Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Wednesday, March 4, 2009

Cinta yang IDEAL...


Rasanya semua org tahu apa itu cinta. Baik secara peribadi, atau melalui
pemerhatian. Tapi pernah tak anda terfikir, utk mencuba berjalan lebih
jauh lagi? Kita tahu, apabila kita jatuh cinta, perasaan yg normal ialah,
kita mahu MEMILIKI si dia. To make ur partner, yours. Tapi pernah tak anda
terfikir, bahawa apabila kita berjalan lebih jauh lagi, yg akan kita
jumpai ialah IDEAL LOVE? Dlm psikologi, apa saja yg berkaitan dgn perkara2
yg Ideal, biasanya hanya dimiliki oleh mereka yg berusaha sebaik mungkin
utk menjadi diri mereka yg terbaik. Maknanya, menjadi seorg manusia yg
IDEAL. Dlm hal ini, mencapai sesuatu yg ideal dlm cinta. Does it make
sense to u?

Begini. Apabila kita mencintai seseorg, perasaan yg akan dtg ialah, kita
mahu MEMILIKI. Ini sesuatu yg normal. Tapi cinta yg ideal, ia tidak
memiliki. Ia hanya memberi. Jadi apabila kita mencintai seseorg, dan kita
telah sampai ke tahap di mana kita benar2 faham perjalanan cinta, kita
akan melepaskan... Cinta tidak bermaksud kita harus memiliki. Cinta
bermaksud, kita membiarkan org yg kita cintai, bebas menjadi dirinya
sendiri, di mana, bila dan bagaimana, mengikut masa dan acuannya sendiri.
Walau pun itu bererti, kita mungkin kehilangan si dia utk
selama-lamanya... Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan
dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak
pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang
lebih baik dari itu.

Cinta yg ideal, bererti anda membebaskan si dia dari perasaan terikat dgn
anda. Anda memberikan kebebasan berdasarkan kepercayaan dan kehormatan.
Namun itu bukanlah bererti anda seorg malaikat sehingga ia membuatkan anda
kelihatan PERFECT. No. Ia hanya bererti, anda telah sampai ke satu
peringkat, di mana cinta tidak lagi boleh menguasai anda, tetapi ANDA lah
yg menguasai cinta...

Ada pepatah Inggeris yg mengatakan,

'If you love someone, let that person go...
If that person comes back to you, that person is yours...
But if that person does not come back to you...
Then that person was never meant for you,
In the very first place...'


Sebagai manusia biasa yg penuh dgn kelemahan, kedengarannya adalah
MUSTAHIL utk menjadi manusia ideal, apatah lagi mempraktiskan cinta ideal.
But is it really that impossible? Perasaan mmg akan terluka, kerana
sebagai manusia, kita tidak akan lari dari bersikap dan berperasaan
kemanusiaan. Tapi apabila kita telah sampai ke tahap ini, kita akan faham
dan akan melihat cinta, dari satu perspektif yg berbeza. A whole new world
is open up to u. A deep understanding of love, and life, that not many
possess. It helps u to see things more clearly. Tidak ada lagi perasaan
ingin memiliki. Everything is done sincerely, because u no longer expect
anything in return. Almost an altruist.

Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat
berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak
gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya,
jika anda bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta
kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana terpaksa.
Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana setia.
Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta, hanya kerana cinta...

Jadi, sejauh manakah keberanian anda, utk membiarkan cinta berjalan atas
paksinya sendiri, terbang bebas di alam maya, bebas melihat dunia dan
keindahannya? Atau anda lebih senang mengurung dan merantai cinta, kerana
anda takut kehilangan? No matter how absurd or abstract this is to u, do
try to stop, and smell the roses...

Cahaya Komen - Benarkan cinta itu ideal? Bgaimana nk jadi pecinta yang Ideal? Selalu bace statement ni "If you love someone, let that person go...
If that person comes back to you, that person is yours...
But if that person does not come back to you...Then that person was never meant for you,In the very first place" ... Tak tau la betul ke tidak.. Betul la agaknya kan..Tp kita suka ke, xsuka ke, klu dh nak pergi, pergi juga kan.. Klu xnak lepaskan pun, kena lepaskan juga kan... Ermmm camne tu..
Kate seorang teman " What ever happens, its happen for a reason"..
~Semua kan ada HIKMAHNYA~

No comments: