Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Wednesday, May 5, 2010

Adamaya

Salam..


Sinopsis Adamaya:-
Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?


Sekarang ni mmg tengah ikuti cerita ni.Tapi makin dh nk habis ni makin geram tgk cite ni. Adoii sampai hati betul si maya ni buat mcm tu kat hubby dia. Smlm ptg mmg panas giler ar tgk si maya ni jumpa danny depan adam. Boleh ek wat mcm tu?? Betapa sedihnya tgk ketabahan dan kesabaran si Adam ni. Huuhuhuhu terlebih emosi plak.. Abaikan ye.Saje je:-) paling suka tgk amani ni la..Comel tp pandai ckp:-)


No comments: