Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Wednesday, August 26, 2009

Modus Operandi:-)

Salam..

Alhamdulillah..Hari ni dh masuk hari ke 5 kita berpuasa kn..Syukur la masih diberi kekuatan itu.Jom kita berkisah pasal menu la..

Ha ni mcm2 juadah ada..Ni Menu hari isnin lepas. Cahaya masak ngan kawan2..Bestnya makan..Ikan masak kicap ada, daging salai ada, Air asam ada, sayur ada..hehe..Syukur alhamdulillah..Camne nk terawih ni???



Smlm Cahaya buka pose kat Mid Valley..Makan Pizza je..Nampak mcm menarik kan..Hehe..Kat atas tu air limau kasturi+ 7up+ Asam boi..Ha rasakan..Mcm2 rase dh jadinya.Tapi dahaga punya pasal habis air tu Cahaya kerjakan..huhu..
Nasi tu pun mcm best kn..Ermm bleh la..Cahaya ni org kampung,makan nk berkuah & berlauk..Ni cuma ada nasi ngan meatball je..Huhu mane cukup.."Waiter masak lemak ada??" Kuikuikui

Ha persoalannya apakah menu untuk hari ini??? Dari smlm hati ni dh berhajat sgt la nk buat sesuatu di luar tradisi ni..hehe..Menu ptg ni Ayam Grill Madu & Ikan Asam Pedas..U all rase2 la kn, berjaya x Cahaya buat tu semua???? Sebenarnya cahaya pun xbrape nk yakin..hehe..So kena tunggu entry Cahaya esok la ye..Untuk mengetahu keputusannya..Hehe Berdebar!!!



*Gmbr kat atas tu google..Jangan terpedaya plak..hehe
Berdebar nk balik wat menu2 di atas..Xtau ler jadi ke idak. Klu xjadi mintak maap ler kawan2..hehe.. Ok la Cahaya dh nk balik..Nk perap ayam...:-) Selamat berbuka puasa. Tp lepas azan magrib la kn..Bye

Thursday, August 20, 2009

Salam Kemaafan..

Salam..

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
Tidur kita menjadi ibadah,
Amal kita diterima dan doa kita di ijabah.

Sungguh cantik kain pelekat,
Dipakai orang pergi ke pekan,
Puasa Ramadhan semakin dekat,
Silap dan salah mohon dimaafkan.

Berharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung,
Cuma terlayang di blog ini.

Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan batin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,Marhaban Ya Ramadhan Allaahumma baariklanaa fi Sya ' ban wa ballighnaa Ramadhan..Aminn...


Cahaya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT, Sempena kedatangan Bulan Ramadhan 1430 Hijrah,Saya sekeluarga ingin memohan maaf atas segala kesalahan & kekurangan yg berlaku. Mudah-mudahan Ibadah kita akan sentiasa di berkati Allah SWT.

Mata kadangkala salah melihat....
Mulut kadangkala salah berucap....
Hati kadangkala salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


===========

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA 1001 KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA"..


Monday, August 17, 2009

Cinta Hingga Hujung Nyawa

Salam..

PERGI tak kembali... meratapi pemergian arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim,40, yang telah meninggalkan kita untuk selamanya. Suatu kehilangan yang
besar buat kita semua dan pastinya yang amat meratapinya adalah isteri
arwah, Haliza Shahadan, yang paling rapat dengannya.Haliza yang ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam,menceritakan detik-detiknya bersama suami tercinta pada pagi sebelum arwah meninggal.

"Saya mulanya tak percaya... Yelah, arwah meninggal pada pukul 11.05
pagi, pukul 10 pagi tu saya masih bersama dia. Masa tu dia memang nampak
tak sihat, dia pun ada kata dia pening-pening."Arwah ada sakit gastrik, kencing manis dan gout, pagi tu dia cuma minum air madu dengan limau... Lepas tu dia ada muntah-muntah."Saya suruh dia berehat dulu... Tapi dia komited dengan kerja dan dia
nak jugak pergi kerja."Bila dia dah keluar, dia sampai kat stesen minyak Mobil, dia telefon saya dia kata: "Ummi, tolong hantar Abi kat pejabat lah, Abi tak larat."

