Ketibaan yang di nanti. Pengantin dirai, disandingkan raja sehari Salam pembuka kata.."I mintak ampun ye U, I ucapkan selamat menjadi suami i ye" :-) "Isk lawa baju ko ni jah..Aku pun nk tempah satu la" - kata si pengapit "Cepat la jalan pengantin ni.. Kita dua org dh berpeluh-peluh ni.." "Bak mai sini pinggan U, biar i senduk kn nasi..pasni i suap kn lak ye..:-)" Cahaya sempat mengabadikan kenangan dgn kakak pengantin. Thank pada layanan pengantin dan keluarga:-) Kami kini berempat..:-) Kepada kedua raja dan ratu sehari ini, kami ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU..SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT.. Bahagia itu dari dalam hati... Kesannya zahir rupanya maknawi... Terpendam bagai permata dalam hati... Terbenam bagai mutiara disalut nurani. Bahagia itu pada HATI.. Bertakhta di kerajaan diri... Bahagia itu pada JIWA... Mahkota di singgahsana rasa.. Bahagia itu KESABARAN.. Bila susah tak gelisah.. Bila miskin tak pemarah. Bila gagal tidak resah. Hakikatnya bahagia itu ketenangan bila hati mengingati tuhan.
Dia telah telah menentukannya Kita bertemu dan bercinta Inilah oh takdirnya Bukan kerana harta Inilah citra cahaya cinta Pintu hatiku telah kau buka Tak mampu ku menafikannya Kejujuran diberi Kasih datang terhenti Ini bahagia yang ku cari Sayangi daku Peluklah daku Janji dengan ku Semai cinta nan satu
Tuhan memuji Takkan berhenti Hanya ku pinta Sama setia menjaga Hingga ke alam syurga
Salam.. Dah lama dh kejadian ni. Cuma baru ni sempat update. Cahaya g Bagan lalang ngan bespen Cahaya la.. Bakal Ibu tu.. Tercapai gak hasrat dia nk makan bfore bsalin ni..hehe.. Sedap kn yang:-) Kita tgk gambar je la ek.. Cakap je musti u all x caya..Hehe
Ha tula keseluruhan menu yer.. Ketam yang menjadi mangsa. Suka kuah ketam ni..Pedas & manis menjadi satu En Siakap yang penuh dengan perasaan:-) Eh cik lala pun ada..Datang bersama Puan Kailan rupanya..Mesra gtu Kawan2 Paul pun ada juga.. Sotong goreng tepung yang besarr-besarr Makan,makan dan makan. Sonok bila cite bab makan ni kan. Lagi sonok klu xpayah masak tp bleh makan..Hehe
Salam.. NAMA PENUH: IKAN SIAKAP 3 RASA KEHADIRAN: Pengerusi - Sang Siakap kesepian Ahli :Bawang putih, bawang merah, halia,biji cili padi- dihiris nipis. Urusetia:Sos cili, sos tomato,sos tiram, air Pencatat Minit:Bunga kobis, Lobak, Tomato, Putik Jagung,Nenas klu suka:-) JURUKIRA:Daun Ketumbar & Daun limau purut AGENDA: 1. Panaskan minyak.Gorengkan pengerusi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis ahli mesyuarat.
3. Masukkan urusetia, diikuti dgn Pencatat Minit. Kacau sehingga masak dan mesra.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
8.Tutup api dan curahkan di atas tuan pengerusi tadi. Sebelum terlupa, taburkan Jurukira yang sudah dipotong halus ye..SIAP!!! Takkan nk tgk je..Jemput ler makan:-)
KEHADIRAN : Beberapa ekor udang Tepung gandum (Tp Cahaya guna tepung goreng ayam) Yis (Secubit je)
AGENDA : Bersihkan udang, buang kulit tp jgn buang ekor. Pastu lap2 badan mereka supaya tidak basah. Guna hair dryer pun boleh (jgn buat pasal ok). hehe. Bancuh tepung, air sikit n yis. Tunggu 1/2jam.. Leh g cuci2 pinggan dulu ye:-).Bila tiba masanya, pegang ekor cik udang td, celup dlm tepung. Kemudian dengan lafas Bismillah gorengkan mangsa ke dlm minyak yg panas & banyak..Golek2 @ goyang gerudi sikit udang2 td biar masak rata. SIAP
Musti ramai yang tengok AJL 25 mgu lepas kn... Cahaya antara yang menyumbang rating kat tv3 gak la mlm tu.Hehe.. Tp Cahaya xnak la review pasal AJL tu sangat.. Cz musti dh banyak sgt org cite pasal tu kn.. Cahaya just nk cite, yang mlm tu Cahaya jatuh cinta dengan lagu 2nd malam tu.. Sangat2 best di pendengaran Cahaya ni..Jom Hayati...
Aku manusia lemah Selalu terjatuh Berbeda aku darimu Kau berdiri teguh Aku serba tiada Aku kekurangan Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan
Sempurnanya sifatmu Telusnya hatimu Jujurnya niatmu Tingginya kesabaranmu Lepaskanlah diriku Kerna aku Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna Darimu Darimu ohhh Darimu ohhhh
Bukan aku tak pernah Mengerti dirimu Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku Hilangkan rasa itu Akhirkankan semua Dan bila kau sedar Aku hilang dari kewujudan Ohhh...
Alahai Cik Yuna oiii... Walaupun lagu ni x menang mlm tu, xpelah..Lagu Cinta yang Sempurna ni dah menang di hati Cahaya..Moga2 cinta yang ada di hati ini adalah cinta yang sempurna.. Cinta Ilahi, Cinta Suami, Cinta Keluarga dan Cinta Sahabat.. Kerana Cinta itulah Cahaya di sini...
Lama dh x update kn? Ermmm agak kesibukan sikit semenjak dua menjak ni.. Alahai siapa yang rajin sgt tu ye..hehehe Azam tahun baru 2011 ni.. Rajin adik rajin ye:-) Banyak kisah nk update..tapi masih tertangguh lagi ni. Tunggu ye..Satu2 Cahaya citekn nanti.. Sekarang ni masih kelam kabut lagi kisah hidupye..hehehe TUNGGUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!
Salam.. Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.
"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya. Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi. Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.. Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :
"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."
Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"
Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."
Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya." Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'
"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..
Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..
"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."