Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Thursday, March 24, 2011

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa



Anda sentiasa berdoa tapi masih tak dimakbul kan lagi? Kenapa? Mungkin juga sebab anda berdoa tak kena pada tempat @ masanya. Berikut ini saya kongsikan info mengenai 10 waktu yang paling sesuai atau waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.Mudah-mudahan, bila kita berdoa waktu yang mustajab ini, doa kita akan mudah di makbul kan oleh Allah Ta’ala. InsyaAllah.

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Sumber : Ustaz Zahazan


Wednesday, March 23, 2011

Pecal



Rindu nk makan pecal la.. Pecal ni yg susahnya buat kuahyer tu la.. Sayur2nya celur2 je.. Biasanya mak mertua yg buatkn kuah ni. Pack banyak2 bawak balik sini..Hehe Bile mak nk buat lagi ni mak oiiii..Cahaya sudah kecur liur ni..

Xpenah beli pecal kat pasar tani putrajaya ni..Sedap ke idak agakye????

Tuesday, March 22, 2011

Milo Tabur



Suatu ketika dtg kedai mamak dengan hajat & harapan nk minum milo tabur.. Sedapye la kn.. Sejak dua menjak ni agak ketagih la dengan milo tabur ni..Hehe
Tp mamak itu telah menghancurkan impian & harapan Cahaya..Smpi2 cuma milo ais biasa je..Errrrrr geram yer.. Tp mlm tu mood baik, malas nk g tukar2.. Minum je la knSebagai ganti buat sendiri kat umah.. Hehehe lagi sedap..pekat dan banyak milo2 yg bertaburan..Jom2 sambil tonton tv sambil menghirup air milo ku..:-)

Sunday, March 20, 2011

Jalan2 Tgk Baby:-)



Hr jumaat mlm yg lepas, Cahaya g tgk baby kawan blog Farah. Segan je rasa cz ni first time nk jumpa.Hehe..Mujur wawa nk teman pegi.Umah kami dekat je selang beberapa block je.. Smpi2 si kecik Zara Iman sedang lena tdo. Tomey ye..Geram je..Rasa nk picit2..eh bukan2..rasa nk cium2. hehe. Sempat snap pic Iman ngan Wawa je..Dgn Cahaya nanti la..tunggu Iman besar sikit..Xbrani lagi nk pegang..huhuhu...Sangat suka tgk rambut Iman..Lebat sgt..Thanx Farah:-) Nice meeting u:-)
Petang ahad ke Kajang pula tgk baby my best fren Ikin..Dh bersalin akhirnya. Tp sembang dok sembang itu ini, lupa lak nk ambik pic.. Ni pic dr Fb ikin.. Tahniah ye tuk Ikin & Musa atas kelahiran Irfan Hakimi.. Semoga menjadi anak yg soleh ye sayang:-)

Saturday, March 19, 2011

Petua memilih sahabat



"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya itu.'

Berkata Ulama

"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang yang engkau sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterimanya daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah kamu daripadanya."

Petikan dari Nasihat Al-Qamah kepada Puteranya

Berpesan Al-Qomah kepada puteranya, "Wahai puteraku!Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut:-

Jika kamu ditimpa bencana, maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu, maka ia akan segera mengusahakannya.

Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu itu.

Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya

Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik talian persahabatan itu.

Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan maka ia akan menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali

Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu.

Jika kamu berdiam diri atau malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

Jika kamu berselisih faham dengannya maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Website: http://www.geocities.com/zone302

Friday, March 18, 2011

Kisah Si Bali


Tau ape tu limau bali? Penah makan limau bali? Ha ni dia.. Comelkn.. Hasil tanaman nenek ku dikampung:-)
Susah gak nk mengupasye..Kulitye tebal, tapi lembut..Mcm tisu je..Dengan penuh kesabaran, kita kupas satu persatu ye...Supaya terserlah isiyer di dlm:-) Pic Saiful kes Anuar Ibrahim tu xde kaitan dlm cerita ini ye..Jgn buat spekulasi..:-)
Bila dh siap kupas, kita potong2 bagi kecil ulas ye..Baru senang nk makan. Opssss Cahaya xsuka mkn sekarang, kena simpan dlm peti dl bagi sejuk baru makan... Baru sedap..Baru la terpercik2 airye bila digigit.. Sedapnya:-)

Thursday, March 17, 2011

Sepatu ku:-)


Lama dh teringin kasut tapak tinggi ni..Akhir ye jadi milik jua..He2 Tomey x? (angguk 10kali tau)
Lepas beli terus simpan dlm keta..Tak nak bawak naik umah..Musti En Pelangi itu akan tanya 1001 soalan. Maklumla kasut dh banyak dh dlm bonet keta..Hehehehe
Ala yang, u xkesian ke kat i..Dh lama i mengidam nk bersepatu begini... Kan klu i pakai dh mcm ala2 lisa surihani bejalan kn..U tak marah kn yang???? Hahahaha

Wednesday, March 16, 2011

Selamat Hari Jadi


Ahad yang lepas, kami dpt jemputan hari lahir anak sedara Pelangi yg ke 6tahun. Nur Aina Mardiyah.. Dlm kul 10lebih gtu kami pun bertolak le ke klang. Mak & Ayah mertua dh sampai dari kampung. Hambuih2 awalye mereke. Bapak mertua ku drift ke sepanjang pejalanan??? Hehe
Antara hidangan yang ada. Kuah kacang & nasi impit tu mak mertua bawak dr kampung. Rajin ye la..Mcm menantu dia gak..Kihkihkih...

