Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Wednesday, March 7, 2012

Berjaya!!!!

Sejak sminggu yang lalu, inilah kerjanya.. Dok mencuba sikit demi sikit
Sampaikan tergolek begini pun pernah.. tapi belum berjaya juga misinya
Tapi semalam segala usahanya membuahkan hasil..Pada usianya 3bln 2minggu.. Yang pasti ibu & ayahyer la yg lebih2 EXCITED kn..hehehe
Amboi semakin selesa nampaknya...TAHNIAH TAHNIAH...:-)

Syukur ya Allah atas kurniaanMu..Jadikanlah anak ini jambatan untuk kami ke SyurgaMu..Amin

Thursday, March 1, 2012

Moga Urusanku Dipermudahkan


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah: 233).

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah: 286).

Monday, February 20, 2012

Selamat Hari Lahir Sayang

Tanggal 4 Feb yang lalu, Pelangi menyambut ulang tahun kelahiranya.. Tahun ni sambut hari lahir bergelar seorang ayah.. Selamat Hari Lahir Sayang..Semoga dengan kelahiran Adam Nufail menyerikan lagi rumahtangga yang kita bina.. Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki selalu.. Dan moga kasih sayang kita berkekalan hingga ke Syurga... Amin..

Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan

Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkati kita
Kekasih penguat jiwaku

Berdoa kau dan aku di Jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu

Inilah Cahaya cinta saya.. Saya sayang anda berdua sgt2:-)

Saturday, February 18, 2012

Muhammad Adam Nufail Bin Mohd Salihin

Assalamualaikum dunia.. Tgk dari sisi sikit2 dulu ye:-)


Inilah dia permata hati saya & suami. Akhirnya dia keluar juga bertemu kami berdua..Muahhh:-)

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuniat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.- Surah Al-Furqan ayat 74

40 Minggu Yang Indah

40 minggu berlalu.. 25 Nov 2011 berakhirlah penantian Cahaya selama ini. Buah Cinta kami lahir tepat jam 5.57 am di Hospital Putrajaya. Alahai anak..Akhirnya dapat juga ibu menatapmu..
Mcm mane nk cite pengalaman besalin ek. Mcm dh ingat2 lupa. Maklumla dh banyak urat putus ek… hehe. Tak sangka rupanya baby ni suka dok dlm perut Cahaya. Smpi 40 minggu dia nk duk dlm tu. Penantian tu mmg satu penyeksaan. Wlu tahu semuayer sudah ditentukan Tuhan. Tp menanti saat kelahiran mmg memberi 1001 rasa. Doa x putus moga2 segala urusan Cahaya dipermudahkan Ilahi.

Kiranya Cahaya dh overdue 4 hari. So mgu depanyer klu xbsalin gak, mmg kena tahan wad. 2hari bfore bsalin Cahaya demam teruk. Nk bangun pun x larat. Sehari lepas tu En Pelangi lak demam juga. Alahai mcm2 dugaan kami. Hari khamis tu Pelangi dapat MC cz badan dia panas sgt. So mlm kejadian tu adala dia dekat rumah. Mlm tu kul 9 lagi Cahaya dh masuk tdo cz badan xsihat. Lepas mkn ubat deman terus masuk tdo. Kul 1.57 tetiba terjaga cz sakit perut smcm. G toilet kencing. Maklumla di akhir2 kehamilan ni mmg asyik nk kencing je.. hehe.. Tdo smula tp terjaga balik dlm 15 min lepas tu cz rasa mcm datang lagi sakit perut tu. Cahaya dh mula bdebar2 ni. Terus terpk nk bsalin ke? Hehe Pandang Pelangi tido kat sebelah tp masih xnk kejutkn dia. Tahan lagi bawak baring kut2 ilang sakit tu. 5min pastu datang lagi sakityer. Isk cuak dh ni. Kejutkn hubby kat sebelah. Bgtau sakit perut. Dia lagi la gabra smcm. Hehehe
Kami tunggu lagi n 5min pastu sakit lagi. Isk x leh jadi ni.. Mmg dh nk bsalin la agakyer. Siap2 ke hospital. Bgtau mak kat bilik sebelah, mula la org tua tu risau. Hehe.. Cahaya pun risau gak sebenarnya. Tp buat2 cool je. Huhuhu. Bfore pegi salam mak mintak ampun mintak maaf.. Alahai sayu la pula rasa hati.

