Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan Hari esok adalah harapan. Selamat datang tahun baru 2011. Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan
Ye ye malaysia menang piala AFF Suzuki 2010. AKhirnya penantian selama 14tahun ini membuahkan hasil. Tahniah kepada skuad Harimau Malaya.. Yehaaaaa:-) Ha kejo yoep kejorrr... Uih laju betul bola ni..Leh landing dulu la:-) Oupsss ape dh jadi??? No komen:-p Senyum seorang juara. Pemenang Kasut Emas.. Cayalah Safee Sali Ucapan untuk pemain dr Cahaya " Terima Kasih kerana atas usaha & titik peluh anda smua di padang, kami rakyat Malaysia dapat cuti. Itu yang penting..hehe
Salam.. Lokasi Kejadian : Rumah Mertua Tarikh : 18 Disember 2010 Majlis : Bacaan Yasin & Doa selamat
Sgt2 berterima kasih pada keluarga mertua atas majlis yg dibuat. Hajat ayah mertua nk buat majlis doa selamat untuk Cahaya & Suami berlangsung jua. Patutya buat masa kandungan 4bulan. Itu plan asal. Tp Allah ada rancangan yang lain kan. Insyaallah, yakin dan percaya semua ada hikmahnya.. Ramai juga kaum2 ibu yang hadir. Mencari keberkataan. Ya Allah lindungilah kami sekeluarga. Amin
Pagi2 lagi Cahaya dh sampai kat umah mertua. Tolong ape yang patut. Banyak yang MIL dh siapkan. Alhamdulillah..Hehe Antara menu petang tu nasi impit, laksa, pecal, kari ayam, pulut, rendang daging. Cahaya cuma tolong potong2 bahan je.Maklumla Cahaya sangat naif bila berada di dapur..hehe. Ok untuk menu2 di atas, ha inilah dia Chef ye. Rajinyer dia..Sayang kamulah:-) Mak mertua yg begitu komited di dapur ni. Kami anak2 cuma bantu2 je:-)
Minggu lepas balik kampung. Ada majlis kenduri sikit. Selama ni xpenah Cahaya tau, ada jeti dekat ngan umah Cahaya.. Jeti lama. Skrg ni dh xde org guna pun. Tp cantik view kat sana. Lama xtgk laut...
Cakk!!! malu2 plak dia:-) Tgk tepi tu ada orang tgh tangkap ikan. Guna pukat tunda di persisiran mcm ni salah tau. Apela apek ni.. Report nanti tau la Takde ape yg menarik pun kat sini. just dapat tgk air je la. Mencari sedikit ketenangan. Ecewah..:-) Thanx pada encik suami la ye.. Cz sudi bawak jenjalan. Kira ni pra la kn. Nanti bawak g jeti betul2 ye.. hehe:-)
Salam.. Lokasi Kejadian : ICT, KKLW Putrajaya Tarikh : 17 Disember 2010
Mereka yang di raikan..Majlis perpisahan semperna pertukaran mereka(Kak Yusnita, Ain & Izham) ke kementerian lain.. Semoga bahagia di tempat baru:-) SUB ICT tgh bagi sepatah dua kate.. Jgn lebih2 ye:-) Itu dia menu2 yang tersedia. Wahh banyakye.. Suka la wat potluck mcm ni. Macam2 jenis makanan ada.. Ok hari ni makan tanpa memikirkan soal DIET ye.. Sila2 Alahai jadi orang dapur ye.. Rajin adik rajin:-) Naik pangkat sikit. Jadi manager hotel plak. Ha potong elok2. Cepat2 customer dh ramai ni!! hahahaha Time menjamu selera xde pic la ye.. Xcukup tangan le..Haha kena tumpukan perhatian tau:-) So pada teman2 yg pergi ke tempat baru, Good Luck la ek Pada teman2 yang masih kekal setia di sini, bulan depan kita wat potluck lagi ye..Makan memang best kn:-)
Salam.. Alahai..tersangat la lama tak mengupdate blog kesayangan hamba ini kn.. Xtau la kenapa.terasa sangat la malas nk mengerakkn jemari..hehe..Apela Cahaya ni kan. Malas saja:-) Bukan bz pun.. Cuma sejak akhir2 ni, tgh giler main game. Tu yg bila free mmg xbukak blog. Tp bukak game. Isk isk isk ape dh jadi ni:-)
Ni game yg pertama. Jom kita buat burger. Sgt geram klu lambat sediakan burger spt yg diminta..hehe
Ha setelah hampir dua minggu mengerjakan burger2 ni akhirya berjaya juga menghabiskn smua level. Ha tgk tu smua dpt gold medal tau..:-)
Ni satu lagi. Game tembak2 ni.. Dh lama tp skrg ni dtg balik kegilaan itu..Alahai Ok2 smua game dh settle, so harap2 lepas ni rajinla Cahaya update blog semula ek:-)
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
DOA AWAL TAHUN Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Menu dihujung minggu.. Memandangkan pagi td sarapan lewat sikit, masak tghari pun lambat sikir la. Kul 2 baru Cahaya bergegas ke dapur:-) Ape nk masak ek.. Jengah2 sikit stok lauk dlm peti salji itu..hehe Ha smlm beli ikan siakap kat Carefour. Nk masak ape ek..
Erm wat menu sihat la hr ni.. Jom men'yetim'.. hehhehe Bersihkan ikan dulu..mujur dh siap siang ms beli:-) Then potong2 bahan-bahan yang hendak distim.. Bawang,cili, serai, cili & lada hitam.. Kemudian masukkn dlm pengukus Amboi2 kilatyer penggukus..Baru tau..Hadiah kawin tu:-) Mekacih la pada yg memberi..Berguna juga kn
Tunggu sampai 15-20min.. ~~Boleh pandang-pandang~~ ~~Jangan pegang-pegang~~ ~~Duduk renggang-renggang~~ ~~Bertambah sayang~~ Amboi jgn nyanyi di dapur ye:-)
Bila dh masak smuayer, bleh la dihidang untuk makan tengahari bersama suami terchenta:-) Apelagi kawan2...perut pun dh lapar ni Jom ler kita menyetim.....Ikan... Kihkihkih:-p
Pelangi pegi MAHA 2010 kat Serdang. Maklumla promosi besar-besaran kn. Tergodala hati si suami itu untuk pergi. Memandangkan Cahaya masih dalam era berpantang, so Pelangi pegi ngan kawan opis dia je la. Macam tak larat lagi je nak jalan banyak2. Takpelah.. Biarlah Pelangi jalan sendiri. Musti dia minat sgt nk tgk baka lembu yang ada di sana. Tahun lepas pun dia pegi jugak. Berjiwa pertanian & perternakan rupanya Pelangi ni.. Hehe
Dekat 4jam juga dia di sana. So smlm bila smpi je kat umah tu, berkira2 juga la tah ape yg Pelangi beli kat MAHA. Musti ada buah-buahan tempatan ke ape ke kan:-) Silap2 sekuntum bunga mawar merah menanti Cahaya petang ni.. Kihkihkih beranganyer:-p
"Beli ape kat Maha tadi" - Si Isteri "Tgk la dalam bilik air tu" Si Suami.. Isk isk isk berdebaryer.. Ape plak yg ada dlm bilik air tu ye Cuba bayangkn jika haiwan ini sedang duk minum air dlm bilik air Cahaya.. HAhahahaahha mau pengsan Cahaya:-p
. . . . . . . Ha jgn terkejut ye. Ini je yg dibeli oleh suami kesayangan hamba tu ye... Sila padamkan segala bayangan & anganan kosong itu ok. Pelangi cuma beli benih rumput ni je kat MAHA yang besar tu!!!..
Sabar je la.. Bila tanya xde beli buah-buahan ke? Jawapan yang cukup bernas diberikan oleh Pelangi. "Nanti klu beli teringan plak nak makan. Kan dalam pantang lagi tu" Ohhhh Suami siapakan ITU????