Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Monday, May 31, 2010

Selamat Pegantin Baru Teman..

Salam..


Kisahnya bermula pada 28 Mei 2010.. Pagi yang indah sekali.. sinaran sang suria menerangi alam.. Kicau sang burung, merestui sebuah ikatan pernikahan.. Menangis la syaitan bila terbinanya sebuah lagi masjid.. Alhamdulilah, dgn izin Yang Esa, seorang teman, seorang sahabat sejak 9 tahun yg lalu kini bergelar seorg ISTERI...Erat pelukan itu.. Dalam renungan yang diberi.. Hanya senyum dibibir mengungkapkn seribu makna.. Dalam riuh gelak tawa, dalam hening suasana,terbit jua airmata. Bukan tanda duka, bukan juga menolak bahagia. Tetapi seorang teman ini sekadar mampu mengangkat tangan tanda kesyukuran. Mengaminkan doa memohon kerahmatan. Pada sebuah hubungan yang terbina.. Moga kekal BAHAGIA ...

Dalam debar menanti saat disatukan..



"Aku terima NIKAHNYA..."



Airmata bahagia saat selamat bergelar isteri buat seorang lelaki tercinta.



Airmata bonda.. Dlm riang si anak bakal bergelar isteri, sendu hati ibu ini siapa yang tahu.. Saat suami baru sahaja pergi menghadap Ilahi, anak bongsunya kini milik lelaki bergelar suami..



Teman kini milik orang..



Bersama2 teman2 sepengajian dulu.. Gembira mereka bila kembali bersua..



Doa dari sahabat handai yang datang



Dalam hati memuji cantiknya teman ini dihari persandingannya..Kini teman milik insan bereglar suami..



Buat Sahabat NOOR HASIKIN BINTI ABU HASSAN & MUSA BIN ABDUL WAHAB:
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
MOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA
"SELAMAT PENGANTIN BARU"

Monday, May 24, 2010

Rindu Teman

Salam..


Hari sabtu bertemu teman lama dari pasir gudang. Nurliyana Ismail & suaminya En Oza. Pertemuan berlangsung di umah baru Mai kat kota warisan. Lawa umah ko mai.. I likeeee:-)Klu ikutkn plan asal, pertemuan ni berlangsung di umah bakal pengantin. Cik Kikin kat Kajang. Tetiba dia kena balik melaka lak. So memandangkn Yana & Oza mmg nk dtg Kl, lokasi bertukar la di umah mai lak.. Ok la tu kn. Yang penting jumpa.. Rindu sgt pada yana. Last jumpa ms dia kawin hr tu. Dan rindu sgt2 pd budak tecik Fatihah Solehah.

Ni lah kami bertiga.. eh silap berempat. ha nampak x kat dlm perut yana tu. Dh 7 bulan tu.. Due dekat2 dengan majlis Cahaya nanti.. Alalalala.. Tu cuba tgk kat belakang sikit.. I duduk kat sofa baru u all..:-) Hahahaha larikkk nanti musti mai marah:-p

Mekasih pada mai yg sudi menerima kedatangan kami. Mekasih untuk soto & samosa yg sedap. Juga mekasih pada Jamal kerana sudi buatkn kami air..Hahaha.. Duk sembang2 sekejap. Gosip itu ini.. Tgk2 dh pukul 7. So kena la minta diri kn..Maklumla i ni anak dara kn. X elok kuar senja2 sorang..Klu berdua xpe..hahahhaha tu lagi xelok kn:-p. Sebelum balik cahaya dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh yana & oza. Hahaha Cahaya dapat hadiah perkahwinan yang pertama.. Yea2..Memandangkn yana due dekat sgt ngan majlis Cahaya, so diorg siap bg hadiah awal.. mekasih le daun keladi..:-)
Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi ek:-) Rindu selamanya pada teman yg jauh di mata dekat di hati.. Muuahhh:-)


Coffee Village

Salam..


