
Setakat 2minggu ni, Cahaya rasa cite ni best la. Sebab boleh dikatakan hampir 90% jalan cerita di dalam novel dilakonkan semula. Xmacam sesetengah drama adaptasi. Banyak yang dipotong2. Harap2 Adam & Hawa tidak begitu ye.. 80 episod ni..Adoiii lamayer lagi..

"Tak Usah Diucap, Tak Usah Dilafaz
Aku Dah Mengerti Bahasa Cintamu...."

Tuesday, August 28, 2012

Tuhan Jagakan Dia

  Pagi tadi 1st time drive g keja kembali setelah berbulan xmemandu sendiri. Bila sorang2 dlm keta tu mula la otak menerawang. Ditemani plak ngan alunan rentak muzik terkini. Ecewah.
Tetiba bila dengar satu lagu tu berlinangan airmata. Alahai hati cepat benar tersentuh kini. Apatah lagi terkenang2 Pelangi selalu nyanyi lagu ni.
Terasa mcm berdoa dan merayu pada Ilahi untuk kesejahteraan kekasih hati. Alahai sayu..Rindu..hahaha Cahaya Aziyan sedang mengalami sindrom "keanggauan" dan "kejiwangan".Kihkihkih

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Masa rangkap "Tuhan jagakan dia, dia kekasihku kan tetap milikku." Terasa benar kesayuaan hati. Walau macammane perancangan kita, Perancangan Ilahi adalah yang terbaik kn. Kadang2 terfikir jua, andai sesuatu terjadi, bagaimana??? Ermmm hati..Hanya doa yang mampu dipanjatkan, moga2 Kasih Sayang Ilahi sentiasa mengiringi kehidupan kami sekeluarga. Peliharalah kami sekeluarga. Amin..

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)


Selamat Hari Lahir Teman


Selamat Hari Lahir istimewa buat seseorg yg jauh di mata tp dekat di hati.. TV9..:-)
U, selamat hari lahir.. Semoga panjang umur & murah rezeki.
Doa I, moga tiap langkah yg diatur, tiap perancangan, tiap impian dan harapan, sentiasa berada dlm limpah rahmat ilahi. Dan moga apa yg U hajati akan tertunai jua akhirnya...
Walau ape yg U lakukan.. Moga2 itu adalah yang terbaik untuk U dan keluarga..

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT... Iringi Doa Kuhulur.. Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia :-)
Eh Ada lak pic ni..Alahai rindu yer:-)

Tuesday, July 31, 2012

Hari Cinta :-)

Entry terlewat seminggu. Asyik xsempat je nak menaip. Huhuhu Sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Cewah..hehe:-) Mgu lepas genap 2thun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat kebahagiaan ini. Semoga kasih sayang yang termetri 2thun yg lalu akan kekal selamanya hingga ke Syurga. InsyaAllah. Terima kasih sayang di atas segala yang telah kau lakukan untuk rumahtangga kita. Terima kasih atas kesudianmu menjadi pembimbing untuk diri ini. Terima kasih kerana selalu menyediakan telinga mendengar ceritaku, menyediakan bahu untuk ku sandarkan harapan, menyediakan jemari mengesat tiap airmata yang mengalir, dan terima kasih kerana menjadi Imam dalam hidupku..Semoga kasih sayang kita kekal utuh walau dilanda dugaan. I LOVE U :-)


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
 

Saturday, July 28, 2012

Airmata Kasih Berlinangan..Berlinangan Selalu..

Minggu pertama Ramadhan di duga dengan sakit mata.. Allah Akbar. Lama xkena sakit mata ni. Kisahyer bermula rabu lagi, mata dh start merah2. Tahan lagi. Ptg tu dh rasa makin pedih. G klinik dlm kul 630ptg. Dua klinik g tp doktor dh rehat, maklum la nk berbuka kn. Satu lagi klinik penuh lak. Ermm sabar la mata oiii
Esok ye pas hubby balik keja, terus g klinik. Semalaman menangguh kepedihan dan mata berair. Huhuhu kasihani diriku....:-)

G klinik doc bagi mc 2hari. Mata merah yang melampau kata doktor. Huhuhu so berehat ler teman dua hari di rumah. Di bulan ramadhan la plak kn. Xleh le makan2. Hehehe..
Harap2 cepatla sembuh..Bukan ape takut bjangkit kat Anak & Suami.. Sian diorg nanti..