"Saya kata saya tak kisah, jadi saya pun memandu sampai ke Mobil tu,lepas itu bawa kereta dia dan hantar dia sampai ke pejabatnya di Bukit Sentosa. Lepas tu dia ada singgah di Shell, dia masuk bilik air, lama jugak dia kat dalam tu, jadi saya pun pergi ketuk tanya dia ok ke tidak?, dia kata dia ok."Bila dia keluar dari tandas tu, dia suruh Azadan ambil barang-barang dia masukkan dalam van. Masa tu jelah saya sempat tengok wajah dia dan tak ada apa-apa berlaku ketika itu," kata Haliza.
Namun, kesedihan Haliza tidak berakhir di situ sahaja, dia turut menceritakan kenangan manis antaranya dengan arwah pada malam sebelum arwah meninggal ketika mereka menghabiskan masa bersama berdua."Sebelum ni, dia selalu sibuk dan tak ada masa, tapi malam semalam dia'call' saya dia kata" Abi dah on the way balik, kita makan kat luar jom?." Saya pun kata: "Ok lah, Ummi pun lapar..." "Masa tu dia kata: "Mintak apa saja". Jadi kami pun makan di kedai,lepas balik makan malam tu, kami 'spend time' tengok tv bersama... Malam tu 'nice' sangat," kata Haliza dalam keadaan senyum namun masih ada kesedihan diraut wajahnya.

Meskipun mempunyai waktu untuk bersama suami yang dicintainya, namun Haliza menyatakan dia masih rasa terkilan kerana tidak dapat memeluk suaminya itu dengan erat seperti biasa yang dilakukannya."Apa yang membuatkan saya terkilan adalah sebab saya tak dapat peluk dia dengan erat pada saat-saat akhir. Selalunya memang kami mesra, selalu saya akan cium tangan dan peluk dia dengan erat."Cuma malam tu saya tahu dia penat, jadi saya cuma salam tangan dan cium pipi dia je," jelas Haliza yang mula menitiskan air mata. Haliza turut menceritakan pengorbanan arwah yang sanggup membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk bulan madu mereka semasa mengerjakan umrah
selepas 16 tahun berkahwin.

"Saya tak sangka dia sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk satu bilik sebab nak berbulan madu semasa mengerjakan umrah."Bagaimanapun kami gembira sebab dapat berbulan madu dan mengerjakan umrah bersama," katanya.Diajukan soalan sama ada Haliza mempunyai perasaan cemburu sepanjang bersama suaminya, dia mengatakan dia sentiasa cemburu namun bersebab kerana ingin menjaga suaminya itu dengan baik dan mahu suaminya menjadi seorang ikon yang dihormati orang ramai.
"Cemburu saya bersebab, supaya dia menjadi ikon yang dihormati, saya tidak mahu suami saya jadi orang yang lupa daratan, sebab tu saya jaga dia sungguh-sungguh, bukan kerana cemburu tak tentu pasal tetapi saya nak orang hormat dia sebagai seorang ustaz yang baik, saya tidak mahu ada orang yang cakap belakang pasal sikap dia.

"Tapi kita hanya manusia biasa, kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita. Kita tiada kelebihan untuk mengetahui hari esok, kalau kita tahu hari esok, pasti kita akan lebih bersedia."Sebab itu, kita kena menyintai seseorang dengan sepenuh hati kita, tak kira anak ke, suami ke kita kena cinta dengan sepenuh hati."Untuk arwah, saya memang cintakan dia sungguh-sungguh, sebab saya takut dia terpesong dalam dunia artis yang berbagai-bagai karenah ni," jelas Haliza yang mempunyai enam orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah Ustaz Asri. Bagaimanapun Haliza bersyukur terhadap Allah s.w.t kerana memberinya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangganya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur terhadap Allah kerana memberi saya pengalaman untuk berdikari dalam hidup dan rumahtangga kerana ustaz sendiri banyak menghabiskan masa di luar dan selama itu saya sudah mula berdikari."Tapi lepas ini saya masih tidak tahu kerana saya hanya berserah pada keadaan dan ketentuan Allah," katanya. Sempat ditemui ketika itu adik kepada Ustaz Asri, Ustaz Ghazali Ibrahim yang tidak menyangka abangnya akan pergi dengan begitu cepat dan mengatakan Ustaz Asri antara yang begitu rapat dengannya. "Saya begitu tak sangka, pagi tadi sewaktu sedang memberi ceramah, saya ada menerima panggilan masuk, tapi tidak menjawabnya, bila selesai ceramah, saya baca mesej yang mengatakan abang saya pengsan.

