Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Tuesday, November 30, 2010

Tawa Dlm Sendu..

Salam..

Tidak bercadang untuk wat sebarang sambutan pada hr lahir kali ini. Kerana sehari sebulm bday Cahaya tahun ni, kisah sedih melanda kami sekeluarga. Tp bila kawan2 baik ms belajar dl dtg, bawak kek & makanan smua, xtertolak rasayer. Sekadar perjumpaan teman tersayang & makan2. Mereka sekadar nk menghibur kn hati kami. Walau tawa dlm sendu..


Meraka yg sudi menziarah.. Abby & Faizal, Mai & Jamal & Fatihah, Ekin & Musa.. Thanx alot.. Xterbalas rasayer


Sila2..makan ape yang ada:-)



Rindu benar pada teman2 ini. Sejak habis study 4thn lepas, ni la 1st time kami dpt berkumpul kembali smua. Biasayer klu jumpa pun xpenah lg ramai2 mcm ni.


Amboi yg tengah tu.. Penyeri suasana..Penyejuk di hati..Sayang dia



Kami suami isteri mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan ini. Sangat2 menghargaiye.. Korang mampu wat kami tersenyum gembira.. Maaf atas segala kekurangan ye.

Ya Allah.. Setahun lagi, usia dilanjutkan Ilahi. Moga2 dengan nikmat usia yg ada ini dpt Cahaya gunakan sebaik mungkin. Moga diri ini mampu sentiasa memperbaiki diri. Wlu bukan yg terbaik, Cahaya akan cuba sedaya mungkin..
Tahun lepas sambut bday sebagai bakal tunanganyer, tahun ini sudah bergelar isteri. Moga2 tahun depan dapat la sambut sebagai ibu kepada anakyer.. Insyaallah. Amin ya Allah..."

Sunday, November 28, 2010

Aduhai Hati

Salam..


Lama xbukak email yahoo. Hr ni tetiba tergerak plak hati.
Takde ape pun yang menarik.. Cuma tetiba terperasan satu email ni dari Babycenter.com. Hari tu Cahaya ada subscribe buletin ni. So every week dia akan anta info la..

Erm dh 17weeks patutya.. Dh makin membesar. Apakan daya.. Cuma mencari sedikit kekuatan. Allah masih mengujikn. Kuatknlah hati ini.. Untuk tidak terus memikirkanyer(walau amat merinduiyer).. Cahaya dh unscibe buletin tu.. Mungkin itulah yg paling terbaik buat ms sekarang..:-(

"Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..
Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"




Saturday, November 27, 2010

Insomnia???

Salam..


Tanda-tanda dan gejala insomnia :

* Sukar untuk tidur
* Terjaga beberapa kali di waktu malam dan mempunyai masalah untuk tidur semula
* Bangun terlalu awal di waktu pagi
* Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya insomnia :

* Tekanan (mungkin masalah kewangan atau masalah kerja)
* Pergaduhan suami isteri
* Penceraian
* Kehilangan orang yang dikasihi
* Berpindah ke tempat baru
* Kekurangan zat makanan
* Sakit
* Masa tidur yang tidak teratur

Cara mengatasi insomnia :

* Elakkan meminum minuman berolkohol atau merokok
* Elakkan tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
* Elakkan membawa masalah ke tempat tidur
* Jangan memaksa diri untuk tidur
* Amalkan mandi menggunakan air suam
* Cuba membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
* Dengar muzik yang boleh menenangkan fikiran
* Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengira waktu anda tidur
* Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda ambil dengan ahli farmasi anda
Sumber
Tak tau kenapa sejak dua menjak ni Cahaya susah sgt nk tdo. Lebih2 lagi time Pelangi keja malam. Selalu sangat terjaga & susah nk lelap balik. Kdg2 dh pukul 1 2 pagi pun xmengantok lagi.. ALahai mata, kenapa ni???
Mungkin benar ada yang menganggu fikiran, cuba gak banyakkn zikir bfore nk tdo tu. Tp ambik masa gak nk lena.. Moga2 Cahaya dapat atasi masalah ni segera


Sudah lama tidak selena ini..

~Menu Saya~

Salam..


Masuk hr ni genap 2mgu Cahaya mulakan proses berpantang.. Wlu tanpa tangisan bayi di sini:-(.. Erm xpelah.. Hati, sabarlah...
Pengalaman ms wat D&C hr tu, nantila Cahaya wat entry lain.
10hari dikampung, mak & mother in law yg jaga.. Bab makan mmg xrisau la. Apa diorg bagi mkn je..

Bila dh balik sini, ermm kenala buat sendiri.. Biasa pelangi yg tlg masakkn, tp hr ni dia keja mlm, so tgh lena di depan tv tu.. Alahai suami, penat ye??? Xpelh, lgpun hr ni Cahaya badan mcm dh sihat sikit.
Dlm kadar yg xleh terlalu pantas, masak la perlahan2..
Ramai perunding2 cara nasihat jgn angkat berat2 awal2 ni.. Baikkk..Sy yg menurut perintah:-) So smua proses memasak hr ni, menggunakan alatan yg ringan2 je..hehe

Jom siasat ape menu Cahaya tgh hari ni:-)

Menarik x menu sy?
Ikan kerisi masak asam- Baru belajar td, menu khas dr Jepun. Mekacih u:-)
Lada Hitam - wat hangat2 badan..Alahai
Ikan bilis sanga - erm ni wajib ada..Klu x mcm xlalu nk telan nasi
Nasi panas- Mcm banyak kn kuantiti yer.. Maklumla sedap..hehe

Jangan keliru dengan menu dibawah ye.. Ni bukan menu Cahaya. Ni tuk pelangi.. Wat simple2 je la..Tgh mkn menu Cahaya td, duk jeling2 gak ngan menu yg ini. Alahai dugaan betul sotong goreng tepung tu.:-p


Erm nk kate sedap mkn berpantang ni, xtau la nk ckp mcm mane.. Sedap la kut. Lagipun xleh mkn ape kn, so makan je la ape yg ada..Tu yg jadi sedap kut.. Klu xsedap xkn la jadi mcm ni kn...

Hebat... Memang sedap la jawapanyer tu kn.. Ye la dh mkn bilis ngan lada hitam. Musti la rasa bilis ngan lada hitam kn.. Xkn nk jadi rasa mkn nasi paprik lak..:-)
Rasa2 klu Cahaya tanam tulang ikan ni, leh tumbuh pokok emas mcm cite Bawang puteh bawang merah tu tak????

Thursday, November 25, 2010

For the Rest of My Life

Salam..



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my husband and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along




Dedikasi istimewa buat Suami tercinta...
Terima kasih kerana hadir dlm hidup ini..
Kebelakangan ini, berat benar ujian buat kita..
Mungkin Allah ingin menguji kekuatan kasih sayang kita..
Kau tak pernah jemu mendengar rintihan hati ini..
Tak pernah jemu mengesat tiap airmata yg mengalir..
Kau yg sentiasa memberikan semangat dan kekuatan..
Tuhan..Satukan hati kami selamanya...
Moga ada sinar baru yg akan hadir dlm kehidupan kami berdua..
Suami, kaulah PELANGI yg mewarnai kehidupan ini..
Syukur Ya Allah....
For the rest of my life

Tuesday, November 9, 2010

100 Hari Di Rahim Bonda...

Salam..



Sekadar 100 hari yang mampu "Dia" bertahan di rahimku..
Apakan daya andai kehadiran yang dinanti-nanti tidak menjadi nyata..
Apakan daya andai impian dan harapan tidak terlaksana..

Bukan perkara mudah untuk diterima, bila khabar yang disampaikan amat memeritkan. Bagai mimpi bila mendengar kata-kata doktor yang "Dia" tidak lagi berdegup. Dahan mane harus dipaut, tali mane tempat berpegang, andai khabar itu bagai belati yang menikam.

Diam seketika, mencari sedikit ruang untuk menerima. Sekadar anggukan yang mampu diberikan, tika kata2 semangat diberikan oleh doktor. Pandangan kosong pada suami yang setia di sisi. Merah mata suami meruntun jiwa..
Di bahu suami akhirnya tumpah jua airmata. Mimpi apakah ini? Dugaan bagaimanakah lagi?
Genggaman erat tangan suami belum mampu menenangkan hati..
Tuhan.. kami hanya insan yang lemah..
Tiada lagi rasa indah menanti kehadiran orang baru..

"Maafkan bonda kerana tidak mampu membawamu ke dunia ini. Walau setinggi mana sayang & kasihnya Ayahbonda, tidak setinggi Kasih Ilahi padamu.. Hanya 100 hari kau dipinjamkan pada kami berdua. Betapa kami sangat2 teruja menanti kehadiranmu.. Tetapi takdir Ilahi melebihi segalanya..
Dikaulah buah cinta Ayahbonda...
Kaulah kesayangan Ayahbonda...
Moga Kaulah jua tangan yang akan menarik Ayahbonda ke SYURGA..
Pemergianmu...Kami PASRAH & REDHA..."

