Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Monday, September 12, 2011

Antenatal Class


Hari Isnin lepas Cahaya & Pelangi pergi kelas Antenatal kat Hospital Putrajaya. Dari kul 8pagi smpi 430 petang. Banyak ilmu2 baru yang Cahaya perolehi dalam kelas ni. Sesi pagi penuh dengan ceramah je la. Pasal penjagaan sepanjang mengandung, diet semasa & selepas besalin, penyusuan susu ibu. Demo mandian bayi pun ada.. Hahaha xtau la mcm mane nk buat tu. Tp biasayer klu seminggu dua berpantang ni, mak yg mandikan baby kan..Hehehe tu tgk dr pengalaman akak2 Cahaya la. So klu Cahaya nk praktik pun masa dh balik putrajaya nanti la... Hehehe tah ingat tah idak tu:-p

Petang sesi senaman Antenatal lak. Best gak senaman ni. Cahaya buat sikit2 je, cz takut masalah uri di bawah ni berlarutan. So nurse2 kat situ smua monitor Cahaya lebih sikit. Mane yg macam berat sikit tu diorg x bagi Cahaya buat. Takpela just tgk je diorg buat. Leh simpan dlam kotak ingatan. Nanti ms bersalin baru praktikkn. Doa x putus harap dipermudahkan masa bersalin nanti. Tp klu uri still kat bawah xde cara lain selain operation. Harap2 dipermudahkanla segala urusan.. Amin

Banyak gak gift dari pihak hospital. Ada tuala, pampers, dettol, mandian + losyen + bedak J&J ngan air mineral..Mekasih la banyak ye..

Pihak yang sentiasa sudi berada di sisi. Mekasih kerana sudi menemaniku.. Cewah. Walau Pelangi tgh sakit perut hari ni. Dekat 5 kali dia kuar kelas g toilet.. HUhuhuhu sian suamiku itu:-(



Friday, September 9, 2011

Risiko Uri Di Bawah


Selasa lepas pergi checkup mcm biasa. Minum air gula & scan baby.. Sedih je bila doktor bgtau uri berada di bawah. Klu next week scan lagi & uri masih still di bawah, kena tahan di wad. Alahaiiii begitu sekali ke puan doktor??? Xtau ape punca uri berada di bawah. Maybe banyak bjalan sgt kut masa raya hari tu. Xda la banyak mane, sehari je pun dok beraya, yang lainyer dok umah je. Ermmm balik umah terus cari info pasal uri di bawah.

Jom share sikit pasal uri di bawah..
Utusan Malaysia – 23/06/2002
Oleh NAJIBAH HASSAN

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat. Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.

Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu? Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah? Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.

Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.
“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,” jelasnya.

Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal. Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu. Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.

Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran. PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal. Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui. Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan. Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim. Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung. Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan. Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.

2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran. Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.

Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah. Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).

Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.

Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim. Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan. Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.

Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.

a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.

Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu. Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.
Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi
- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim – pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean. Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:

- Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan. Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.

Agak bahaya rupanya bila uri berada di bawah pada akhir2 minggu kehamilan ni.. ALahai.. So hujung minggu ni, Cahaya dah dapat arahan berkurung untuk berehat di rumah sahaja. Xde open house xde sesi beraya. Pada teman2 smua, insyaallah bila keadaan Cahaya dah ok nanti Cahaya g beraya umah u all ek.. Skrg ni kena dok diam2 je dulu.. Doakan Cahaya dan Baby ok2 je, dan melahirkan mengikut masa yang sepatutnya..Xmola kena tahan wad lama sangat. Musti boring nanti. Hope keadaaan uri kembali kepada asal.. Amin


Sunday, September 4, 2011

Salam Lebaran


Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Ilahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Ilahi Tuhan Maha Suci

Terdengar suara takbir
Memuji nama Ilahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang

Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Ingatan Tulus Ikhlas,
Mohd Salihin Bin Kotni
&
Noor Aziyan Bt Ahmad Shah
SEKELUARGA


Sunday, August 28, 2011

Nasi Tomato


Lihat la doniaaaaa...Lihatlahhhhh...
Hehehe akhirnya menjadi gak Cahaya nk buat nasi tomato ni.. Ini yang pertama kalinya.. Dan alhamdulillah percubaan pertama ini menjadi plak.. Percubaan kedua & ketiga xtau la mcm mane plak kn..Hehehe


Bahan-bahan:
2 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan (Cahaya guna beras biasa je)
1/2 cawan susu cair
3 sudu tomato puri
sedikit sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dihiris
3 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
2 biji buah pelaga*
2 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1/2 batang kayu manis*
Air, ikut sukatan beras ( lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis bahan bertanda *, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis hingga wangi.

2. Masukkan tomato puri dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.

3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam, gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.