"Tak lama lepas tu, saya terima panggilan mengatakan abang saya dah meninggal dunia. Arwah antara yang paling rapat dengan saya, saya tidak tahu dia ada sebarang penyakit melainkan gout dan kencing manis."Kali terakhir saya jumpa dia sebulan yang lalu, tapi empat atau lima hari lepas saya ada bercakap telefon dengannya, pada masa tu saya dengar suara dia macam tak berapa sihat, saya ingat mungkin dia letih dan tidak bertanya banyak pada masa itu. Pastinya pemergian Ustaz Asri merupakan satu kehilangan yang besar buat keluarganya, ahli kumpulan Rabbani, sahabat handainya dan semua yang mengenalinya. Perginya tidak kembali lagi dan pasti sukar untuk dicari pengganti buat arwah Ustaz Asri yang selama ini memperjuangkan irama nasyid sehingga ke akhir hayatnya.. Al-Fatihah...

*Sumber==http://mstar.com.my/

Hujung Minggu Cahaya

Salam..

Sekejap je dah smpi hujung minggu..Apa nk buat ye..Smlm dah g beli lauk pauk kat pasar borong..So for this weeken kena duk umah la kn..Kena habiskn bace buku, kena wat taman teman kat baju lagi..hehe..smuanya xjalan..Pagi2 lagi Cahaya ngan Ina ke dapur..wat lontong la plak..Arrr lamanya xmakan lontong ni..Hehe mengidam dh jadinya..



Sedapnya makan lontong di pagi hari..duk lepak2 ngan wawa & ina kat meja makan...sambil kupas petai & potong cili kering..Menu untuk tengahari ni,Udang petai,ikan goreng,sayur lobak,cendawan grg.. Dan tidak disangka2 dpt plak lauk tambahan iaitu ketam cili & ayam goreng..WOW!!! (Terima Kasih kepada Puan yg sudi membawa lauk2 tersebut)


Siap masak utk tengahari,awal lagi,so ina wat plak kuih cara berlauk..ha dasyat tak dasyat la menu kami minggu ni..hehe..Rupanya mcm senang je si zurina ni wat kuih cara ni..lepas ni bleh la Cahaya buat plak..ecewah..bila la tu agaknya kan..

So dlm kul 12 tetamu yg bawak lauk2 tadi pun datang..Xde la ramai mane..dia ngan anak kecilnya saja..hehe sonok main ngan baby..Cakkk Baaaa!!!!! Kami makan tengahari sesame..Then mate pun dh nk katup2..Pas tetamu balik kami bertiga pun ape lagi..Bommmmmmmm lenaaaaa...Cahaya lagi la..jap bangun,bace novel,pastu tdo semula..kihkihkih..menternak lemak bersungguh2 ni..Dalam kul 6 Cik milia lak datang...Hehe teman cik milia makan,kami pun makan juga..Bagusnya perangai kan..Jage hati tetamu la katakan..Hari dh gelap..perut dh kenyang..baring2 depan tv..Makan,bace novel n tdo..tu je la aktiviti kami..hehe..

Esoknya Cahaya ada agenda lain plak..Mula2 ingat nk makan ikan bakar kat seksyen 2, upanya dh pindah..Xtau lak kat mane..So tukar arah la makan tengahari kat Kompleks PKNS je..Bleh la..Kat sini dh start expo jualan baju raya..Arrr lawa2 nya..hati dh berkenan.Sabarlah hati ku ini..melihat baju raya lawa2 semuanya..Pas g PKNS,g SACC plak..Then g Plaza alam sentral lak..Adoi mcm nk tercabut kepala lutut ni berjalan2..Selesai sesi mengukur shoping complex tu, g tgk ikan kat akuarium plak..cantik2nya ikan2 kat sini..Suka la..Tp bila tgk harganya mak oiii..ada tu yg sampai RM48888..Isk isk isk..Berbaloi ke???

Yang ni plak ada ikan wane pink..hehe cumelll semuanya..Ingat nanti nk bela ikan la..Bagus jugakkn:-) Ingat zaman2 mase belajar dulu:-p

Lepas tgk ikan, g tesco plak..cari barang2 dapur untuk puasa minggu depan. banyak gak Cahaya berbelanja hari ni..Semangat betul nk pose..hehe..Kemudiannya terus g tasik idaman..Akhinya jumpa juga tempat ni..Alhamdulillah..Dlm kul 6 lebih smpi Tasik Idaman, org xramai lagi so dpt la pilih tmpt duduk atas air yg paling hujung sekali..Aeeee gayat la:-p..Yummy2 makan kat sini mmg sedap..tomyam dia best sgt...K,nanti bulan pose leh le buka pose kat sini kn:-)

Itu lah agenda Cahaya sepanjang cuti hujung minggu ni..Hari ni dh kena keja..Isk isk mcm cepat je masa berlalu..mcm nk cuti lagi..Macam nk jalan2 lagi..hehe:-)

Friday, August 14, 2009

Bila Cahaya Kebosanan....

Salam..


Sejak dua menjak ni,cahaya boring sgt.. Pas keja balik umah,xtau nk buat ape..Nk memasak pn,aura xde..Lagipun mengikut hasil kajian tempatan,berat Cahaya mcm dah Terlebih Sudah:-p hehe....

Biasanya balik umah,tgk tv sat Wadi Unung(ASTRO PRIMA)& Manjalara(TV3)then dh sasau xtau nk buat ape..Kadang2 xtgk smpi habis pun, musti dh tertdo..Huhu xleh amalkn ni...Cukup 44hari mcm ni,leh jadi gila Cahaya nanti..Uiiiiii Takutnya:-(

Smlm Cahaya dh ada aura baru..hahaha takut sekejap je aura ni ada..Teringin sgt nk menjahit manik..lagipun baju raya Cahaya tahun ni plain saja..Xda bunga2 cinta pun..So smlm blajar sikit kat Sifoo sebelah ni..Harap2 pasni berjaya la melaksanakannya..Plezzzz Cahaya....Jadilah gadis melayu yg rajin..hehehe...

So smlm blk opis ajak Ina teman g kedai manik...Pilih manik2 yg sesuai..Then balik dengan penuh semangat wajanya cubalah menjahit..Langkah permulaan, gunakan bunga sekuntum2 je dulu..(maklumlah budak baru belajar kn)..Xkn nk terus jadi Pro kn..kenala berada di tahap amatur dulu..hehe..

Anak sape la ni kn?? hikhikhik..:-p. Mmg simple giler..Xpela..Niat di hati ni buat mcm ni..Adoiii


Sambil ditemani Aaron Aziz(Rahsia Hati) mlm tadi siap gak bunga2 cinta ni Cahaya kerjakan.Dekat kul 11 la gak..Tercucuk2 jari jemari ku ini tau..huhu..Ni la hasilnya...Pagi2 lagi dh tunjuk hasil kerja ni pd Sifoo..Atas nasihat Sifoo,Cahaya perlu tambah taman bunga sikit kat depan baju Cahaya tu..Arrr xsabar nk balik umah,nk buat..Semangat dah ni:-p.Nantikan hasilnya ok...


Tp masa lunch tadi terjadilah satu perkara yg Cahaya xsangka2..Wlupn pagi tadi Cahaya begitu bersemangat nk menyiapkan taman teman di baju itu, TETAPI KINI....semangat tu mcm luntur tiba2..Salah siapakah ini??? Apakah puncanya Cahaya jadi mcm ni??? Tolong lah!!!!!!!!!!!!!!


