Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 2011



Salam Hari Raya Aidiladha semua.. Tahun ni Cahaya beraya di Putrajaya saja. Memandangkan Cahaya tengah tunggu hari skrg ni, xjadi la nak balik kmpg. Dok diam2 je la kat sini.. Mujur la bonda tercinta ada di sini menemani... Xla la rasa sunyi sangat di pagi raya..Ecewah..lagipun adik beradik Cahaya datang beraya di sini..Best2:-)

Juadah pagi raya kami.. Nasi impit, lontong & kuah kacang. Sonok juga beraya di Putrajaya ni ye...:-)

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih, dapatla Cahaya buat ibadat korban. Tapi bukan la buat di Putrajaya ni. Cahaya wakilkan kat ayah mertua buat di kampung je..


Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :
Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".


Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

No comments: