Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Friday, December 31, 2010

SELAMAT DATANG 2011

Salam..


Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui.
Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak bererti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna.
Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat.
Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan
Hari esok adalah harapan.
Selamat datang tahun baru 2011.
Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan.
Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan

Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF SUZUKI

Salam..


Ye ye malaysia menang piala AFF Suzuki 2010. AKhirnya penantian selama 14tahun ini membuahkan hasil. Tahniah kepada skuad Harimau Malaya.. Yehaaaaa:-)


Ha kejo yoep kejorrr...

Uih laju betul bola ni..Leh landing dulu la:-)

Oupsss ape dh jadi??? No komen:-p

Senyum seorang juara. Pemenang Kasut Emas.. Cayalah Safee Sali

Ucapan untuk pemain dr Cahaya " Terima Kasih kerana atas usaha & titik peluh anda smua di padang, kami rakyat Malaysia dapat cuti. Itu yang penting..hehe

20 Amalan Pemurah Rezeki

Salam..



JOM KAWAN-KAWAN.. MOGA KITA SEMUA DIMURAHKAN REZEKI.. BUMI TUHAN LUAS..REZEKI ADA DIMANA-MANA..YOKKKKK!!!!!!

1. Menyempatkan diri beribadah

2. Memperbanyakkan istighfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak-banyak

10. Berpagi-pagi

11. Menjalin silaturahim

12. Melazimi kekal berwuduk

13. Bersedekah

14. Melazimi solat malam

15. Melazimi solat Dhuha

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

20.Bertawakal

Tuesday, December 28, 2010

Kenduri Doa Selamat

Salam..


Lokasi Kejadian : Rumah Mertua
Tarikh : 18 Disember 2010
Majlis : Bacaan Yasin & Doa selamat

Sgt2 berterima kasih pada keluarga mertua atas majlis yg dibuat. Hajat ayah mertua nk buat majlis doa selamat untuk Cahaya & Suami berlangsung jua. Patutya buat masa kandungan 4bulan. Itu plan asal. Tp Allah ada rancangan yang lain kan. Insyaallah, yakin dan percaya semua ada hikmahnya..
Ramai juga kaum2 ibu yang hadir. Mencari keberkataan. Ya Allah lindungilah kami sekeluarga. Amin


Pagi2 lagi Cahaya dh sampai kat umah mertua. Tolong ape yang patut. Banyak yang MIL dh siapkan. Alhamdulillah..Hehe
Antara menu petang tu nasi impit, laksa, pecal, kari ayam, pulut, rendang daging. Cahaya cuma tolong potong2 bahan je.Maklumla Cahaya sangat naif bila berada di dapur..hehe.
Ok untuk menu2 di atas, ha inilah dia Chef ye. Rajinyer dia..Sayang kamulah:-)

Mak mertua yg begitu komited di dapur ni. Kami anak2 cuma bantu2 je:-)

Sunday, December 26, 2010

Jom pegi Jeti

Salam..

Minggu lepas balik kampung. Ada majlis kenduri sikit. Selama ni xpenah Cahaya tau, ada jeti dekat ngan umah Cahaya.. Jeti lama. Skrg ni dh xde org guna pun. Tp cantik view kat sana. Lama xtgk laut...

Cakk!!! malu2 plak dia:-)

Tgk tepi tu ada orang tgh tangkap ikan. Guna pukat tunda di persisiran mcm ni salah tau. Apela apek ni.. Report nanti tau la

Takde ape yg menarik pun kat sini. just dapat tgk air je la. Mencari sedikit ketenangan. Ecewah..:-) Thanx pada encik suami la ye.. Cz sudi bawak jenjalan. Kira ni pra la kn. Nanti bawak g jeti betul2 ye.. hehe:-)

Saturday, December 25, 2010

Salam Perpisahan

Salam..

Lokasi Kejadian : ICT, KKLW Putrajaya
Tarikh : 17 Disember 2010
Mereka yang di raikan..Majlis perpisahan semperna pertukaran mereka(Kak Yusnita, Ain & Izham) ke kementerian lain.. Semoga bahagia di tempat baru:-)

SUB ICT tgh bagi sepatah dua kate.. Jgn lebih2 ye:-)

Itu dia menu2 yang tersedia. Wahh banyakye.. Suka la wat potluck mcm ni. Macam2 jenis makanan ada.. Ok hari ni makan tanpa memikirkan soal DIET ye.. Sila2


Alahai jadi orang dapur ye.. Rajin adik rajin:-)


Naik pangkat sikit. Jadi manager hotel plak. Ha potong elok2. Cepat2 customer dh ramai ni!! hahahaha

Time menjamu selera xde pic la ye.. Xcukup tangan le..Haha kena tumpukan perhatian tau:-)
So pada teman2 yg pergi ke tempat baru, Good Luck la ek
Pada teman2 yang masih kekal setia di sini, bulan depan kita wat potluck lagi ye..Makan memang best kn:-)

Game..