Sape suruh masuk MPH..So ni la hasilnya..Buku yg Cahaya idam2kn sejak dua menjak ni dh ada di gengaman..So Cahaya telah Keliru skrg iniii... "Salahkanku... jangan salahkan ku,Kasihani aku... kau lupakan aku..Mana satu... kujadi keliru...Aku makin keliru"

Wednesday, August 12, 2009

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir

Salam..


aNDAI KU TAHU INI rAMADHAN TERAKHIR
TENTU SIANGNYA Aku SIBUK BERZIKIR
TENTU AKU TAK AKAN JEMU MELAGUKAN SYAIR RINDU
MENDAYU..MERAYU...
KEPADA- nya tUHAN YANG SATU
ANDAI KU TAHU INI rAMADHAN TERAKHIR
TENTU SHOLATku KU KERJAKAN DI AWAL WAKTU
SHOLAT YANG DIKERJAKAN.. .SUNGGUH KHUSYUK LAGI TAWADHU'
TUBUH DAN QALBU...BERSATU MEMPERHAMBA DIRI
MENGHADAP rABBUL jALIL... mENANGISI KECURANGAN JANJI
"INNASOLATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHIRABBIL 'ALAMIN"
[SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU, DAN MATIKU...
kUSERAHKAN HANYA KEPADA aLLAH tUHAN SERU SEKALIAN ALAM]

ANDAI KU TAHU INI rAMADHAN TERAKHIR
TIDAK AKAN KU SIA SIAKAN WALAU SESAAT YANG BERLALU
SETIAP MASA TAK AKAN DIBIARKAN BEGITU SAJA
DI SETIAP KESEMPATAN JUGA MASA YANG TERLUANG
ALUNAN aL-qURAN BAKAL KU DENDANG...BAKAL KU SYAIRKAN

ANDAI KU TAHU INI rAMADHAN TERAKHIR
TENTU MALAMKU AKU SIBUKKAN DENGAN
BERTARAWIH.. .BERQIAMULLAIL. ..BERTAHAJJUD. ..
mENGADU...MERINTIH. ..MEMINTA BELAS KASIH
"SESUNGGUHNYA AKU TIDAK LAYAK UNTUK KE SYURGA-mu
TAPI...AKU JUGA TIDAK SANGGUP UNTUK KE NERAKA-mu"

ANDAI KU TAHU INI rAMADHAN TERAKHIR
TENTU DIRIKU TAK AKAN MELUPAKAN MEREKA YANG TERSAYANG
MARI KITA MERIAHKAN rAMADHAN
KITA BURU...KITA CARI...SUATU MALAM IDAMAN
YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN

ANDAI KU TAHU INI rAMADHAN TERAKHIR
TENTU AKU BAKAL MENYEDIAKAN BATIN DAN ZAHIR
MEMPERSIAP DIRI...ROHANI DAN JASMANI
MENANTI-NANTI JEMPUTAN iZRAIL
DI KIRI DAN KANAN ...LORONG-LORONG REDHA aR-rAHMAN

dUHAI iLAHI....
aNDAI INI rAMADHAN TERAKHIR BUAT KAMI
JADIKANLAH IA rAMADHAN PALING BERERTI...PALING BERSERI...
mENERANGI KEGELAPAN HATI KAMI
MENYERU KE JALAN MENUJU REDHO SERTA KASIH SAYANGMU yA iLAHI
SEMOGA BAKAL MEWARNAI KEHIDUPAN KAMI DI SANA NANTI

nAMUN TEMAN...
tAK AKAN ADA MANUSIA YANG BAKAL MENGETAHUI
APAKAH rAMADHAN INI MERUPAKAN YANG TERAKHIR KALI BAGI DIRINYA
YANG MAMPU BAGI SEORANG HAMBA ITU HANYALAH
BERUSAHA...BERSEDIA ...MEMINTA BELAS-Nya

wAHAI TUHAN KU AKU TAK LAYAK KESYURGAMU ...
nAMUN TAK PULA AKU SANGGUP KE nERAKAMU ...
kAMI LAH HAMBA YANG MENGHARAP BELAS DARIMU "YA ALLAH JADIKAN LAH KAMI HAMBA2 MU YANG BERTAQWA..AMPUNKAN DOSA2 KAMI, KEDUA IBUBAPA KAMI .
DOSA SEMUA UMAT2 ISLAM YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA" aMIN.....

aNDAI BENAR INI rAMADHAN TERAKHIR BUAT SAYA
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN


Sunday, August 9, 2009

Cintaku Sampai Ke Ethiopia

Salam..

Kalau kau benar sayang padaku..
Dan kalau kau benar cinta..
Ucapkanlah..janji setiamu..
Kalau kau benar sungguh mahu..
Semua milikku untukmu..
Jiwa dan ragaku..semuanya untukmu..

Bukanlah emas permata..(intan berlian)
Juga bukan gemerlap dunia..(bintang-bintang)
Bulan madu..aku pun tak minta..
Asalkan kita dapat berdua..
Aku pun bahagia..
Kemana pun kau perg.. ku kan ikut kamu..
Walau..ke hujung dunia..

Jangankan gunung fujiyama..
Puncak himalaya ku ikut kamu..
Jangankan ke kamboja..
Ke ethiophia ku ikut kamu..
Kalau memang kamu cinta aku..
Ke kutub utara..aku ikut kamu..

Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku sayang..
Jangan..jangan..janganlah bimbang dan ragu sayang..
Sumpah mati..aku cinta kepadamu..


* Tak Tau Kenapa Cahaya Suka Dengar Lagu Ni..Ermmm Dh Banyak Kali Dengar,Rase Terpikat Lak..Hehe..Klu Ada Sesape Nk Dengar Leh Dengar Kat Carta Sinar..Mase G Pasir Gudang Hari Tu,Dpt Dengar Dlm Keta…Biarla Ape Org Nk Kata..Yg Penting Hatiku Sukaaaaa…Dalam Maksud Lirik Dia..Mcm Sweet Je..”Jgnkn Ke Kemboja,Ke Eutphia Ku Ikut Kamu”..Nk Tukar Sikit La, Jgnkn Ke Kemboja, Ke Bandung Pun Akan Ku Ikut Kamu,Kalau Kamu Sudi..Bleh Ke Gtu??? Izinkanlahhhhh…

Pagi Ni Boring Xbuat Ape..So Layan Lirik Lagu Ni..Sape2 Ada MP3 Lagu Ni Sudilah Kiranya Mengantarnya Pada Cahaya Ye…Lirik Ada,Klu Cahaya Nyanyi Sendiri Pun Ok Gak..Tp Klu Dengar Penyanyi Sebenar Lagi La Ok Kn..Kahkahkahkaha…

Upsss….Sebelum Terlupa..Just Nk Pesan Kt Cik Milia, Mane Lagu Yg U Nyanyi Dlm Mobil Pak Dedi Dulu???? Aku Pingin Dengar Lagi…

Wednesday, August 5, 2009

Pesta Floria

Salam..



Mlm smlm Cahaya g Pesta Bunga@FLORIA di putrajaya...
Saje je xtau nk g mane,singgah la sekejap kat sini..Cadang nk tgk wayang kat IOI Mall,tp lewat sgt lak..xlarat la nk tunggu:-p
So pas magrib, g la ke Floria ni..Mula2 ingat xbrape best la kat sini.DLm pala Cahaya ni alaaa musti pameran jenis2 bunga je..Boring la jawabnya..
Upa2nya..huhu xsangka meriah betul suasana kat dlm ni..
Bunga2 yg banyak di design secara kreatif sekali..alahai...
Masuk 1tmpt tu,berasa mcm berada kat cameron highland lak..banyak sgt bunga.sejuk sgt suasana dlm tu...Semua cantik2 belaka.Tapi yg MEMERANJATKAN tu, dlm sibuk menilik2 bunga2 yg cantik tu, tetiba tenampak la plak kelibat 3org insan yg dikenali ni..hehe..Mereka tidak lain tidak bukan adalah Fatihah Solehah bersama umi& ayahnya..Alamak!!!

Hehe..pe lagi snap la sekeping dua ngan mai & fatihah ni..suka betul fatihah tgk bunga2 tu ek..tapi bonda xtau ler,klu fatihah happy sebab benda lain..hehe:-p

Alaaaa sweetnya tgk ros ni..mcm2 color ada..ros merah la yg paling sweet..Nakkkkk:-)Tapi xpelah, tunggu la nanti dihari2 bersejarah ek..bunga yg istimewa tentulah lebih sesuai diberi dihr yg istimewa..alalala:-)


Ha ni lagi menarik..mcm xpecaya je diorg bleh create rusa & tapir ni guna bunga2 kecil..sweet sgt..comel kn tapir tu..warna purple plak tu..rase nk naik atas dia je..hehe:-)


Jalan2 kat pameran tu pun best gak..tgk banyak gerai jual batik..lawa2..diskaun 50% lagi..tapi Cahaya xbeli pun..hehe...just pegang2 je kain2 tu..ambik aura:-). Dah penat jalan2,g minum abc plak kat tepi kawasan pameran tu..Walaupun batuk masih xok, Cahaya still teringin sgt nk makan abc..Nape tah..Dah hasilnya,keesokan harinya dan smpi ke hari ini, batuk cahaya makin menjadi2..huhu:-(..tu la xnk dengar nasihat doktor peribadi lagi..degil...Bukan Cahaya yg degil tau, tp selera yg degil..hehe:-p
K, badan pun dh penat,kaki pun dh letih,so Cahaya pun ambik keputusan balik umah la..So pada sesiapa yg belum ke pesta floria ni,bleh la ramai2 dtg sini..Menarik sgt..Semoga dengan kesegaran bunga2 yg ada di sini dpt menyegarkn jiwa dan hati anda juga:-)..Jom balik...Nak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Seminggu Yang Lalu...

Salam..

Erm minggu ni busy dengan training Php..xsempat nk update blog ni..
Cahaya cuma nk cite aktiviti Cahaya minggu lepas. Hari Sabtu yg lepas, Cahaya demam ..Leh tahan la teruk gak. Jumaat pagi jumpa doktor. Tapi xpuas hati dgn cara doktor tu layan pesakit..Adoii sabor je la..

Dlm demam2 tu, hr sabtu sampai gak Cahaya ke pasir gudang. Cahaya dpt jemputan ke majlis perkahwinan housemate@classmate Cahaya ms belajar kat UTHM dulu..Jeng jeng jeng.. Pasangan yg Cahaya maksudkan ialah Puan Nurliyana Binti Ismail & Encik Rozali...


Kul 7 pagi Cahaya dh bertolak dr putrajaya..maklumla jauh kn..hehe..
dlm perjalanan sekejap ujan,sekejap berenti..ermm so senang kata klu dh ujan & panas tu,jadila perjalanan ni ditemani "pelangi"..hehe
Smpi umah pengantin dlm kul 11.45..Makan dulu cz yana tgh mandi..Then naik bilik dia jumpa dia,n tunggu dia siap pakai baju & makeup..Alahai lawa sungguh pengantin hari ni.. Siap makeup, Cahaya ambik gmbr dgn dia sat, then kena bergegas balik putrajaya lak. Cz malamye ada satu lagi jemputan kenduri kahwin di shah alam..Huhu mujur sempat..

Dlm demam2 tu, 2kenduri cahaya redah..alahai...
Mlm tu kenduri umah bos cik wawa kita..Menyambut menantu sulung tu..Acara gilang gemilang lagi. Cahaya g ngan wawa,amy n ina..
Tunggu punya lama tuk makan mlm..ceh..lapooooo
penat gelak2 kat meja makan ngan kwn2 tunggu pegantin sanding n tepung tawar, then baru bleh makan ok!!!! dh la last cahaya makan kul 11.45 siang tadi..Sungguh perit menanggung kelaparan..:-(...

Akhirnya kul dekat kul 10 gak la baru dpt makan..Sabo je la..Dekat kul 11 kami pun bertolak balik semula ke putrajaya..Aduhai penat sangat...Balik2 bersihkn diri...dan aktiviti seterusnya adalah merehatkan diri di atas ikan2 nemo:-)..ZZZZZZZZZZZ