Beberapa tahun yg lalu Cahaya pernah bace sebuah novel karya Anis Ayuni "Manisnya Cinta". Sangat seronok bace novel ni.. Antara koleksi terbaik yg Cahaya ada.. Rasa romantik sgt bila bace novel ni.. hehe mula la nk menjiwangss kn diri tu..huhu.. Sebenarnya entry kali ni Cahaya bukan nk ckp pasal novel ni. Yg Cahaya nk kongsikn sebuah lokasi makan yg diceritakn dlm novel ni. Big Plate kat Shah Alam. Ada sape2 yg penah pegi? Cahaya setakat hari ni cuma berjaya lalu dihadapanya saja..huhu.. Kasihan:-(. Dlm novel tu, diceritakan mcm best je tempat big plate ni.. Dan yg paling menyebabkn Cahaya nk pegi sana bila dia kata hidangan kat sana smua besar..Order 1 leh kongsi 2 org.. Dan bila diceritakn betapa romantisnya Si Ifti Liyana tu makan sup dlm roti yg besar.. Cubit sikit2 masuk dlm mulut depan Si Nazmi tu.. Hahahaha Cahaya dh terbawa2 di alam tidak sedar ni..Kahkahakah:-p



Mgu lepas Cahaya dapat tau yang ada satu kedai dekat sgt ngan putrajaya ni yg hidang roti & sup mcm tu. Klu ada tempat lain yg Cahaya x tau, entahlah kn.. Maklumla kwsn geografi Cahaya ni xbesar mane:-p So dengan kuasa "pujukan" yg ada, Cahaya cuba2 la ajak Pelangi pegi. Alhamdulillah berjaya hokey.. So mlm sabtu hr tu Cahaya g la kat Coffee Village ni. Mmg x order benda lain ler. Excited ni tunggu order smpi. Mcm mane la rupanya kn. Jeng Jeng Jeng....

Hehe..Bertenang2 tu baru pembuka selera je.. Kira welcoming drink la.(Walau hanya air kosong je hokey:-p) Siap ada kopok jejari tu lagi. Sedap tu.. Sori la kat wawa, ms kita g tempat ni dl, xde plak makcik ni bg kopok jejari ni kn..Huhu:-)


Seterusnya gambar air lak.. Teh O Ais je..dengan yg warna puteh tu air coke susu.. Ermm sedap gak la..masih leh diterima anak tekak ni


Ni plak mee sup. Pelangi yang order. Tp sian la cz mee ni masin sikit ler. Xbrape nk best.. Tukang masak kat belakang tu dh nk kawin kut.. tu yg terlebih garam tu. Ermm ape relavan yer ek:-)


Ha ni la dia.. yg ditunggu2 dan dinanti2.. Ecewah comel je kn.. Suka2:-). Bukan air kelapa muda ok.. Tu la sup cendawan di dalm roti. Ermm menarik & comel.. Komen sikit ek.. Sup cendawan dia sedap. Mcm yg dekat pizza. Tp roti dia keras sikit. Yang lain2 ok je.. Masuk mulut dengan enakyer.Ecewah..xde la seromantik Nazmi & Ifti Liyana. Tp kira ni version Cahaya & Pelangi hati la:-)Bersaksikan rembulan di langit dan tasik yg terbentang luas.. Adoiii tak kose la kn:-)
Terima kasih la pada Pelangi yg sudi menemani Cahaya mkn malam tu:-)

Wednesday, May 12, 2010

Suka Duka Semalam

Salam..


Macam2 jadi semalam.. Suka duka menjadi satu.. Adoiaiiii.. Mula2 nk cite suka dulu la kn..Musti pagi ni pegi opis senyum lebar je. Maklumla smlm Skuad Badminton M'sia menang bergaya untuk ke separuh akhir Piala Thomas. YeSSSSS.. Haha wlupun mula2 tu duk tgk sorang2 je..tp kelakar bila teringat yg Cahaya sorak sorg2 je kat umah.. Segan plak takut2 jiran dengar. Kang dia ingat jiran sebelah umah giler ke ape..Ckp sorang2.. huhu.. Maap ler ye jiran.. Semangat kesukanan tinggi smlm.. hahhaha..

~Alhamdulillah. Hafiz Hashim penyelamat permainan smlm.~



Syukur m'sia menang juga lawan denmark. 3-2.. Hafiz hashim menyelamatkn keadaan. Datuk Lee Chong Wei mcm biasala.. Mustila menang. Hehehe.. Xsabar nk tunggu esok ptg nk tgk pelawanan separuh akhir M'sia - China. Chong Wei nk lawan Lin Dan ni.. Moga2 M'sia menang lagi lah..hehehe. Dan moga2 Cahaya xhilang sore la bersorak esok.. Wlu sorakan secara solo je.. Tp still contact2 Lin, Ina & Wawa klu ada ape2 aksi yg mengerikan.. Termasukla pengulas jemputan yg gagap tu..Hahahaha MALAYSIA BOLEH!!!!

~Wira Malaysia.. Cayalah:-)~


Ok masuk cite duka plak.. Balik dari umah kakak Cahaya kat Kajang mlm tadi, tetiba pintu utama umah xleh bukak lak. Adoiii.. Ape dh jadi ni. Dh la kita nk cepat, cz nk tgk sambungan piala thomas. Ada je yg jadi penghalang.. Sedih sgt2.. Pintu xleh bukak. Kunci ada tp Cahaya still xleh masuk. Pastu rescue 911 la kat zurina. Tumpang umah dia jap. Mentara tunggu dia & hubby dia tgk badminton. Yelah kita dh la nk mintak tlg org. So xnak la kacau mereka tgh seronok tgk pelawanan tu. Mentara kat umah Ina tu, sempat la gak tgk 1 game. Beregu. So dpt la bersorak secara berduet dgn Zurina.. Hahahahaha.. emosi melampau kn..:-)Thanx ek too Ina & hubby kerana sudi menerima kunjungan hormat dari Cahaya mlm tadi.. Sowi ganggu u all tau..:-) Mujur bila Cahaya call maintance dia nak datang. Wlupun masa tu dh dekat pukul 10. So tunggu maintance tu betulkn tombol pintu yg dh loose tu. Yg kelakarnye dia sempat lagi suh Cahaya buka Tv. cz dia nk tgk badminton gak.. hahaha.. mcm2 la kn.

~Ikutkan hati mcm nk pecah mcm ni je pintu tu.. Hahaha kuat la sgt kn~


Alhamdulillah la akhirnya pintu umah Cahaya dh dpt dibaiki la. Sambung tgk tv dengan aman. Dan diakhiri dengan senyuman bila akhirnya keputusan piala thomos M'sia layak ke separuh akhir. Hep Hep Horreyyyyyy:-)

Wednesday, May 5, 2010

Persiapan...

Salam..


Fuhh Fuhhh bersawang dan berhabuk dah blog kesayangan hamba ni.. Lama betul xupdate kn.Maklumla malas sgt sejak kebelakangan ni. Xde idea pn nk cite ape..Hehe.. Smlm baru masuk opis setelah 4hari bercuti di kampung.Alahai sonokyer merehatkan diri di teratak bonda.. Walau cuaca panas xterkata..Mungkin betul la mcm lagu zubir ali tu.."Alam dh makin marah pada manusia" tu yg jadi panas tak terkata skrg ni..Nauzubillah..

Cuti panjang kat kmpg tu dapat gak la Cahaya settlekn beberapa perkara berkaitan ngan BigDay nanti. Huhu.. Sape kate menguruskan majlis perkahwinan xpenat. Besar atau kecil majlis tu bukan la persoalanya. Bila dh namanye majlis perkahwinan dan melibatkan banyak pihak, wlu mungkin xpenat tenaga, musti penat pikiran kn.. Hehe berdasarkn pengalaman kawan2 yg dh melangsungkan majlis mereka begitula jadinya. Dan sekarang ini, Cahaya sedang mengalaminya.. masih ada beberapa bulan lagi dr tarikhnya, so keadaan masih terkawal lagi la takat ni. Dalam sibuk,ada gembira, dalam penat, ada bahagia.. Alhamdulillah syukur pada ilahi, pada nikmat rasa ini:-)
Hilang penat tgk secebis senyum di bibir bonda..
Hilang gusar tgk bahagia di wajah bakal mertua..
Hilang letih bila menatap wajah insan tersayang...(terima kasih kerana sudi memberi Cahaya rasa ini)


Klu la dpt tudung mcm ni kn.. Lawa bebenor:-)



Konon2 nk color mcm ni.. Tp rasanya xbrape serupa la.Apakan daya..huhu




Adamaya

Salam..


Sinopsis Adamaya:-
Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?


Sekarang ni mmg tengah ikuti cerita ni.Tapi makin dh nk habis ni makin geram tgk cite ni. Adoii sampai hati betul si maya ni buat mcm tu kat hubby dia. Smlm ptg mmg panas giler ar tgk si maya ni jumpa danny depan adam. Boleh ek wat mcm tu?? Betapa sedihnya tgk ketabahan dan kesabaran si Adam ni. Huuhuhuhu terlebih emosi plak.. Abaikan ye.Saje je:-) paling suka tgk amani ni la..Comel tp pandai ckp:-)