Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Monday, February 28, 2011

SAYA MENGANTUK!!!!


Jam baru pukul 2petang. Lambat lagi nk malam. Tapi mata ini mengantok seolah2 sudah pukul 2pagi.. HUhuhuhu.. Macammane ni???
Kalaulah saya dapat tidur selena ini..

Ataupun berdua begini. BUkankah berdua itu lebih baik:-) Kihkihkih

Kepada kawan-kawan yang berhampiran dengan workstation saya ini, sila selalu2 lah jenguk saya ye.. Takut2 saya jadi mcm ni... Upssss

Wednesday, February 23, 2011

Cantinya Ungu:-)

Salam..
Tadi jalan2 di alam maya.. Terjumpa lak cite pasal Fazura yg cute miut ni dilantik jadi duta baru LUX. Tau x lux tu ape? Alah sabun mandi Lux yang wangi2 tu.. Hehe:-)



Sebenarnya bukan nk cite pasal Lux. BUkan juga nk cite pasal Fazura.. Sebenarnya Cahaya telah jatuh Chenta pada warna ungu yang dipakai oleh Fazura itu. Warna je tau, bukan baju tu.hehe Rasa2 cantik x kalau Cahaya jadikan sebagai warna "kedondong" semperna hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi???? Wajarkah?? Sesuaikah?? Perlukah??


Ke warna kak rozita ni?? Erm ada dua pilihan yang menarik.. Nampak esklusif warna baju kak ita ni kan..
Pilih punya pilih kang Pelangi xsuka plak.. Lebih sadis kalau pilih punya pilih, dia xnak bayarkan.. Itu paling sadis la kan..Hehehe..Tolong ye cik abang.. U xnak ke tgk isteri u cantik mcm si fazura tu?? Dapat tempias rozita che wan sikit pun jadilakan..Kahakahakah

** Sumber = Google je:-)

Tuesday, February 22, 2011

Kisah Telur

Salam..
Tomey x bekas telur Cahaya? hehehe.. Ada kawan kate, klu telur dr peti sejuk, kena biar suhu bilik dl, baru leh wat kuih @ kek. Baru la kek tu akan mendap.. Alahai ada rahsia plak ye..
Rasa2nya ok la kan kedudukan telur2 ni. Jangan gaduh2 ek.. duk sama2:-)

Monday, February 21, 2011

Hentikan Tangisanmu

Salam..

Menangis lagi Cahaya hari ini. Tak tahu kenapa..Mudah benar airmata keluar sejak kebelakangan ini..
Bace beberapa blog yang cukup menyayat hati. Besar benar ujian Ilahi. Ya Allah berilah kami kekuatan.
Arfariena
Doa Buat Alanna
Moga2 dengan kekuatan semangat dan ketabahan ibu2 ini menjadikan diri Cahaya juga sekuat dan sekebal mereka. Walau kecil benar dugaan yang Cahaya tanggung jika nak dibandingkan dengan mereka. Kehilangan, walau sekecil manapun tetap akan meruntun sekeping hati.
Kesat lah airmatamu Wahai Cahaya..
Allah mengasihimu..Percayalah



1. Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah. (HR. Tirmidzi)

2. Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya maka Allah menguji dan mencubanya agar dia mencapai darjat itu. (HR. Ath-Thabrani)

3. Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Bukhari)

4. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." (Riwayat Bukhari)

Alhamdulillah

Salam..

Alhamdulillah... Bace paper semalam smua cite pasal Dato Ct Nurhaliza & Dato K bina masjid. Bukan bina masjid yg kawin tu, tu dh lama terbina.. Hehe ni masjid betul2..

Dlm pada mcm2 gosip & cite yang bukan2 melanda, mereka terus membuat amalan. Besar pahala bina masjid ni.. Entah bila la hasrat hati Cahaya nk bina masjid mcm ni tercapai.. Mane la tau kn:-)


Sunday, February 20, 2011

Harapan Tanpa Suara

Salam..
Muka depan metro hari ini, masih lagi cerita pasal pembuangan bayi. Kenapa belum berakhir kisah ini? Kenapa masih ada hati yang begitu kejam melakukannya lagi?


Harapan Tanpa Suara
Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku


Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah


Lagu Harapan tanpa suara ni sedih sgt Cahaya rasa. Sampai sekarang tiap kali tgk lagu ni kat tv, musti bergenang airmata. Begitu mendalam dan mendayu lirik lagu nya. Sampai hati mereka melakukan sedemikian rupa pada anak yang tak berdosa.. Aduhai hati...mengertilah

Ayah Ibu ...Izinkan lah aku melihat dunia..Jangan diragut hak itu....Subhanallah


Menu hari ini:-)

Salam..


Semalam dah makan daging, hr ni makan kerang plak ye.. Kita tambah darah sikit ye:-)


Kerang Cili
Bahan-Bahannya:-
Kerang
3biji cili padi (dikisar)
2cm Halia (dikisar)
3 ulas Bawang putih (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Cili kisar
Air & garam secukup rasa

Caranya:-
1. Tumis bahan2 yang telah dikisar, Cahaya tumbuk je..hehe..malas nk kuarkan blander

2. Masukkan kerang, masukkan air sikit. Kacau smpi kerang masak

Ha senang je kan menu Cahaya hari ni. Maklumla masak dah pukul 2.30. Kena la cepat.. Jap lagi musti cik abang itu bangun.. Jom hidang atas meja.. Pakai lawa2 sikit..makan dengan sopan:-)


Menu semalam

Salam..


Sejak kawin belum pernah buat sup tulang.. Xtau plak Hubby suka makan sup tulang. Hehe banyak lagi yg Cahaya xtau pasal Hubby.. Bab makan dia xpenah kisah, makan je ape yang Cahaya masak. Hr ni dah tgh2 makan tu, dia ckp dia suka sgt makan sup tulang ni.. La awat xcakap cheq oii:-)


Bahan-bahannya:
1/2 kilo tulang lembu
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih (diketuk)
3m halia (diketuk)
1 paket sup bunjut
1 biji tomato
1 biji kentang
1 batang lobak
daun sup
lada hitam
lada sulah
garam secukupnya.

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar, sampai naik bau @ kekuningan.

2. Rebus tulang dan masukkan sup bunjut. Masak hingga daging empuk.

3. Agak-agak daging sudah empuk atau air telah kurang lebih dari separuh, masukkan ubi kentang dan lobak.

4. Bila dah lembut daging, masukkan tomata dan garam. Tambah sikit lada hitam & lada sulah

5. Masa dah nak makan tu jangan lupa tabur daun sup dan bawang goreng.

Dekat 3jam lebih gak la baru siap masak sup ni. Huhuhu lambat rupanya.. Hubby nk daging tu betul2 lembut. Amboi2 sabar betul dia menunggu. Cahaya dh lapa ni.. Hehe
Jangan lupa wat sambal kicap ye.. Baru la makan xtoleh kiri kanan:-)

Saturday, February 19, 2011

Isteri Solehah

Salam..

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskanSuatu pagi, bukak radio tetiba dengar lagu ni.. Alahai lagu ini ms zaman2 belajar dl. Indah betul baik2 bahasanya.
Ya Allah jadikan la aku yang terbaik di sisinya.. Moga2 akulah isteri solehah itu...


Thursday, February 17, 2011

Hubby demam:-(

Salam..

Lama dah rasayer dia xdemam. Last dia demam masa 3 hari lepas selesai majlis kahwin. Dah hampir 7bulan tu. Smlm ms Cahaya balik keja, tgk dia terbaring je lemah. Badan panas sgt. Suh g klinik xnak. Mlm yer plak dia kena keja. Suami tu mmg mcm tu, susah betul nk suh dia g klinik.