Dlm 3.15 kami sampai hosp. DLm hati bdoa moga2 adalah katil kosong tuk Cahaya ni. Jangan la kena hantar tempat lain..huhuhhu..Register n masuk check bukaan. Doc kate dh buka 4cm. Dia pasang mesin monitor contraction. Masuk air dlm badan. Erm ms tu dh pk, Alhamdulillah dpat gak Cahaya bsalin kt Hosp Putrajaya..Hahaha.. Xlama pastu doc dtg lagi n ckp xde katil kosong, kena hantar Cahaya ke Hosp Kajang. Alamakkkk!!!!! Kena gak. Puas la pujuk2 doc tu, dia kate xleh gak. Last2 Cahaya ckp nk g Hosp Serdang, dh siap2 sign surat nk pegi ni, doc check lagi sekali bukaan. Rupanya dh 5cm. Terus cancel nk ke Serdang. Doc pecahkn air ketuban n terus masuk labor room.

Di labor room mula terasa debaran n ketakutan. Aku nk bsalin dh ke ni??? Ya Allah takut sebenarnya. Contraction makin kerap terasa. Hubby masuk temankn. Sempat la cium tangan En Pelangi mohon ampun & maaf n mintak halal semuanya. Alahai lagi la sayu di subuh hari tu. Dh mcm pagi raya lak:-p. Sakit mkn terasa. Sekejap2 Cahaya sedut gas penahan sakit tu. Dlm kul 5.30 nurse2 smua dh masuk n Cahaya dengar diorg ckp bukaan dh 8. Sakit? Allah je yg tahu. Doa nabi yunus xputus2 Cahaya bace. Bile bidan suruh push tu, sepenuh hati Cahaya cuba. Dengan kesakitan yg xterucap, cuba meneran tuk mengeluarkn cinta hati yg dinanti2.

Genggaman erat tangan suami, dan kata2 semangat darinya masih terasa hingga kini. Dia ckp Cahaya boleh buat.. Alahai suami… Rasanya kali ke 3 push dengan laungan AllahuAkbar akhirnya yang dinanti keluar juga. Putera hati kami menjengah dunia tepat 5.57am. Syukur ya Allah, Syukur Ya Rahman, Syukur Ya Rahim… Kucupan kasih suami hangat terasa. Getaran tangannya juga terasa. Bukan Cahaya sorang yg berjuang rupanya… Terima kasih suami tercinta… Kaulah penguat semangat,kaulah kekuatan ku. Bergenang airmata kami..

Saat baby dibersihkn suami mintak izin tuk keluar, dia rasa mcm nk pitam katanya..Sian En Pelangi..hehe.. Mengeletar katanya ms 1st time dukung baby n azankn dia. Alahai sweetyer saat itu. Sayangnya dia azankn kt luar labor room n Cahaya xdpt tgk.. Xpe2 bayangkn je pun dh cukup terasa manisnya…Hehe..
Satu bab dh selesai, benar kata org, hilang segala rasa sakit bile tgk anak yg dikandung selama ni ada depan mata. Bab sakit tu dh hilang, time jahit menjahit lak y g xdpt dilupakan. Sambung entry pasnila.. Anak dh panggil2 tu..hehe

Akhirnya....


