Monday, February 8, 2010

:: Hari Keluarga KKLW ::

Salam..

Hari Ahad lepas Cahaya & kawan2 kat Bahagian ICT ni dipertanggungjawabkn tuk jaga meja pendaftaran masa Hari Keluarga KKLW di FRIM,Kepong. Kami diminta berada di sana kul 6.30 gtu.. Wah awalnya. Kami bertolak dr putrajaya kul 5.30. bagusnya anak emak ni.. Pagi2 lagi dh bangun ye..hehehehe
Pendaftaran start kul 7pg. Leh tahan la ramai yg dtg.. Maklumlah pak menteri pun turut hadir sama..
Kami dibahagikn ikut rumah. Jeng jeng jeng Cahaya & Cik Zurina jaga umah PINK.. Sweet color.

Kebetulan je pakai baju pink.. Jaga pun umah pink:-)


Pak menteri datang di iring dif2 terhormat.. Dpt gmbr dr jauh je maklumla tgh bertugas..


Tak dpt bergambar banyak pun, maklumla RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..Yolah tu:-p


Balik dr FRIM, dlm kul 10lebih sikit.. Singgah makan kat serdang cz xbfast langsung. Sgt lapa, n kaki pun dh gigil nk tekan minyak keta... huhu.. Tp xbrape selera cz penat sgt. ( tp makan tetap makan..kihkihkih:-p) Smpi umah rehat jap then tertido depan tv.. Maklumla pg tadi bangun kul 4.30.. Bangun tdo lapa lagi. APe la yg nk dimakan ni ek.. Mujur ada sup sayur yg dibekalkn oleh Cik Wawa kita tu.. Pe lagi basuh muka, g dapur perangat sup tu. Mula2 tu rasa cikit mcm xpedas, g ambik 2biji cili potong2 n masukkn dlm sup. Dh siap perangat, masukkn sup dlm mangkuk & tuang air oren. Bawak duk depan tv & nk puaskn la nafsu makan ni.. Tetapi sup itu telah menjadi TERAMAT AMAT2 PEDAS!!!!!!!!! HAHAHAHA padan muka aku..klu org tanya makan ape. Jawap je makan sup CILI..pandai sgt la tu. sape suh orter2 sup yg org bagi..:-p *Ape2 pun, thanks ye wa:-)



eGovernment Seminar 2010

Salam..

Minggu lepas Cahaya pegi eGovernment Seminar 2010 kat Mandarin Oriental Hotel, KL... Xbrape best ler.. Cz tajuk yg dibincangkan tu mcm ala2 hebat sgt la kan.. huhuhu.. Masa sesi petang tu, mata terasa ditarik2 untuk tertutup rapat.. Aduhai perit tul menahan mata menanti detik 5ptg..
Bab makan, sgt2 tidak setuju dengan masa yg ditetapkan. Cz kami register kul 11 then terus bleh lunch smpi kul 12.15. Ms tu baru makan kt opis so kenyang lagi. Jadi mkn pn xbanyak sgt la masa tu. Upa2nya tentatif program ni smpi kul 2.30 baru ada tea break. Ha!!! lambatnya.. Kami smua dh lapa tau duk dlm dewan ni.. huhu..tea break lewat gak cz speaker tu ckp banyak sgt.. Hehe.. dekat kul 3 baru minum ptg. Tu pun cuma makanan ringan yg tersangat la ringan.:-p.. Lapa lagi.. Isk2 perut sape la ni.. Xberdisiplin betul kn..hehe

Ha tu dia.. delegate ok..huhu

Bergambar bersama delegasi seterusnya dari New Zealand.. Hahahahha Larikkkkkkk!!!


Ha cumel kn desert ni.. Cumel sgt smpi rasa xsmpi hati nk makan..Ha yolah tu:-p


Berdasarkn cerita2 kat atas tu mcm xbest je kn seminar ni.. Tp ada sebab tau knp cahaya & the geng kekal bersemangat mendengar sampai habis.. hehehe.. ni la jawapannya.. Klu kami tunggu smpi kul 5 & hantar semula borang soal selidik, kami akan diberi voucher jusco RM50 hokeyyyyy!!!! HUHU jom SHOPPING:-P


Wednesday, February 3, 2010

:: Salam Hari Lahir::

Salam..


"Ya Allah, dihari lahirnya ini, Engkau muliakanlah dirinya, bahagiakan keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkan imannya, berikan kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah, murahkan rezekinya,berikanlah keampunan ke atas kekilafan dan kealpanya, Amin Ya Rabalalamin..."
Salam hari lahir untuk dirinya.. Semoga hari lahirnya kali ini menjanjikan 1001 kebahagiaan & keberkataan untuk dirinya.. Semoga perjalanan hidupnya dipermudahkn Yang Esa. Dan semoga dengan kehadiran seorang Cahaya ini disisinya akan memberikannya lebih kebahagiaan. Satukanlah hati kami...
KASIH SAYANG ITU TALI, KASIH SAYANG PENGIKAT HATI

AKU ADA KERNA KAU ADA...:-)


Tuesday, February 2, 2010

::Adik Cahaya Dah Jadi Tunangan Orang::

Salam..


Ahad lepas rumah mak Cahaya kat kampung buat kenduri lagi. Kali ni adik Cahaya lak yang melangsungkan pertunangan. Tahniah wat Acu@Amy dengan pasangannya Jefri. So pasni kena wat preparation tuk walimatul urus plak..:-).


Salam pembuka bicara.. Adat disanjung..



Moga sinar kebahagiaan sentiasa menyelubungi



Sempat mengabadikan kenangan walau baru lepas basuh pinggan.. Huhu bepeluh2 tu..(tunjuk rajin le kononyer tu)



Hantaran dari sini ke sana..



Juga tidak lupa, Cahaya nk rakamkan ucapan tahniah kepada teman Cahaya ini, Cik Siti Salwa & Pasanganyer yang telah mengikat tali pertunangan sehari bfore majlis adik Cahaya hr tu.. So mintak maaf ye cz xdpt dtg.. Wlu apepun segalanya dah selamat berlangsung.. Congratulation:-)


Monday, January 25, 2010

:: Bila Cahaya Bersedih::

Salam..

Tetiba hari ni rasa sedih sgt.. rasa mcm nk nangis. Macam2 jadi pada diri ni..Kdg2 rasa dugaan hidup ni xpernah sepi meneman diri..Erm entahlah..Cahaya rasa letih dengan smua ni..Cahaya rasa mcm nk pergi mana2 la.. Erm klu dpt g holiday best kn..Bleh merehatkn hati & diri.. Mungkin Cahaya bleh fikirkan tentang holiday tu..
Ya Allah berikan aku kekuatan dan kemudahan menempuh tiap dugaan yang mendatang.. AMIN..




Thursday, January 21, 2010

:: Yang DIkurniakan Dari Ilahi::

Salam..



Terjumpa pic ni smasa berjalan2 di blog. Sweet sgt rasanya ayat2 yg ada dlm pic tu. Aduhai di pagi jumaat yg mulia ni rasa sayu plak tetiba.. Ya Allah Ya Tuhan ku...Berikan la aku kekuatan. Jadikan la jalan yg aku pilih ini, adalah jalan terbaik buatku... Juga buat dirinya.. Satukanlah hati kami...Sebagai mana Kau satukan hati Adam & Hawa..Amin
"Pagi2 mcm jiwang lak kn..hehe.. Bersawang dh blog kesayangan hamba ni.. Agak busy dengan urusan penghijrahan ke Teratak Cahaya. Banyak benda nk cite & share bersama.. Ermm ditunda ke satu masa yg akan ditentukan kelak ye..hehehe

Thursday, January 14, 2010

:: Andaiku Tahu::

Salam..


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran



Monday, December 28, 2009

Lapa

Salam..

Entry ni Cahaya post dlm keadaan PERUT yang sangat lapa. Jam didinding baru pukul 3.38pm.. Arrrr camne ni. Lapa. Puncanyer cz tadi lunch x g makan. ehehehehe salah siapa!!!!
Pagi tadi housemate Cahaya bekalkn mee sanggul. Cahaya plak dh order bihun goreng. SO makan mee sanggul then bihun carry forward ke tghari. tp xsampai tghari sgt dh makan bihun cz lapa. Lunch g tdo. Bangun terus lapa. Huhuhu
Ha pada sesapa yg xkenal mee sanggul ni, Cahaya bermurah hati membekalkan gambar hasil carian di google. Ni 1st time Cahaya makan mee sanggul ni. Mekasih ye wawa bekalkan i mee ni.:-)

Ni plak bihun yg Cahaya makan bfore masa lunch sepatutnya.. Hehe tapi color lainla. Cahaya makan bihun puteh je td. Upsss mane tokeiii ni, belum bayar lagi ni.. Hahaha patutla xkenyang..:-p


Bosanyer petang2 ni. Nk wat sistem, perut lapa. Cahaya klu tgk codding ni xleh dlm keadaan lapa. Comfirm xmenjadi punya. Maklumla profesional:-p (buat masa kenyang pn xtentu jadi,ni kn plak masa lapa..Hehe) So mentara tunggu ms balik ni, Cahaya nk menjelajah dr satu laman ke satu laman je la. Mood nk wat keja dh lari.. (wlupun dr pagi tadi mood tu xdtg.. Ha apa kes??)


::Taman Alam Kuala Selangor::

Salam..

Alahai lambatnya baru Cahaya update pasal kisah ni kn. Dua minggu lepas on the way balik ke Putra, Cahaya & family singgah ke Taman Alam Kuala Selangor. Janji ngan anak sedara nk bawak dia tgk burung. SMpi ke sudah dia menuntut. Dlm hati berdoa juga moga hujan. Cz Cahaya malas nk pegi sebenarnya. Letih.. Hehe..
Ha ni la rombongan Cik Kiah melawat taman burung & ikan air tawar. Yg pakai gaun puteh tu la ketua rombongannye..:-)



Masa naik keretapi mendaki bukit melawati. Namanya duk dekat ngan bukit melawati, tp ni barula nk melawat kawasan. Hehe..


Bersama sang merak. Merak di rimba, Cahaya pungguk di kayangan. Bleh gtu..hehe



Best juga sesekali menghayati indahnya alam ini. Rasa best bila tgk burung, ikan.. Monyet pun ada.. Hehe:-)


Monday, December 21, 2009

:: Impian Kasih ::

Salam..

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
IMPIAN KASIH
.


** Dikesempatan ini Cahaya nk merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang teramat sgt kepada smua yang sudi membantu dalam merealisasikan majlis ini. Pada keluarga kedua2 belah pihak, terima kasih yang tak terhingga. Pada teman (Ina& Ain) yang sudi hadir walau jauh, terima kasih sangat2. Pada yang hadir,maaf atas segala kekurangan. Pada semua, doakan ikatan yang terbina ini kekal selamanya. Terima Kasih..**