skip to main |
skip to sidebar
Salam..
Salam Ramadhan ke 8. Rasanya Cahaya belum buat entry penuh pasal majlis kahwin Cahaya hr tu kn. Erm xtau nk cite apepun. Tp rasanya perlu juga diabadikan dalam blog kesayangan hamba ni:-). Just berkongsi sedikit la kn.
Cahaya sgt2 bersyukur dengan kurniaan ilahi ini. Tersangat la bersyukur. Hanya Tuhan yang tahu ape yg ada dlm hati ini. Sepanjang majlis Cahaya hr tu alhamdulillah berjalan lancar, wlu ada sana sini kekurangan, biasala kn, nobody perfect. Asal majlis bejalan lancar pn kira dh cukup baik la. Sepanjang dua hari majlis di rumah Cahaya & di rumah Pelangi cuaca agak ok. Takut gak klu hujan, bukan ape sian kat tetamu yg datang. Basah & lecah menjadikan keadaan xselesa kn. Lepas je majlis belah Pelangi, smpi tetamu yg terakhir balik je, hujan turun mencurah2.. Hujan rahmat agakye.. Moga segalanya dirahmati. Amin:-)..

Dengan berlangsungnya majlis Cahaya hr tu, alhamdulillah beberapa impian perkahwinan Cahaya dapat direalisasikan:-). Sgt suka. Xdela ape sgt pn. Beberapa anganan kecil yg berjaya direalisasikan wlupn dengan pelbagai dugaan.. hehehe.. Hidup tanpa dugaan xindah kn:-p. Dl patutya tulis impian perkahwinan ni ms belum majlis. Tp ms tu Cahaya takut ape yg Cahaya harapkn xmenjadi. So skrg ni baru leh cite la..:-)
Impian perkahwinan Cahaya yg pertama merupakan impian & harapan mak Cahaya. Mak Cahaya selalu ckp dia nk tgk ada anak dia yg kawin pakai baju biru. WLupun Cahaya xpakai color biru ms majlis di rumah Cahaya, tp rasanya sama je. Mak stil dpt tgk anak dia kawin pakai color biru. Alahai Bondaku..:-)Jeng jeng jeng.. ha biru kn..Smua biru, eyeshadow mata pun biru. Isk2 mak andam punya keja la tu..hehehe

Impian seterusnya nk mengabadikan kenangan hari bahagia di sekolah rendah Cahaya & Pelangi. Sekolah Kebangsaan Sungai Tengar. Maklumla kami kn satu sekolah. Sekelas plak tu.. Hehe tp ms sekolah dl, xde lagi becintan cintun ye.. Ms tu darjah 1-6..Isk xde feeling2 lagi la..hehe..Akhirnya berjaya juga Cahaya realisasikan untuk snap sekeping dua disekolah ni. Penuh nostalgia gtu:-). Agak2 klu kawin ngan org len, xde yer wat idea mcm ni kn. Thanx pada Cik Puteri & Adikyer yang jadi photografer Cahaya ptg tu. Wlu dh penat badan2 smua, gagahkn jugala pergi snap pic tuk outdoor.


Dulu2 mcm minat sgt le dengan abang botak ni..Ms tgk gmbr kawin dia mmg teruja sgt ler. Terus suka dengan color gray dia tu. Tp xdela semewah baju mawi tu kn. Color je yg leh ikut. Abaikan kenderaan yg digunakan di kedua2 gmbr ek.. Jangan sesekali dibandingkan. Kecik ati Cahaya nanti..Hahahaha

Ni ikut2 mawi lagi. Isk teruk betul. He2. Minat sgt dengan fesyen hantaran yg bunga keliling dulang tu. Rasa sweet sgt. So cahaya pn buat le sendiri hantaran mcm mawi tu. Wlu bezanya sangat la ketarakn, tp konsep mcm lebih kurang je la kn..Hehe perasan lagi. Tp xde gambar yg closeup la.. Masih lagi di OP.

Dah dapat pakai color biru, hati teringin pulak nk bersongket ala2 pengantin lama.. Hehe..Mmg hajat dihati nk bersongket semasa bertandang. Google punya google terjumpa la baju songket biru benang emas tu. hati sudah berkenan. Alahai. Print gambar tu then bawak jumpa mak andam. Dia plak dengan rela hati je nk jahitkan. He2. Tp baju Cahaya tu bukan benang emas sepenuhyer la. Cuma bunga tampal je. Tp xpe2, masih memenuhi hasrat Cahaya. I loikeeeee:-)

Ini mmg Cahaya teringin sangat la nk pakai. Sanggul Lintang. Rasa mcm xde harapan je nk pakai. Cz andaman yg Cahaya ambik tu, xde sanggul lintang ni. Teringin sangat rasa hati nk bersongket dan bercucuk sanggul tu. Alhamdulillah di saat2 akhir berjaya juga mendapatknyer.. Sgt2 teruja & suka :-)

Itula smua impian2 Cahaya yg berjaya dicapai di hari bahagia. Alhamdulillah. Syukur sgt2. Cuma satu je yg xtercapai. Hasrat hati nk jemput anak2 yatim dtg makan kenduri. Dah siap call dah tempat tu. Tp atas sebab2 yg xdpt dielakkn mereka ada program lain plak mase majlis Cahaya hr tu. Sedihnya. Tp xpe2.. Insyaallah klu ada rezeki, Cahaya akan realisasikn impian itu di majlis adik Cahaya tahun depan. Moga2 dipermudahkan.:-)
Dalam hati sentiasa berdoa, moga2 ikatan pernikahan ini membawa 1001 kebaikan dalam hidup kami berdua. Moga2 ikatan suci ini berkekalan selama-lamanya. Moga2 kasih sayang ini kekal hingga ke syurga. Amin. Terima Kasih kepada Pelangi hati kerana dialah, segala impian ini terlaksana:-)Masih jauh destinasi cinta kita ini. Moga2 Cahayalah nur kasih yang dicari selama ini...Bersama kita membina IMPIAN KASIH... 
Salam..
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi "KITA"..
Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya Ta'ala..
Padamu yg Allah tetapkan sebagai nakhodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap teduhanku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah teduhan yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci SYURGAKU..

Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dunia dan suaminya meredhainya, maka dia akan masuk syurga." (HR. Ahmad dan Thabrani)
Salam.. 
Selamat berpuasa kepada smua.. Semoga ramadhan kali ini memberikan 1001 keberkataan dlm hidup kita. Semoga kita boleh menjalani ibadah puasa kali ini dengan jayanya..:-)
Baru 1st day puasa dh pk mcm2 pasal pesiapan raya & berbuka.. Alahai Cahaya, jgn terlalu excited okeyyy.. Baru 1st Ramadhan ni.
Alhamdulillah hr ni dapat bersahur buat pertama kalinya bersama Pelangi hati..:-) Perasaan??? HAPPY & TERHARU :-)
Erm tapi ptg ni buka puasa sorang2.. Pelangi kerja mlm ni.. So dengan penuh dedikasi & wibawayer, Cahaya akan bebuka sendirian di hari pertama Ramadhan..Aduhaiiii... makkk nk balik kmpg:-( huhuhu..
Sabar2 Cahaya..Jgn beremosi di pagi hari okeyyy.. Ok2 kembali kepada asal..hehehe
Ok sekali lagi Cahaya mengucapkan kepada semua umat Islam.."SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIKHLASAN & KEIMANAN, MOHON MAAF ZAHIR & BATIN..HALALKN MAKAN & MINUM"
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi