Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Thursday, May 17, 2012

Berdebar Jantungku..


Bila anak dh nak masuk 6bln ni mula ler emakyer gatai2 tangan cari resepi pasal bubur bayi ni.. Erm mcm2 ada. Sonok yer.. Macam agak teruja untuk memasak untuk si anak. Moga2 kerajinan di dapur sentiasa bersama-sama Cahaya..Hehe..

Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi

Bubur Nasi
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.



Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu

1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Cara membuatnya
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara membuatnya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Cara membuatnya
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan air
Cara membuatnya
 Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Cara membuatnya
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

Rujukan saya : Hanakids 
Ibu saya nak makan bole???

Thursday, May 10, 2012

Budak Baru Belajar





Sepanjang 3hari lepas Cahaya telah menghadiri Kursus Adobe Photoshop. Wah menarik tertarik bunyi ye kan. Before ni belajar wat Adobe ni sendiri je. Ini barulah ikut kelas secara formal. Seronokyer. Banyak benda baru yang Cahaya belajar. Banyak juga kaedah2 baru yang diajar. Cikgu yang mengajar pun TERBAEEK:-)
Ini hasil kerja di hari pertama. Kira pengenalan la dl kan. Takpe2 percayalah tiap kejayaan yang besar itu bermula dengan kejayaan-kejayaan kecil. So kita mula dari 0 ok:-)
Cikgu ajar wat background sendiri. Menarik ni. Before ni klu nk wat background just google je background yang sedia ada. Lepas ni tidak lagi..Jeng jeng jeng..hahaha
Ini pelajaran baru bagi Cahaya. Sonok buat benda ni. Pic yang lama@black and white then kita color kn. Mcm budak2 tadika belajar mewarna la plak kn. Xpe2 yang penting kita happy:-)
Agak mencabar sikit nk combine kn pic and pattern background. Mungkin mudah bg org lain. Cahaya kn budak baru baru belajar.
Gatal-gatal tangan buat pasal artis plak. Combination brush, shadow, shape, pattern and lighting.
Ni pelajaran terakhir semalam. Belajar nak buat pelangi.. hehehe.. So lepas ni banyak la pic2 Cahaya kelihatan sang Pelangi di situ ye..Hahaha







Tuesday, May 8, 2012

Cinta Hati



Cinta hati. Sweetye cekelet ni..Hehehe.. "Have a Heart". Terima kasih pada yang memberi. Dari jauh datangyer coklat ni. Tah bile bleh dapat lagi ye..Kena pegi Jepun sendiri la kut kan. Jom En Pelangi, kita g honeymoon kat Jepun plak. Cari coklat hati..hahahaha

Monday, May 7, 2012

Menu Sihat


Minggu lepas mak mertua datang bawakkan kuah pecal. Dia mmg tau anak menantu suka makan pecal kn. Mekasih ye mak. So ujung minggu lepas, kita mkn menu sihat la ye.. Sayur-sayuran segar:-)
Ada timun, pucuk paku, tauge, kangkung & klu Cahaya makan pecal kena ada bihun sekali... Erm enak berkrim disukai ramai.. Senang bile dh ada kuah pecal ni. Bile2 nk je tambah air panas. Dah siap. Tp sayur2an tu kena la rebus dl tau.. Bukan mcm makan ulam. Ermm klu nk lagi sihat, bleh la kut nk wat mcm ulam, tp klu pucuk paku tu xrebus dl, keras la plak kn.. Hehe... xkisah la..Ikut kesukaan masing2. Yum Yum.. So tema minggu ni "Tingkatkn Prestasi, Kurangkan Kolestrol,  Berdiri Atas Bakat Sendiri:-)" hahahaha

Thursday, May 3, 2012

Birthday Party - HAREDZA


Dengan Cik Ayu pun nk posing gak la:-)
Sianyer ayah menahan mata cz xsempat tido lagi dr malam td..
Bersama Cik Lyn & Cik Intan. Nek, Sila pandang kamera ok:-) hahaha
Banyakye dapat hadiah dari Chiky..Ada botol air Upin & Ipin. Kena tunggu Adam sekolah ke baru leh pakai..hahaha
"Ape benda yg hijau bulat ni? Mcm sedap je" Semua dia nk makan.hehe. Jap ek nak. Lagi berberapa hari je lagi ibu bagi makan ye:-)
Bergambar bersama nenek plak:-) Adam sangat susah nk pandang kamera. Xleh jadi model ni..hehe. Yang pakai baju petak2 tu la birthday boy yg diraikan
Sonok ye adam g birthday party. So kepada smua sepupu sepapat, cepat la buat lagi. Adam akan menghadirkan diri:-)