Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Thursday, March 24, 2011

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa



Anda sentiasa berdoa tapi masih tak dimakbul kan lagi? Kenapa? Mungkin juga sebab anda berdoa tak kena pada tempat @ masanya. Berikut ini saya kongsikan info mengenai 10 waktu yang paling sesuai atau waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.Mudah-mudahan, bila kita berdoa waktu yang mustajab ini, doa kita akan mudah di makbul kan oleh Allah Ta’ala. InsyaAllah.

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Sumber : Ustaz Zahazan


Wednesday, March 23, 2011

Pecal



Rindu nk makan pecal la.. Pecal ni yg susahnya buat kuahyer tu la.. Sayur2nya celur2 je.. Biasanya mak mertua yg buatkn kuah ni. Pack banyak2 bawak balik sini..Hehe Bile mak nk buat lagi ni mak oiiii..Cahaya sudah kecur liur ni..

Xpenah beli pecal kat pasar tani putrajaya ni..Sedap ke idak agakye????

Tuesday, March 22, 2011

Milo Tabur



Suatu ketika dtg kedai mamak dengan hajat & harapan nk minum milo tabur.. Sedapye la kn.. Sejak dua menjak ni agak ketagih la dengan milo tabur ni..Hehe
Tp mamak itu telah menghancurkan impian & harapan Cahaya..Smpi2 cuma milo ais biasa je..Errrrrr geram yer.. Tp mlm tu mood baik, malas nk g tukar2.. Minum je la knSebagai ganti buat sendiri kat umah.. Hehehe lagi sedap..pekat dan banyak milo2 yg bertaburan..Jom2 sambil tonton tv sambil menghirup air milo ku..:-)

Sunday, March 20, 2011

Jalan2 Tgk Baby:-)



Hr jumaat mlm yg lepas, Cahaya g tgk baby kawan blog Farah. Segan je rasa cz ni first time nk jumpa.Hehe..Mujur wawa nk teman pegi.Umah kami dekat je selang beberapa block je.. Smpi2 si kecik Zara Iman sedang lena tdo. Tomey ye..Geram je..Rasa nk picit2..eh bukan2..rasa nk cium2. hehe. Sempat snap pic Iman ngan Wawa je..Dgn Cahaya nanti la..tunggu Iman besar sikit..Xbrani lagi nk pegang..huhuhu...Sangat suka tgk rambut Iman..Lebat sgt..Thanx Farah:-) Nice meeting u:-)
Petang ahad ke Kajang pula tgk baby my best fren Ikin..Dh bersalin akhirnya. Tp sembang dok sembang itu ini, lupa lak nk ambik pic.. Ni pic dr Fb ikin.. Tahniah ye tuk Ikin & Musa atas kelahiran Irfan Hakimi.. Semoga menjadi anak yg soleh ye sayang:-)

Saturday, March 19, 2011

Petua memilih sahabat



"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya itu.'

Berkata Ulama

"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang yang engkau sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterimanya daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah kamu daripadanya."

Petikan dari Nasihat Al-Qamah kepada Puteranya

Berpesan Al-Qomah kepada puteranya, "Wahai puteraku!Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut:-

Jika kamu ditimpa bencana, maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu, maka ia akan segera mengusahakannya.

Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu itu.

Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya

Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik talian persahabatan itu.

Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan maka ia akan menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali

Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu.

Jika kamu berdiam diri atau malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

Jika kamu berselisih faham dengannya maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Website: http://www.geocities.com/zone302

Friday, March 18, 2011

Kisah Si Bali


Tau ape tu limau bali? Penah makan limau bali? Ha ni dia.. Comelkn.. Hasil tanaman nenek ku dikampung:-)
Susah gak nk mengupasye..Kulitye tebal, tapi lembut..Mcm tisu je..Dengan penuh kesabaran, kita kupas satu persatu ye...Supaya terserlah isiyer di dlm:-) Pic Saiful kes Anuar Ibrahim tu xde kaitan dlm cerita ini ye..Jgn buat spekulasi..:-)
Bila dh siap kupas, kita potong2 bagi kecil ulas ye..Baru senang nk makan. Opssss Cahaya xsuka mkn sekarang, kena simpan dlm peti dl bagi sejuk baru makan... Baru sedap..Baru la terpercik2 airye bila digigit.. Sedapnya:-)

Thursday, March 17, 2011

Sepatu ku:-)


Lama dh teringin kasut tapak tinggi ni..Akhir ye jadi milik jua..He2 Tomey x? (angguk 10kali tau)
Lepas beli terus simpan dlm keta..Tak nak bawak naik umah..Musti En Pelangi itu akan tanya 1001 soalan. Maklumla kasut dh banyak dh dlm bonet keta..Hehehehe
Ala yang, u xkesian ke kat i..Dh lama i mengidam nk bersepatu begini... Kan klu i pakai dh mcm ala2 lisa surihani bejalan kn..U tak marah kn yang???? Hahahaha

Wednesday, March 16, 2011

Selamat Hari Jadi


Ahad yang lepas, kami dpt jemputan hari lahir anak sedara Pelangi yg ke 6tahun. Nur Aina Mardiyah.. Dlm kul 10lebih gtu kami pun bertolak le ke klang. Mak & Ayah mertua dh sampai dari kampung. Hambuih2 awalye mereke. Bapak mertua ku drift ke sepanjang pejalanan??? Hehe
Antara hidangan yang ada. Kuah kacang & nasi impit tu mak mertua bawak dr kampung. Rajin ye la..Mcm menantu dia gak..Kihkihkih...

Inila birthday girl ye.. Yang baju biru tu ibunya, merangkap birasku, merangkap best fren masa sekolah dl..Siapa sangka kita dipertemukan dengan cara begini kn..Allah adalah sebaik2 perancang:-)

Hamboi2 nak juga ye si tudung merah ni..

Selamat hari lahir mai..semoga jadi anak yg baik ye..Belajar rajin2..Mcm acik yan ni..Alahai hahahaha

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami Jepun

Salam..

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami



Moga kita terhindar dari bencana ini.. Dan moga2 Allah melindungi kita semua.. AllahuAkbar

Monday, March 14, 2011

Cantik DI hati

Salam..


• Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
• Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
• Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
• Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
• Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
• Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
• Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
• Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.
• Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
• Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.