Inila birthday girl ye.. Yang baju biru tu ibunya, merangkap birasku, merangkap best fren masa sekolah dl..Siapa sangka kita dipertemukan dengan cara begini kn..Allah adalah sebaik2 perancang:-)

Hamboi2 nak juga ye si tudung merah ni..

Selamat hari lahir mai..semoga jadi anak yg baik ye..Belajar rajin2..Mcm acik yan ni..Alahai hahahaha

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami Jepun

Salam..

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami



Moga kita terhindar dari bencana ini.. Dan moga2 Allah melindungi kita semua.. AllahuAkbar

Monday, March 14, 2011

Cantik DI hati

Salam..


• Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
• Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
• Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
• Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
• Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
• Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
• Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
• Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.
• Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
• Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Sunday, March 13, 2011

HANYUT-FAIZAL TAHIR

Salam..

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut


Thursday, March 10, 2011

BOSAN!!!!

Salam..

SGT BOSAN HARI INI
APE HARUS SY BUAT..
AAARRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!


Wednesday, March 9, 2011

KEKANDA ADINDA – MONOLOQUE & ATILIA

Salam..

Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yg mana satu?
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka


Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yg Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya?
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu?
Tak perlu bertengkar Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
Bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?



Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub Utara
Dinda kutub Selatan
komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka


Walau kita sering dgn cara masing2
Kanda yg Perdana
Dinda yg Utama
Kanda sgalaNya
Dindalah Nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama,
Bersama slamanya,
BAHAGIA SELAMA-LAMANYA


Monday, March 7, 2011

Teringin

Salam..
Semalam sangat teringin mahu makan chiken chop.. Alahai sedapyer la... Dengan kegaringan ayamyer.. Bersama2 dengan keenakan sos blackpaper yer.. Sangat2 mencengkam perasaan.
Tapi sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang. Tp tuhan yang menentukan...Huhuhuhu
Cahaya : "Kak, nk order ice lemon tea dgn chiken chop ye" ( sambil tersenyum2 manja)
Akak kedai : "Western food dh xjual dik, tukang masak dh berenti keja"
Alahai...sabor je la..musnah la harapan.. Xkan nk g kedai lain kan..Musti En Pelangi xnak punya.. Sabar la hati..Hari lain kita g makan ye..
Last2 order keowteow kungfu jee.. Mujur sedap.. Klu tidak musti dh hangus kedai ni Cahaya kerjakan..Hahahaha

Moral of story : Sebelum masuk kedai, tanya dl tukang masak ada ke idak!!!!!

Sunday, March 6, 2011

Makan-Makan lagi

Salam..
Masih lagi kisah hari sabtu lepas. Balik je dari kenduri, plan ngan kawan2 tuk wat bday party yg sudah lama tertangguh.. Hehe.. Ini adalah majlis hari jadi Pelangi Hatiku, Faisal (somi abby), Qalish (anak abby) & Ekin.. Ha senang kn. Combine kan semua..heheheDik kerana majlis ini tidak dirancang awal, mmg xsempat nk wat ape2 preparation pun. Cahaya plak balik dr kenduri tu kul 3.45 bru smpi umah. Alahai sori ye kenkawan.. I sempat grg keowteow je.. Huhuhuhuhu. Mujur kek sarang semut ada lagi, then tambah lak ngan kentang goreng. Buah lai sebagai pencuci mulut. Air oren buatan suami ku yang kurang manis:-) Satey yang disponsar oleh abby. And objek terpenting adalah kek harijadi tajaan mai sekeluarga.. Mekasih lagi:-)Mak ayah abby pun datang. Mekasih la makcik & pakcik cz sudi menziarahi teratak ku ini:-)Apela yang dok digelakkn dek Abby & Ikin tu ye.. Baik-baik long. Jangan smpi terberanak dok gelak2 tu..heheheHa yang ni plak, laki bini yang dok makan sampai membiarkan anakyer yg comey lotey itu pakai seluar sendiri.. Hahaha lawak la Fatihah ni:-)Ada pun pic bakal ayah ni. En Musa ni suami kepada Puan Ekin yang tengah sarat tu.. Nape Jamal wat muka terkejut tu.. Tehah seksi la:-) Wah "dia" sudah membesar. Ekin tunggu hari je ni.Kami masih diberikan peluang bersama. Alahai inilah besfren Cahaya sejak dari study dl. Insyaallah ada masa kita bkumpul lagi ye. Terima kasih kerana sudi datang ye kawan2:-)
Oh lupa plak nk ckp terima kasih kat Pelangi cz banyak membantu dalam penyediaan majlis yang mengejut ini. Hehe.. Cahaya ni klu di dapur kelam kabut sikit. Mujur la Pelangi lebih tenang. Klu tidak agakyer terbalik le dapur tu..Hahaha..
Pic Pelangi??? Ada dalam hatiku ini:-)