Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Monday, August 8, 2011

Rendang Kerang Ala Saloma


Ni plak menu semalam. Pertama kalinya mencuba resepi baru iaitu rendang kerang. Pernah dulu cuba buat rendang ayam, tp xjadi. Husband siap komen dl "Klu tang rasa mcm rendang, klu tgk pada rupa mcm masak lemak ayam or masak tempoyak".. Huhuhu tak menjaga hati tau:-p

Xpe2, isterimu ini berhati waja. Cakap la mcm mane pun, i wat don't know je. Nk makan, xnak sudah. Hehehe kejam x???
So dik kerana stok kerang sangat banyak di rumah, cuba la plak buat rendang kerang ni. Dengan harapan menjadi la sesedap rendang omak. Tp ketakutan masih ada. Mane la tau masak lemak rendang lak kn. Bersungguh ni belajar dr teman2. Dan akhirnya...Menjadi gak rendang kerang i. Rupa ada la ala2 rendang kerang mak.. Bab rasa dh terlalu hampir la dengan mak punya..Hahahaha melambung2 memuji diri kan. Peduli ape..Penat masak tau..hehehe

Bahan
1 kg kerang [rebus dan ambil isi]
santan
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji cili padi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
lengkuas
halia
kunyit hidup (xde stok, guna kunyit serbuk je)

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
2. Masukkan santan, kerisik dan kerang.
3. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
4. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
5. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak .
6. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut
7. Angkat dan hidangkan.

**Komen juri Masterchef yang ada di rumah tu "Kalau tambah gula sikit je, mmg perfect".. Hahaha sebenarnya Cahaya mmg lupa langsung letak gula. Tu yg terpedas sikit tu..Hehe.. Ampun ya Pak Incik:-)

**Motif nama ala saloma: ermm xde motif, tah nape ms tgh potong lengkuas, terpk nama tu..Kihkihkih:-)

Menu 7 Ramadhan


Akhirnya berjaya juga Cahaya menyediakan juadah berbuka iaitu Soto hr ahad yang lalu.. Teringin sangat nk makan soto ni sejak tgk rancangan Mencari Resepi Temurun kat TV9 Dekat Di Hati.Hehe.. Masa tgk tu betul2 teringin nk makan. Tp masa tu mgu keja, so mcm xsempat je nak buat kn. So kenala tunggu cuti2 malaysia mcm ni baru leh buat..Hehe

Jeng jeng jeng..Masih terasa keenakannya..Hahaha perasan sendiri kn. Xpela sendiri buat sendiri puji..hehe
Pertama kali wat bergedil. Alhamdulillah menjadi. Walau hanya guna daging burger. Hahaha.. Mmg ada daging cincang dlm peti tu, tp dek kerana dh lama agakyer dh melekat kat ais2 tu. Defrost pun x leh tanggal. Mujur ada daging burger pak ramly sebagai penyelamat...:-)

Sunday, August 7, 2011

Kebaikan Kurma Semasa Hamil


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Saturday, August 6, 2011

HB oh HB



Alhamdulillah dah nak masuk 7 untuk berpuasa.. Baby sihat2 saja ye.. Kita puasa sama2:-).. Rabu lepas g check-up. Hope everything ok. Dh 2kali check HB rendah. Kali ni pun rendah lagi. Maknayer dh 3kali HB menurun. Skrg HB cuma 9.8 je... Erm macam mane nk naikkn HB ni.. Macam2 pesanan nurse tadi. Pil iron tablet tu kena makan sampai 4bj sekarang ni. Risau gak. ALahai HB..lepas ni naik tau... Dua mgu lagi g check lagi. Hope naikla HB lepas ni.


PUNCA HB RENDAH
Peningkatan dalam isipadu darah
Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
Penurunan kadar HB normal
Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
Kekurangan asid folat
Pendarahan gastrointestinal
Kehilangan darah dari pendarahan buasir

RISIKO HB RENDAH

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
- Hati Ayam: 1 ketul (setiap hari)
- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis

2. Pengambilan vitamin yang dibekalkan dari Klinik Kesihatan dimakan dengan cara yang betul dan berterusan
- Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

3. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin
- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan

Sunday, July 31, 2011

Indahnya Ramadhan



Ramadhan datang lagi..
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan..Bulan Ramadhan..
Tahun lalu menyambut ramadhan kali pertama bergelar isteri. Lebih kurang 3mgu bru berumahtangga.. Setahun telah berlalu, moga2 Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat buat kami sekeluarga...

Cahaya mengambil kesempatan ini untuk memohan kemaafan andai ada salah & silap.. Moga kita dapat menjalani ibadah berpuasa kali ini dengan lebih baik dari sebelum2nya..


Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

1. Bulan diturunkan Al-Quran

Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia

2. Bulan penuh berkat

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

“Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

3. Bulan Penghapusan dosa

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.

Wednesday, July 27, 2011

Separuh Perjalanan...



Minggu ke-23

Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadapat pertumbuhan bayi anda membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 8 inci panjang atau 20cm. Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengangumkan adalah walaupun anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.

Apa yang berlaku pada anda?
Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat.

Minggu ke-24

Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut anda semakin kelihatan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 540 gram dan lebih kurang 8½ inci panjang atau 21cm. Menurut kajian penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!

Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan setiap minit semasa kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Pemilihan Makanan
Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik. Elakkan memakan makanan yang pedas.

Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian anda.

Minggu ke-25

Kehamilan kadanga-kadang meletihkan, kadang-kadang mungkin kita mengeluh tetapi sesuatu yang pasti ia tidak akan menjemukan! Kerana selalu terdapat sesuatu yang baru untuk dipelajari, merasai dan mengalaminya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sekarang meningkatkan kemahiran pernafasannya iaitu menarik dan menghembuskan cecair amnion. Latihan pernafasan ini hanya berjalan semasa bayi tidur dan tidak sepanjang saat-satnya berjaga. Kajian ada menunjukkan fetus menarik dan menghembus nafasnya sepanjang tidur.

Berat bayi kini kira-kira 700 gram dan panjangnya 9 inci iaitu kira-kira 22cm. Jika bayi dilahirkan sekarang, bayi anda mempunyai peluang untuk hidup. Dengan kaedah perubatan kini seperti alat bantuan udara, monitor dan ubat-ubatan bayi anda mampu untuk terus hidup. Tetapi disebabkan ianya lahir dangat kecil dan ringan kira-kira 2 paun, ia tidak boleh keluar daripada inkubator sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengelak sebarang jangkitan dan sebarang masalah lain.

Apa yang berlaku pada anda?
Keadaan fizikal anda sudah menunjukkan bahawa anda hamil dan tidak dapat disembunyikan lagi. Pada ketika ini uterus anda sudah sebesar bola sepak. Kadang-kadang merasa kebas dan kekejangan pada tangan dan kaki. Ini adalah kerana peningkatan cecair dalam badan anda dan memberi tekanan pada sistem saraf. Tidak perlu bimbang kerana ini bukanlah masalah yang serius. Ia akan hilang setelah melahirkan bayi nanti dan kadar cairan dalam badan akan berada pada tahap normal semula.

Pengambilan nutrisi anda – Makanan Seimbang
Keperluan makanan haruslah seimbang dengan makanan yang kita makan. Peringkat kehamilan ini memerlukan dos vitamin harian yang mencukupi. Sesetangah wanita memerlukan suppliment tambahan seperti hamil pada awal remaja yang badannya tidak cukup kuat untuk hamil, wanita yang kurang berat badan, wanita yang mempunyai satu diet yang kurang bagus sebelum hamil, wanita yang hamil kembar, vegetarian, mempunyai tabiat makan yang buruk, mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, mereka yang tidak suka minum susu dan sebagainya sepatutnya mengambil supplimet bagi membantu penambahan keperluan kehamilan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan. Jangan mengambil mana-mana ubatan tambahan tanpa nasihat doktor. Gantikan sumber mineral dan vitamin yang diperlukan badan dengan mengambil makanan berzat.

Minggu ke-26

Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai ‘brown fat” kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir.

Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9¼ inci dimana lebih kurang 23cm.

Apa yang berlaku pada anda?
Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang. Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit kepada. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Makan Ikan
Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat apabila dilahirkan nanti. Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan.

Minggu ke-27


Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester ke-dua dimana anda akan melangkah ke trimester ke-tiga pada minggu hadapan. Dengan itu kelahiran bayi adalah menjadi focus utama anda pada waktu ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada umur ini, fetus mampu membezakan antara terang dan gelap. Penyelidikan menunjukkan bayi di dalam rahim mampu berpaling ke arah lain jika ada satu cahaya yang terang menyuluh pada perut ibu. Bayi kini beratnya dalam 1kg dan panjangnya 15 inci atau 34cm.

Minggu ke-28

Pertumbuhan bayi anda kini lebih cepat setara dengan kenaikan badan anda. Perkara-perkara yang perlu dilakukan pada trimester ketiga ini sudah mula difikirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Paru-paru bayi anda telah mula menghasilkan satu bahan pada permukaannya dimana satu detergen seperti bahan mencegah paru-paru daripada menutupi dan sebaliknya membenarkan pengembangan untuk menghisap udara. Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, ada peluang untuk hidup walaupun risikonya tinggi. Kemungkinan untuk paru-paru berfungsi dengan lebih baik diluar rahim juga meningkat.

Bayi anda panjangnya kini mencecah lebih kurang 14-16 inci iaitu 35cm panjang dan beratnya pula 2.5 paun bersamaan 1.1kg. Otaknya sedang lancar dan rambut dikepalanya lebih panjang dan badannya sudah berisi.
Info = Viaemma

Monday, July 25, 2011

Hadiah Anniversary


Amboi2 tgk tajuk macam gempak je kn.. Musti terbayang bunga ke, Habib Jewels ke kn... Haha xde maknayer.. Ni just nk share perkembangan terbaru je. Setelah setahun mendirikan rumahtangga, akhirnya berjaya juga Cahaya menyediakan sarapan pagi menu ROTI JALA ni tau.. Akhirnya kini pasti...ku merasai..Roti jalaaaa...Hahahaha

Tah mimpi ape la pagi Ahad hr tu tetiba berasa nk buat roti jala ni. Tgk dlm kabinet bahan2 smua ada.. Dgn penuh kesungguhan cuba buat ape yg patut.. Xckp lagi ngan En Pelangi tu, nk wat bfast ape..Hahaha maklumla cubaan pertama kn.. Mane la tau klu x jadi cepat2 masuk dlm bakul sampah saje..huhuhu
Alhamdulillah Allah mempermudahkan tiap usaha umatyer..Menjadi gak roti jala ku ini setelah setahun suami menanti..hahaha......
So En Pelangi, ni kira hadiah dr i la tau.. Hadiah dr U masih seperti yang telah kita bincangkan pada Mesyuarat yang lalu ye.. Hahaha

Friday, July 22, 2011

Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama


Hari ini(23 Julai) genap setahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah ya Allah atas nikmat bahagia ini. Ikatan yg terbina menjadikan kami mengenal erti bahagia, erti kasih sayang, erti tanggungjawab dan erti cinta sejati...
Sekejap saja rupaya dah setahun kami bersama. Menjalani kehidupan sebagai Suami & Isteri. Hanya kesyukuran yang mampu kami panjatkan moga2 rasa bahagia ini kekal selamanya selamanya...

Mengimbau detik setahun yang lalu..Sekadar menghayati detik permulaan hidup berdua...:-) Saat janji termetri.. Tuhan, aku cinta dia....

Ikrar dalam hati.. Dia cintaku yang terakhir...

Sayang, moga cinta kita menjadi cinta terindah...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu...Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Kepada Suamiku...KAU LELAKI, SUAMI & TEMAN TERHEBAT...SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN PERTAMA SAYANG...

Saturday, July 9, 2011

BERSIH


Hurm xnk komen lebih2 la bab2 perhimpunan bersih ni.. Ramai gak upanya yang ikut g perhimpunan ni.. Rajin benor diorang ni kan.. Yang sedihnya sian pada mereka yang terperangkap dlm kesesakan akibat perhimpunan ni je.. Yang tak bersalah juga menjadi mangsa.. Peniaga2 kat Jalan Tar pun tutup kedai.. Kan merugikan tu.. Inikah keadilan yang dicari-cari... Alahai..

Ha pakai baju digi ni pun ikut gak ke? Hehehe xde keja agakyer.. So pengguna Digi smlm ada masalah line x? Hahaha

Cahaya pun BERSIH gak smlm.. Tp bukan di jalanan la...Dr bersesak2 bersih di jalanan baik Cahaya bersihkan teratak "mewah" Cahaya ni.. Sapu sampai, basuh baju, kemas dapur, kemas bilik, lipat kain baju... Erm xyah berhimpun2 pun leh BERSIH gak kn... Tepuk dada tanya selera la...
Alamak klu tanya selera jawabnye lapar la... Jom g cari makan lagi baik..Dh penat membersih musti la En Pelangi upah makan kat luar... Jumpa kedai baru.. Kat Cyberjaya
Erm menarik gak... Jom kawan2 kita g esok ms lunch nk x? :-)

Thursday, July 7, 2011

Kali ke-2


Kembali lagi!! Kembali lagi!!
Lama rasayer x update ape2 kat blog kesayangan hamba ni.. Hehehe..malas benar jari jemari nk menjalankan tugasnya..hehe:-)
Sekadar berkongsi berita gembira terbaru tentang diri ini..Sejak kisah duka 100 hari di rahim bonda dl, kini Cahaya dan suami sekali lagi dianugerahkan rezeki ini.. Cahaya kini bkn lagi sendiri... Satu lagi nyawa telah ditiupkan ke dalam rahim ini. Terima kasih ya Allah atas kurniaan ini.. Kini sudah 20minggu kami bersatu dalam satu jasad...:-)Benar-Benar bersyukur atas kurniaan Ilahi ini.
Benar kata orang, pengalaman mengandung adalah saat paling bahagia.. Selama 20minggu ini terlalu sukar digambarkan perasaan ini.. Doakan rasa ini berakhir dengan kegembiraan ye.. Doakan kali ini ada rezeki untuk Cahaya & Pelangi untuk memiliki cahayamata.. Doakan agar segalanya dipermudahkan untuk Cahaya & Baby..

Wahai Anakanda tercinta...Moga2 Ayahanda & Bonda dapat menatapmu tidak lama lagi... Moga2 Allah memudahkan jalan kita untuk bertemu..Tidak sabar benar rasa hati kami, untuk menatapmu..Moga2 rahmat & kasih Ilahi sentiasa bersama kita sekeluarga..Amin (tolong doakan kami juga ye)



Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.