4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....Kalau nak la..Tp Cahaya xhias apepun..hehehe.. Jom makan bersama ayam masak merah.. Lalalallaa:-)


Saturday, August 27, 2011

Roti Gulung Sosej



Bahan-bahan
• roti dibuang tepinya
• sosej ayam @ daging
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• secubit garam
• sedikit serbuk lada sulah
• breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi kemudian digulungkan
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya jadi lebih kemas.
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur.
5. Celup gulungan roti td ke dalam telur
6. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
7. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan( alamak terhangit sikit) hehehe


Iftar 23 Ramadhan


Minggu2 hujung Ramadhan ni mcm malas sikit nk masak di rumah.. Hehe..Dh xde idea nk masak ape..Sekali sekala kita g la membantu ekonomi negara kn:-) Jom ke Rasamas Alamanda
Ni menu Cahaya..Lupa plak ape namayer.. Hehe ala2 nasi ayam la.. Cuma ayam dia panggang cantik gtu. Siap ada tauhu grg lagi. Sedap gak.
Ni plak menu En Pelangi. Nasi lemak dengan rendang daging.
Rendang daging En Pelangi, sup & sos untuk menu Cahaya.. Bismillah:-)
Ha ada lagi.. 2Biji karipap pun ada ye.. Sedap karipap dia.. Ada telur rebus kat dlm:-)
Last sekali basah2 kan tekak sikit..Sejukyer... Aiskrim Choclate yg sgt enak...
Alhamdulillah selesai sudah sesi makan2.. Jom balik:-)


Thursday, August 25, 2011

Iftar di De'Lanai Lakeview Cafe


Ramadhan 22, berbuka di De'Lanai Putrajaya.. Akhirnya smpi juga ke tempat ini.. Bersama Icha Sekeluarga:-)
Betul2 dpt duk tepi tasik.. Romantik sungguh pemandanganyer..hehehe
Ni pinggan nasi Cahaya. Sikit je kn Cahaya makan..hehe.. Ada daging dendeng, ayam masak merah, kerabu..Sedap kerabu dia..
Tadi tu cuma mukadimah je.. Ha ni kira keseluruhan la.. Rasa serba satu...Tp ni tuk 4org la..bukan Cahaya sorang:-) Jangan wasangka ye..hehe
Kami sempat bergambar juga:-)... Mane bleh makan saje kn
Pic selingan...Farisya Amani:-)Gambar sekadar hiasan..Hehehe sian dia jadi mangsa keadaan..Burrrrrrr:-)

Sunday, August 21, 2011

Kisah Duka


Klu ada kish gembira musti ada kisah sedih kn. Macam dh dipasang2 kn. ALahai nasib. Kami di uji lagi kali ini..
Lepas balik makan hr tu, kami terlibat dlm kemalangan plak... Adoiiiii...

Tersentak seketika..Mcm mimpi je..Tah mcm mane leh xpasan ada simpang kat situ, mujur hubby xlaju sangat. Klu x rasayer mmg terukla. Tp kemik gak la kereta kesayanganku itu... Alahai sianyer dia...
Alhamdulillah juga kami semua xape2.. Cuma risaukan baby je. Doa xputus moga baby kuat.. Lepas settle wat polis report, g klinik tuk scan keadaan baby.. Risau sangat2. Alhamdulillah doktor cakap xde ape2.. Moga2 baby kuat ye sayang...


Kisah Gembira


Ini kisah 15 Ramadhan yang lalu..Terlambat sikit nak update.. Tidak berkesempatan.. Sepanjang ramadhan ini baru kali pertama g berbuka kat luar. Itupun sebab on the way nk balik kampung. Singgah sekejap di restoran nelayan Sungai Besar..Jom tgk2 gmbr pasal makanan la..
Tau la dua2 org selangor kan.. Order air pun ikut color tema bendera..Hehe.. Diselang seli pula dengan air zamzam..
Kena makan sayur banyak2 tau.. Kailan goreng ikan masin yang best:-)
Ikan kerapu tiga rasa.. Sedap sgt rasayer ikan ini.. Adakah kerana perut mmg dlm keadaan yg betul2 lapa???? Huhuhu
Menu yang tak pernah ketinggalan, tomyam campur.. Rasa ok, tp xbanyak sgt isi dalamnya..Sabotaj la tu. Sampai sekarang masih tercari2 perencah tomyam yang bleh buat rasa mcm kat kedai. Klu buat sendiri kat umah musti lain sikit..
Menu terakhir udang grg kunyit. Masa udang ni digoreng semerbak bau satu kedai.. Rasa sedikit tercabar iman yg lemah ini...hehehe..Jemput makan semua.. Sehingga licin laki bini ni kerjakan.. Alhamdulillah:-)


Wednesday, August 10, 2011

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM




1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
YA ALLAH BERILAH AKU KUATKAN UNTUK MENGHARUNGI 9 BULAN INI...AMIN
Sumber