"Ya Allah, aku hanya insan yang lemah. Kurniakan aku kekuatan. Berikan aku ketabahan. Aku pasrah dengan takdirmu. Andai ini adalah yang terbaik buatku, tenangkanlah hatiku dlm menghadapinya. Jangan biarkan aku terus hanyut dengan kesedihan itu. Berilah aku kekuatan Ya Allah.. "

Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
"Demi zat yang diriku di tanganNYA, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala keranaNYA."
(HR. Ibn Majah & Darimi)

Dari Ali bin Abi Talib ra sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam neraka, maka dikatakan kepadanya:
Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam syurga."
(HR. Ibn Majah)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasullullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Bayi yang gugur yang telah mendahului - ku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakangku."
(HR. Ibn Majah)


SELAMAT HARI LAHIR AZIYAN, WALAU SEHEBAT INI UJIAN MELANDA... ALLAH AKHBAR

Saturday, November 6, 2010

Hari Masak Sedunia...

Salam..

Jom main masak2 di hari Deepavali yg penuh warna warni ni.
Operasi bermula sejak mlm td lagi.

Ini dia nasi impit raya hr tu .. Hehe2 baru ni sempat digunakan. Comel2 je kn:-)


Xkn nk mkn nasi impit kosong je kn. Ha ni dia kuah lodeh yg telah berjaya Cahaya hasilkn awal pagi ini.


Ha ini dia menu yg baru Cahaya pelajari. Tak tau kenapa, begitu teringin nk makan puding roti ni. Hati teringin, mulut menyebut.. Apelagi g umah wawa, belajar wat puding roti ini dengan sifuu Wawa. Senang je upanya.. Cewah agak belagak bunyi yer. Nanti bila wat kat umah sorang2 tah ape la jadikn. Wat dua loyang, 1 untuk Cahaya 1 untuk Tuan Umah. Ermmmm sedap.:-)
Thanx to sifooo.. Mcmmane nk habiskn ni. Rupanya Pelangi xbrape suka. Cz dia xsuka bau susu itu. Oh suka hati la. Xnak sudah.. Cahaya mkn sorang.. winkkk:-)

Friday, November 5, 2010

Bulan Jatuh Ke Riba:-)

Salam..

Smlm balik dr opis lambat sikit, cz singgah Pasaraya Darulsalam jap. Beli barang sikit itu ini, baru balik umah. Smpi umah dh pkl 5.45. Alahai dh lambat ni nk masak. Kul 7.30 hubby dh nk g keja. Bukak je pintu tgk2 Pelangi tdo lagi depan tv. Alahai suami, xmasak nasi awal ke hr ni..?? Isk2 geram gak la. Dh la Cahaya smpi lambat. Biasaye dia dh siap msk nasi, Cahaya tgl masak lauk je. Sabar dulu ye hati.. Jgn marah2. Mungkin dia letih sgt kut.

Sebagai isteri "mithali" yang mengaku sendiri, :-) terus masuk dapur sengseng lengan baju. Nanti bila dia dh bgun baru tanya la nape xmasak. Tgh2 masak Pelangi datang dapur. Erm diam lagi ni. Xmo marah2.. Kan td dh bace artikel kat facebook "HUKUM ISTERI MELETERI SUAMI". Ecewah baik la konon kn..hehehe

Tetiba Pelangi bgtau dia ada hadiah tuk Cahaya. Aik awalyer nk bg hadiah. Birthday Cahaya belum lagi. He2. Nk tau x ape yg Pelangi nk bg. Jeng jeng jeng

He2 Cahaya senyum je la. Ada Voucher la plak. Apala sgt setakat xmasak nasi kn?? Kihkihkih.. Mujur td xmarah2 lagi. Hikmah org bersabar kn.. Hahaha.. Klu dh marah2 td, musti mcm malu je nk terima voucher itu kn..kihkihkih.. Moga2 Allah ampunkn dosa hambanya ini:-) AMin.
So smlm masak dengan perasaan happy la. Bukan RM20 sj ok.. Ada 7keping RM20 & sekeping RM10.. Hahahaha bleh tahan gak tu.
Nk tau mane Pelangi dpt Voucher tu?? Alhamdulillah suamiku itu telah menjadi....... THE BEST EMPLOYEE OF THE MONTH


Wahhh bestyer. Tahniah2.. Wlupun yg cemerlang itu adalah si suami, tidak berdosakn klu si isteri ini yg mengunakan voucher yg dimenangiyer itu???
"Keja rajin2 ye sayang, bulan depan boleh menang lagi"..
Hahaha - Sgt jahat gelak itu:-)
..