Salam..

Alahai..tersangat la lama tak mengupdate blog kesayangan hamba ini kn.. Xtau la kenapa.terasa sangat la malas nk mengerakkn jemari..hehe..Apela Cahaya ni kan. Malas saja:-)
Bukan bz pun.. Cuma sejak akhir2 ni, tgh giler main game. Tu yg bila free mmg xbukak blog. Tp bukak game. Isk isk isk ape dh jadi ni:-)

Ni game yg pertama. Jom kita buat burger. Sgt geram klu lambat sediakan burger spt yg diminta..hehe


Ha setelah hampir dua minggu mengerjakan burger2 ni akhirya berjaya juga menghabiskn smua level. Ha tgk tu smua dpt gold medal tau..:-)


Ni satu lagi. Game tembak2 ni.. Dh lama tp skrg ni dtg balik kegilaan itu..Alahai

Ok2 smua game dh settle, so harap2 lepas ni rajinla Cahaya update blog semula ek:-)

Wednesday, December 15, 2010

Maafkan Saya:-(

Salam..

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

Kemana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama


Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku


Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam..



DOA AKHIR TAHUN

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

DOA AWAL TAHUN
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

JOM stim:-)

Salam..

Menu dihujung minggu..
Memandangkan pagi td sarapan lewat sikit, masak tghari pun lambat sikir la. Kul 2 baru Cahaya bergegas ke dapur:-)
Ape nk masak ek..
Jengah2 sikit stok lauk dlm peti salji itu..hehe
Ha smlm beli ikan siakap kat Carefour. Nk masak ape ek..

Erm wat menu sihat la hr ni..
Jom men'yetim'.. hehhehe
Bersihkan ikan dulu..mujur dh siap siang ms beli:-)
Then potong2 bahan-bahan yang hendak distim..
Bawang,cili, serai, cili & lada hitam..
Kemudian masukkn dlm pengukus

Amboi2 kilatyer penggukus..Baru tau..Hadiah kawin tu:-)
Mekacih la pada yg memberi..Berguna juga kn

Tunggu sampai 15-20min..
~~Boleh pandang-pandang~~
~~Jangan pegang-pegang~~
~~Duduk renggang-renggang~~
~~Bertambah sayang~~
Amboi jgn nyanyi di dapur ye:-)


Bila dh masak smuayer, bleh la dihidang untuk makan tengahari bersama suami terchenta:-)
Apelagi kawan2...perut pun dh lapar ni
Jom ler kita menyetim.....Ikan...
Kihkihkih:-p

**Untuk menu penuh Resepi

Thursday, December 2, 2010

MAHA 2010

Salam..

Pelangi pegi MAHA 2010 kat Serdang. Maklumla promosi besar-besaran kn. Tergodala hati si suami itu untuk pergi. Memandangkan Cahaya masih dalam era berpantang, so Pelangi pegi ngan kawan opis dia je la. Macam tak larat lagi je nak jalan banyak2.

Takpelah.. Biarlah Pelangi jalan sendiri. Musti dia minat sgt nk tgk baka lembu yang ada di sana. Tahun lepas pun dia pegi jugak. Berjiwa pertanian & perternakan rupanya Pelangi ni.. Hehe

Dekat 4jam juga dia di sana. So smlm bila smpi je kat umah tu, berkira2 juga la tah ape yg Pelangi beli kat MAHA. Musti ada buah-buahan tempatan ke ape ke kan:-) Silap2 sekuntum bunga mawar merah menanti Cahaya petang ni.. Kihkihkih beranganyer:-p


"Beli ape kat Maha tadi" - Si Isteri
"Tgk la dalam bilik air tu" Si Suami..
Isk isk isk berdebaryer.. Ape plak yg ada dlm bilik air tu ye
Cuba bayangkn jika haiwan ini sedang duk minum air dlm bilik air Cahaya.. HAhahahaahha mau pengsan Cahaya:-p


.
.
.
.
.
.
.

Ha jgn terkejut ye. Ini je yg dibeli oleh suami kesayangan hamba tu ye... Sila padamkan segala bayangan & anganan kosong itu ok. Pelangi cuma beli benih rumput ni je kat MAHA yang besar tu!!!..

Sabar je la.. Bila tanya xde beli buah-buahan ke? Jawapan yang cukup bernas diberikan oleh Pelangi.
"Nanti klu beli teringan plak nak makan. Kan dalam pantang lagi tu"
Ohhhh Suami siapakan ITU????