Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Monday, May 23, 2011

NUR KASIH THE MOVIE




Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Akhirnya tercapai juga la hasrat Cahaya nak pegi tgk Nur Kasih The Movie ni.. Kisah cinta dan pengorbanan.. Cahaya boleh bg 3 Bintang la kat cite ni.. Drama lebih mendalam & menusuk hati dan perasaan.. Hehe
Kagum dengan watak Aidil yang menyimpan duka saat kehilangan isteri.. Menyembunyikan hiba dlm tawa.. Keletah Mia Sara yang jadi anak Aidil sgt best.. Ketabahan Nur saat mencari suami yang hilang di padang pasir..Semua perasaan bercampur menjadi satu.. Ada sedih, ada kecewa, ada gembira dan bahagia.

"Semakin dekat penderitaan menghimpit kita, bermakna makin dekatlah nikmat Allah menghampiri kita"

Thursday, May 19, 2011

Fast Furious 5



Dua minggu lepas g dating dengan en Pelangi. Jalan2 di IOI Mall Puchong dan pegi tgk wayang.. Alahai lama dh xbuat aktiviti ni.. Hehe.. Nk tau x cite ape yang Cahaya tgk? Cer teka cer teka:-)
Bukan cite sebarang cite tau.. Bukan cite jiwang2 tau.. ha ambik ko... Kena teman En Pelangi tgk cite ni la..Fast Furious 5. Alamak!!!! huhuhu ingatkn love story tadi:-p
Nak tau x, 1st movie yang kami g tgk ms mula2 kenal dl adalah Fast Furious 4. Sekarang tgk yg siri 5 plak.. Kira mengimbau memori lama la ni:-) Tp kali ni lebih hebat & best cz ada abang ketak ini:-) Abg the ROCK:-)

Hr ni Nur Kasih The Movie dh kuar panggung.. Alahai nak sgt tgk ni..Dengan harapan la kn..huhuhu Plz Plz Plz:-)

Wednesday, May 18, 2011

Buat Renungan



1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan. "

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. "

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.


9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru



Lirik Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Buat semua guru-guru Cahaya yang pernah mendidik diri ini, Cahaya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru untuk kesekian kalinya... Jasa guru2 smua sgt2 Cahaya hargai..Kerana ilmu yang kalian berikanlah Cahaya di sini sekarang..Tidak terbalas jasa kalian...Kerana ilmu yang diberikan, tidak ternilai harganya.. Hanya doa yang dapat Cahaya panjatkan moga kalian sentiasa berada di bawah lindungan kasih Ilahi. Salam kasih penuh kerinduan buat semua guru2 terutama guru2 di Sek.Keb. Sg Tengar, Sek. Men. Keb Munshi Abdullah dan pensyarah2 di Fakulti Teknologi Maklumat, Universiti Tun Hussien Onn...Jasa dan pengorbanan guru2 semua hanya Allah yang dapat membalasnya..Terima kasih Cikgu:-)

Juga teristimewa buat pensyarah ini:-) Cik ingat sy lagi x? :-)


Thursday, May 12, 2011

DARAH SATRIA



Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah…

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga

Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…

Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…

Darah satria..(2x)



Monday, May 9, 2011

Adik Kawin




Pasangan mempelai bersama mas kawin RM300

Penuh penghayatan la kunon..Padahal ni dh buat brape kali tah atas arahan kameraman..hehehe

Cincin di jari tanda sudah dimiliki.. Okey Pandang jari masing2...Alamak jari Cahaya xde cincin dah...Dh ketat..hahaha

Amboi suka ye dia..dh jadi bini org dh ko cu

Cahaya di balik tiang..Alamak nape tiang tu kecik sangat..xsesuai tau

Ni la jadinyer kalau somi sendiri yang pegang kamera..So pic isteri je la yg lebih:-p

Ala blur la plak pic ni.. X sabor tunggu pic dr cameramen profesional..Ada banyak lg pic Cahaya..Hahahha giler glamour kn...


Anak patung yg penuh kontroversi..hehehe..mujur selamat semuayer:-)

Ha ni hasil kerja tangan mak Cahaya tau..Bukan bunga tu, tp bekas telur tu... Yg tajam2 tu..Penuh khusuk org tua tu siapkan..Kihkihkih..Mak memg rajin la..mcm anak2 dia..wuerkkkk:-p

Untuk adik bongsu Cahaya ini, disini Cahaya nk ucapkan selamat pengantin baru..wlu dh 2mgu bru upload pic..hehe... Selamat menempuh alam rumahtangga yg penuh warna2 pelangi..:-)

Sedetik Lebih




Lagu peberet Cahaya buat masa ini.. Dengar banyak2 kali pun xpe..Sangat menusuk je dlm hati, jantung dan limpa...hehehe..
Ok berdiri smua, kita nyanyi sama2 ye:-)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



Apela motif abang nuar ni pose mcm ni kan??? Nk mengoda la tu...
Balik ni suruh En Pelangi landing mcm ni gak, bagus agakyer kn..Hurmmmmm:-p

Wednesday, May 4, 2011

Kejora & Bintang



Semalam hr yg dinanti2.. Berakhirya sinetron Kejora & Bintang.. Akhirnya habis gak cite ni..Penat dok tengok hari.. Klu x silap 72 episod.. Huhuhuhu setelah banyak adegen2 xlogik ditayangkan baru la sampai ek episod kemuncak..Hehe karut marut pun Cahaya setia gak tgk cite ni..Kihkihkih

Kacak benor hero yer ni.. tu yg jadi peminat setia tu..hehehe


Yang lama dh berlalu, tp tgk plak iklan yg baru ni ha.. Mcm best gak..kena follow gak ke??? Isk kang betahun xhabis2..Ermm tgk dah separuh nanti la kn..Bleh gtu???