Akhirnyaaaaaaaa...
Ramai sgt dh tanya bile nk tukar entry pasal bingka tu
Hehe..Sabor ya bapak bapak ibu ibu semua
Masa sgt2 mencemburui Cahaya skrg ini..
Ok sy try update kisah 1 persatu ye:-)
Cahaya akan kerah jari jemariku ini untuk menaip laju2 k...hehe

Monday, November 7, 2011

Bingka Roti

Petang jumaat lepas tetiba datang perasaan rajin di dapur plak.. Hehe..Lama xbuat kuih kn.. Jom2 cuba resepi baru. Niat di hati nak buat bingka roti. Tgk resepi kat sini ye Destinasi Cintaku .. Malas nk taip.. Tgk tajuk resepi tu membuatkn semangat lagi berkobar2 nak buat. Cz tuan punya blog tulis, resepi ni comfirm jadi. Hehehe:-)
Taraaaaaa sejam kemudian bingka roti Cahaya siap untuk dimakan.. Mujur jadi, kalau tak siapla tuan punya resepi..hehehe
Jom minum petang..Bingka roti dengan teh panas..WOW!!!!!:-)

Detik Demi Detik...

Pejam celik pejam celik dah 38 minggu berkongsi satu lagi nyawa dalam rahim ini. Syukur yang tidak terhingga atas nikmat anugerah ini. Tiap gerakannya menyuntik rasa bahagia, bak belaian lembut mengusik jiwa.. Duhai anakanda tercinta, makin hampir saat kita bsua muka... Betapa teruja & tidak sabarnya hati menanti saat itu...


Kalau ikut kiraan due date cuma tinggal 14 hari saja lagi. Ya Allah semoga semua urusanku dipermudahkan.. Moga2 tiada ape yang buruk yang berlaku.. Perkenankanlah doa hambu Mu ini Ya Allah..
Kawan2, doakan saya ye..AMIN

Doa memohon zuriat yang baik @ surah al-Imran ayat 38


[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 2011



Salam Hari Raya Aidiladha semua.. Tahun ni Cahaya beraya di Putrajaya saja. Memandangkan Cahaya tengah tunggu hari skrg ni, xjadi la nak balik kmpg. Dok diam2 je la kat sini.. Mujur la bonda tercinta ada di sini menemani... Xla la rasa sunyi sangat di pagi raya..Ecewah..lagipun adik beradik Cahaya datang beraya di sini..Best2:-)

Juadah pagi raya kami.. Nasi impit, lontong & kuah kacang. Sonok juga beraya di Putrajaya ni ye...:-)

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih, dapatla Cahaya buat ibadat korban. Tapi bukan la buat di Putrajaya ni. Cahaya wakilkan kat ayah mertua buat di kampung je..


Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :
Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".


Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

Monday, October 24, 2011

Mini Potluck

Entry lepas pasal makanan. Entry kali ni pun begitu juga.. Jangan jemu yer..Hehe
Jumaat lepas, kami wat mini potluck.. Alah saje2 bawak bekal sorg sikit. Makan ramai2 jadi la banyak:-)
Menu utamanya adalah nasi lemak.. Tajaan Puan Roshidatun berserta sambalnya:-)..


Cik puan timun di temani ngan rendang ayam.. Tajaan Cik Cahaya.. Bukan rendang ayam tu ok.. Jangan memasang harapan terlalu tinggi. Timun tu je yg Cahaya bawak.. Hahaha.. Rendang ayam hasil kepakaran Kak Ija:-)

Ni pun Cahaya juga la yg buat. Ikan bilis grg ngan telur dadar. Cahaya ambik bab yang senang2 je..Hehehe.. I xpandai memasak la u all:-)

Satu lagi menu utama adalah mee goreng. Hasil tangan Puan Zurina kita.. Sedap mee ni..Nk lagi bleh????

Sandwish hempap pun turut serta.. Ni Kak Ija la yang buat:-)Kenyang yerrrr

Tidak ketinggalan kek marble hasil tajaan Puan Asnita..Cara2 nk buat kek marble ni kena tanya sendiri pada tuanyer ok:-) hehe

last sekali adalah buah-buahan.. Tp lupa nk snap pic. So google je la. Ha ambik ko...mcm2 buahan yg kuar.. Yang kami bawak cuma oren, apple & anggur je.. Haha

Dimulakan dengan bismillah.. Di sudahi dengan Alhamdulillah..Jemput makan kawan-kawan:-)