Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Thursday, December 3, 2009

::SuJuD::

Salam..


Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur harapan yang dah terkubur
Diberi arah untukku teruskan

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya


Ermmm u all penah dengar lagu ni?? Mustila penah kan. Popular dah lagu abang botak ni. Hehe Cahaya suka dengan senikata lagu ni. Klu dengar je, musti Cahaya menghayati tiap baris ayatnya. Kadang2 bila kita diduga dengan macam2 ujian, kita sering merintih dan mengeluh. Jarang benar kita memuhasabah diri dengan apa yg berlaku. Cahaya harap wlu apepun dugaan yang menimpa Cahaya nanti, Cahaya dapat terus menguatkan hati menerima tiap dugaan dari Ilahi.

Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti ada HIKMAHNYA.. INSYAALLAH.


No comments: