Tuesday, August 28, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Hari Cinta :-)
Entry terlewat seminggu. Asyik xsempat je nak menaip. Huhuhu Sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Cewah..hehe:-) Mgu lepas genap 2thun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat kebahagiaan ini. Semoga kasih sayang yang termetri 2thun yg lalu akan kekal selamanya hingga ke Syurga. InsyaAllah. Terima kasih sayang di atas segala yang telah kau lakukan untuk rumahtangga kita. Terima kasih atas kesudianmu menjadi pembimbing untuk diri ini. Terima kasih kerana selalu menyediakan telinga mendengar ceritaku, menyediakan bahu untuk ku sandarkan harapan, menyediakan jemari mengesat tiap airmata yang mengalir, dan terima kasih kerana menjadi Imam dalam hidupku..Semoga kasih sayang kita kekal utuh walau dilanda dugaan. I LOVE U :-)
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Saturday, July 28, 2012
Airmata Kasih Berlinangan..Berlinangan Selalu..
Minggu pertama Ramadhan di duga dengan sakit mata.. Allah Akbar. Lama xkena sakit mata ni. Kisahyer bermula rabu lagi, mata dh start merah2. Tahan lagi. Ptg tu dh rasa makin pedih. G klinik dlm kul 630ptg. Dua klinik g tp doktor dh rehat, maklum la nk berbuka kn. Satu lagi klinik penuh lak. Ermm sabar la mata oiii
Esok ye pas hubby balik keja, terus g klinik. Semalaman menangguh kepedihan dan mata berair. Huhuhu kasihani diriku....:-)
G klinik doc bagi mc 2hari. Mata merah yang melampau kata doktor. Huhuhu so berehat ler teman dua hari di rumah. Di bulan ramadhan la plak kn. Xleh le makan2. Hehehe..
Harap2 cepatla sembuh..Bukan ape takut bjangkit kat Anak & Suami.. Sian diorg nanti..Wednesday, June 13, 2012
Solid Food pertama Adam
Wednesday, June 6, 2012
Bile Anak Demam...
![]() |
| Mgu lepas Adam demam, batuk dan selsema. Suhu badan turun naik. Aduhai anak. Sian tgk dia demam, moody je.. Merenget xnak jauh dari ibu & ayah. Malam pun tdo x lena. Cepat sembuh ye sayang.. Xpe sakit ni tuk dapat akal baru, tuk jadi lebih sihat. Supaya antibodi jadi lebih kuat ye.. Yang anak xde la ape sangat. Cool je, yg emakyer la lebih2, Sedih tgk bile anak tu sakit. Huhuhu |
| Nama je demam, tapi aktif yer..Adoi satu rumah dia round... |
| Ya Allah Perkenankan lah doa kami. Sembuhkan putera hati kami itu dari segala penyakit. Sihatkan tubuh badannya. Amin. |
Thursday, May 17, 2012
Berdebar Jantungku..
Bila anak dh nak masuk 6bln ni mula ler emakyer gatai2 tangan cari resepi pasal bubur bayi ni.. Erm mcm2 ada. Sonok yer.. Macam agak teruja untuk memasak untuk si anak. Moga2 kerajinan di dapur sentiasa bersama-sama Cahaya..Hehe..
Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Bubur Nasi
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.
Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Cara membuatnya
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.
Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoliCara membuatnya
Kukus semua bahan.. *
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoliCara membuatnya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek
atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby
mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam
mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi
kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung
periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat
je la...
Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Cara membuatnya
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Cara membuatnya
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan
Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan air
Cara membuatnya
Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan air
Cara membuatnya
Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan
api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak
merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit
lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.
Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Cara membuatnya
Cara membuatnya
Masukkan
semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan
api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan.
Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C.
Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan
air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato.
Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.
Masukkan
nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan
separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan
sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki
keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga
perang.
Rujukan saya : Hanakids
| Ibu saya nak makan bole??? |
Thursday, May 10, 2012
Budak Baru Belajar
![]() |
| Ini hasil kerja di hari pertama. Kira pengenalan la dl kan. Takpe2 percayalah tiap kejayaan yang besar itu bermula dengan kejayaan-kejayaan kecil. So kita mula dari 0 ok:-) |
![]() |
| Cikgu ajar wat background sendiri. Menarik ni. Before ni klu nk wat background just google je background yang sedia ada. Lepas ni tidak lagi..Jeng jeng jeng..hahaha |
![]() |
| Ini pelajaran baru bagi Cahaya. Sonok buat benda ni. Pic yang lama@black and white then kita color kn. Mcm budak2 tadika belajar mewarna la plak kn. Xpe2 yang penting kita happy:-) |
![]() | |||||||||||
Agak mencabar sikit nk combine kn pic and pattern background. Mungkin mudah bg org lain. Cahaya kn budak baru baru belajar.
|
Tuesday, May 8, 2012
Cinta Hati
Monday, May 7, 2012
Menu Sihat
Ada timun, pucuk paku, tauge, kangkung & klu Cahaya makan pecal kena ada bihun sekali... Erm enak berkrim disukai ramai.. Senang bile dh ada kuah pecal ni. Bile2 nk je tambah air panas. Dah siap. Tp sayur2an tu kena la rebus dl tau.. Bukan mcm makan ulam. Ermm klu nk lagi sihat, bleh la kut nk wat mcm ulam, tp klu pucuk paku tu xrebus dl, keras la plak kn.. Hehe... xkisah la..Ikut kesukaan masing2. Yum Yum.. So tema minggu ni "Tingkatkn Prestasi, Kurangkan Kolestrol, Berdiri Atas Bakat Sendiri:-)" hahahaha
Thursday, May 3, 2012
Birthday Party - HAREDZA
| Dengan Cik Ayu pun nk posing gak la:-) |
| Sianyer ayah menahan mata cz xsempat tido lagi dr malam td.. |
| Bersama Cik Lyn & Cik Intan. Nek, Sila pandang kamera ok:-) hahaha |
| Banyakye dapat hadiah dari Chiky..Ada botol air Upin & Ipin. Kena tunggu Adam sekolah ke baru leh pakai..hahaha |
| "Ape benda yg hijau bulat ni? Mcm sedap je" Semua dia nk makan.hehe. Jap ek nak. Lagi berberapa hari je lagi ibu bagi makan ye:-) |
| Bergambar bersama nenek plak:-) Adam sangat susah nk pandang kamera. Xleh jadi model ni..hehe. Yang pakai baju petak2 tu la birthday boy yg diraikan |
| Sonok ye adam g birthday party. So kepada smua sepupu sepapat, cepat la buat lagi. Adam akan menghadirkan diri:-) |
Subscribe to:
Posts (Atom)