Tgh makan petang smlm, muntah..Habis keluar balik smua makanan. Lepas tu nampak mcm ok sikit, dia g keja. Subuh2 ni dia bgtau dah 3kali muntah kat opis. Alahai sianye:-(
Pagi2 request kat Cahaya suh wat bubur nasi. Alahai yang, i xpenah buat bubur nasi tau..Tp demi En Pelangi Terchenta, Cahaya cuba la juga..

Ni bukan la bubur nasi yg Cahaya buat. Saat entry ini ditulis bubur masih di atas dapur.. Hehe..Hope jadi la... Cepat Sembuh ye sayang.. :-)

Le Tour D' Langkawi 3

Salam..

Alahai dh nk balik ni..Rasa sayang plak nk tglkn pulau yang indah ni..Xpe2 ada rezeki len kali datang lagi ye
Singgah sekejap ke pekan kuah, rembat beberapa barangan lagi.hehe...kan sonok shoping2 ni. Terapi minda:-)

Kalau dh ke Langkawi, xkan la x bergambar di dataran helang kn.. Wlupun panas, klik2 kejap ye:-)

Tercatat satu peristiwa ms di dataran helang ni..Mintak tlg mat bangla ni, suh ambik kn gmbr kami. Dia jwb dengan sombong ye dia xnak. Cz masa dia tersangat la singkat..Cittt xguna punya bangla. Xsedar diri dtg negara org..Aku nk begambar sekeping je, bukannye nk wat pengambaran cite hindustan nk ambik masa berejam2. Xheran la..:-p

Mujur ada couple mat salih ni yg begitu baik hati & peramah. Dia pun suh kami ambik kn pic dia gak.. Ok la tu kan.. Org berbudi kita merasa...

Selamat tinggal helang..Insyaallah panjang umur, murah rezeki kita ketemu lagi...:-)


Wednesday, February 16, 2011

Le Tour D Langkawi 2

Salam..


Mulakan hari kedua dengan penuh semangat waja.. G bfast dl. Main singgah je gerai makan tepi2 jalan sepanjang nk kuar dr pantai cenang tu. Dan hasilnya.. Nasi Lemak Langkawi. Terkejut cheq bile tgk nasi nye warna kuning. Mcm nasi ayam plak dh

Hari ni tentatifyer nk ke cable car. Dah 2 3 kali pergi, tapi just tgk dr bawah je la. Gayat. Tp kali ni berbekalkn semangat org yg disebelah itu, Cahaya kuatkn la juga hati. Alahai...

Perjalanan tertangguh dlm 30min, cz bg laluan pada pasukan le tour d langkawi. Dapat la tgk depan mata mcm mane diorg belumba basikal secara bramai2. Wah sgt laju ok..

Kami sudah berada dipuncak.. Tinggi yer. Hampir 1km. Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan tuhan, lebih cantik bila dihayati bersama insan tersayang..Ecewah

Setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia, tarikh hari raya puasa AKAN DITUNDA ke tahun hadapan..Hahahaha

Jambatan yang tinggi dan bergoyang2 itu juga sempat kami selusuri. Penat sikit la jalan. Klu ikutkan Cahaya ni mmg tidak la. Tp sian lak Pelangi g sorg2. So i gagahkn juga la hati ini. Gayatyer..Cuaca sgt panas, tp kita akan rasa berangin bila di atas ni. Aman&bahagia:-)

Ni saat2 yang agak ngeri juga la. Cz Cahaya xpenah bg makan rusa. Geli je rasa bile lidah dia kena kat tapak tangan..Arrrr

Lastyer hari kedua di langkawi ni kami just menyelusuri tepian pantai je. Mula2 g Pantai Pasir Hitam.. Then singgah sekejap di pantai cenang..Main2 air sikit..usik2 pasir sikit. Ok jom balik:-)

Di setiap celahan pasir2 puteh itu ada pasir hitam ye.. Hebat ciptaan Yang Maha Esa

Sebelum balik tulis nama atas batu..eh atas pasir.. Sebagaimana ombak memerlukan pantai, begitu jugalah aku memerlukan dirimu...Alahai jiwang lagi