Wednesday, June 13, 2012

Solid Food pertama Adam


Dah bererapa minggu Adam start makan makanan pertamanya.. Wah gigih la yg omak yer ni kedapur memasak untuk si anak. Berdebar pun ada. Takut si anak xnak makan. Hari pertama kenalkan makanan, agak slow la.. Dia nk telan makanan tu pun xpandai sgt lagi. Hari ke dua nampak perkembanganya.. Cahaya lambat suap pun dia dh datang dekat.. Yg mak ye ni khayal dok tgk TV kn..hahaha... Sori ye Adam:-)

Ni bubur nasi + carrot. Cantik color dia. Mcm puding jagung. Hehe

Ni plak bubur nasi + kismis. Yumyum... Manis, cz ibu dh rasa dl.. Memang nampak dia suka la klu manis2 ni.. isk isk xbaik untuk kesihatan tau klu makan manis2 ni. tp klu manis buah xpe..manis dlm senyuman lagi xpe...:-)
Makan banyak2 ye Adam Nufail. Ibu akan teruskan usaha untuk mevariasikan lagi menu2 Adam nanti.. Bersabar ye sayang:-)

Wednesday, June 6, 2012

Bile Anak Demam...


Mgu lepas Adam demam, batuk dan selsema. Suhu badan turun naik. Aduhai anak. Sian tgk dia demam, moody je.. Merenget xnak jauh dari ibu & ayah. Malam pun tdo x lena. Cepat sembuh ye sayang.. Xpe sakit ni tuk dapat akal baru, tuk jadi lebih sihat. Supaya antibodi jadi lebih kuat ye.. Yang anak xde la ape sangat. Cool je, yg emakyer la lebih2, Sedih tgk bile anak tu sakit. Huhuhu

 Nama je demam, tapi aktif yer..Adoi satu rumah dia round...
Ya Allah Perkenankan lah doa kami. Sembuhkan putera hati kami itu dari segala penyakit. Sihatkan tubuh badannya. Amin.

Thursday, May 17, 2012

Berdebar Jantungku..


Bila anak dh nak masuk 6bln ni mula ler emakyer gatai2 tangan cari resepi pasal bubur bayi ni.. Erm mcm2 ada. Sonok yer.. Macam agak teruja untuk memasak untuk si anak. Moga2 kerajinan di dapur sentiasa bersama-sama Cahaya..Hehe..

Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi

Bubur Nasi
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.



Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu

1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Cara membuatnya
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara membuatnya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Cara membuatnya
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan air
Cara membuatnya
 Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Cara membuatnya
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

Rujukan saya : Hanakids 
Ibu saya nak makan bole???

Thursday, May 10, 2012

Budak Baru Belajar





Sepanjang 3hari lepas Cahaya telah menghadiri Kursus Adobe Photoshop. Wah menarik tertarik bunyi ye kan. Before ni belajar wat Adobe ni sendiri je. Ini barulah ikut kelas secara formal. Seronokyer. Banyak benda baru yang Cahaya belajar. Banyak juga kaedah2 baru yang diajar. Cikgu yang mengajar pun TERBAEEK:-)
Ini hasil kerja di hari pertama. Kira pengenalan la dl kan. Takpe2 percayalah tiap kejayaan yang besar itu bermula dengan kejayaan-kejayaan kecil. So kita mula dari 0 ok:-)
Cikgu ajar wat background sendiri. Menarik ni. Before ni klu nk wat background just google je background yang sedia ada. Lepas ni tidak lagi..Jeng jeng jeng..hahaha
Ini pelajaran baru bagi Cahaya. Sonok buat benda ni. Pic yang lama@black and white then kita color kn. Mcm budak2 tadika belajar mewarna la plak kn. Xpe2 yang penting kita happy:-)
Agak mencabar sikit nk combine kn pic and pattern background. Mungkin mudah bg org lain. Cahaya kn budak baru baru belajar.
Gatal-gatal tangan buat pasal artis plak. Combination brush, shadow, shape, pattern and lighting.
Ni pelajaran terakhir semalam. Belajar nak buat pelangi.. hehehe.. So lepas ni banyak la pic2 Cahaya kelihatan sang Pelangi di situ ye..Hahaha







Tuesday, May 8, 2012

Cinta Hati



Cinta hati. Sweetye cekelet ni..Hehehe.. "Have a Heart". Terima kasih pada yang memberi. Dari jauh datangyer coklat ni. Tah bile bleh dapat lagi ye..Kena pegi Jepun sendiri la kut kan. Jom En Pelangi, kita g honeymoon kat Jepun plak. Cari coklat hati..hahahaha