Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Wednesday, January 26, 2011

Kompang Di Palu

Salam..

Ketibaan yang di nanti. Pengantin dirai, disandingkan raja sehari
Salam pembuka kata.."I mintak ampun ye U, I ucapkan selamat menjadi suami i ye" :-)

"Isk lawa baju ko ni jah..Aku pun nk tempah satu la" - kata si pengapit

"Cepat la jalan pengantin ni.. Kita dua org dh berpeluh-peluh ni.."

"Bak mai sini pinggan U, biar i senduk kn nasi..pasni i suap kn lak ye..:-)"

Cahaya sempat mengabadikan kenangan dgn kakak pengantin. Thank pada layanan pengantin dan keluarga:-)

Kami kini berempat..:-)

Kepada kedua raja dan ratu sehari ini, kami ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU..SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT..

Bahagia itu dari dalam hati...
Kesannya zahir rupanya maknawi...
Terpendam bagai permata dalam hati...
Terbenam bagai mutiara disalut nurani.
Bahagia itu pada HATI..
Bertakhta di kerajaan diri...
Bahagia itu pada JIWA...
Mahkota di singgahsana rasa..
Bahagia itu KESABARAN..
Bila susah tak gelisah..
Bila miskin tak pemarah.
Bila gagal tidak resah.
Hakikatnya bahagia itu ketenangan bila hati mengingati tuhan.


Tuesday, January 25, 2011

MENGAPA????

Salam..


Dah xtau nk cakap ape dah.. Kiamat sudah semakin hampir.. Dalam Dunia Haiwan Tiada Manusia Tapi dalam Dunia Manusia BANYAK Haiwan



Friday, January 21, 2011

Pameran Kereta

Salam..

Malas nk cite.. Tgk pic je la ek.. Lama dh pameran ni. Baru ni sempat upload.







Wednesday, January 19, 2011

Bagan Lalang part 2~ Kisah Cinta

Salam..



Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga


Tuesday, January 18, 2011

Bagan Lalang part 1 ~ Kisah Makan

Salam..

Dah lama dh kejadian ni. Cuma baru ni sempat update. Cahaya g Bagan lalang ngan bespen Cahaya la.. Bakal Ibu tu..
Tercapai gak hasrat dia nk makan bfore bsalin ni..hehe.. Sedap kn yang:-)
Kita tgk gambar je la ek.. Cakap je musti u all x caya..Hehe

Ha tula keseluruhan menu yer..

Ketam yang menjadi mangsa. Suka kuah ketam ni..Pedas & manis menjadi satu

En Siakap yang penuh dengan perasaan:-)

Eh cik lala pun ada..Datang bersama Puan Kailan rupanya..Mesra gtu

Kawan2 Paul pun ada juga.. Sotong goreng tepung yang besarr-besarr

Makan,makan dan makan. Sonok bila cite bab makan ni kan. Lagi sonok klu xpayah masak tp bleh makan..Hehe


Siakap 3 Rasa

Salam..


NAMA PENUH: IKAN SIAKAP 3 RASA
KEHADIRAN: Pengerusi - Sang Siakap kesepian
Ahli :Bawang putih, bawang merah, halia,biji cili padi- dihiris nipis.
Urusetia:Sos cili, sos tomato,sos tiram, air
Pencatat Minit:Bunga kobis, Lobak, Tomato, Putik Jagung,Nenas klu suka:-)
JURUKIRA:Daun Ketumbar & Daun limau purut
AGENDA:
1. Panaskan minyak.Gorengkan pengerusi sehingga garing.Ketepikan.

2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis ahli mesyuarat.

3. Masukkan urusetia, diikuti dgn Pencatat Minit. Kacau sehingga masak dan mesra.

6. Masukkan garam dan gula.

7. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.

8.Tutup api dan curahkan di atas tuan pengerusi tadi. Sebelum terlupa, taburkan Jurukira yang sudah dipotong halus ye..SIAP!!!
Takkan nk tgk je..Jemput ler makan:-)

Monday, January 17, 2011

Menu Baru :-)

Salam..


NAMA PENUH : UDANG CELUP TEPUNG

KEHADIRAN : Beberapa ekor udang
Tepung gandum (Tp Cahaya guna tepung goreng ayam)
Yis (Secubit je)

AGENDA : Bersihkan udang, buang kulit tp jgn buang ekor. Pastu lap2 badan mereka supaya tidak basah. Guna hair dryer pun boleh (jgn buat pasal ok). hehe. Bancuh tepung, air sikit n yis. Tunggu 1/2jam.. Leh g cuci2 pinggan dulu ye:-).Bila tiba masanya, pegang ekor cik udang td, celup dlm tepung. Kemudian dengan lafas Bismillah gorengkan mangsa ke dlm minyak yg panas & banyak..Golek2 @ goyang gerudi sikit udang2 td biar masak rata. SIAP

Saturday, January 15, 2011

CINTA YANG SEMPURNA

Salam..


Musti ramai yang tengok AJL 25 mgu lepas kn... Cahaya antara yang menyumbang rating kat tv3 gak la mlm tu.Hehe..
Tp Cahaya xnak la review pasal AJL tu sangat.. Cz musti dh banyak sgt org cite pasal tu kn.. Cahaya just nk cite, yang mlm tu Cahaya jatuh cinta dengan lagu 2nd malam tu.. Sangat2 best di pendengaran Cahaya ni..Jom Hayati...

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh...


Alahai Cik Yuna oiii... Walaupun lagu ni x menang mlm tu, xpelah..Lagu Cinta yang Sempurna ni dah menang di hati Cahaya..Moga2 cinta yang ada di hati ini adalah cinta yang sempurna.. Cinta Ilahi, Cinta Suami, Cinta Keluarga dan Cinta Sahabat..
Kerana Cinta itulah Cahaya di sini...

Friday, January 14, 2011

BUSY

Salam..


Lama dh x update kn? Ermmm agak kesibukan sikit semenjak dua menjak ni.. Alahai siapa yang rajin sgt tu ye..hehehe
Azam tahun baru 2011 ni.. Rajin adik rajin ye:-)

Banyak kisah nk update..tapi masih tertangguh lagi ni. Tunggu ye..Satu2 Cahaya citekn nanti.. Sekarang ni masih kelam kabut lagi kisah hidupye..hehehe
TUNGGUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, January 2, 2011

Kerak Nasi Untuk Ibu

Salam..

Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.

"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.
Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.
Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :

"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."

Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"

Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."

Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."
Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'

"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..

Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..

"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

- Artikel iluvislam.com