Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Sunday, July 31, 2011

Indahnya Ramadhan



Ramadhan datang lagi..
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan..Bulan Ramadhan..
Tahun lalu menyambut ramadhan kali pertama bergelar isteri. Lebih kurang 3mgu bru berumahtangga.. Setahun telah berlalu, moga2 Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat buat kami sekeluarga...

Cahaya mengambil kesempatan ini untuk memohan kemaafan andai ada salah & silap.. Moga kita dapat menjalani ibadah berpuasa kali ini dengan lebih baik dari sebelum2nya..


Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

1. Bulan diturunkan Al-Quran

Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia

2. Bulan penuh berkat

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

“Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

3. Bulan Penghapusan dosa

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.

Wednesday, July 27, 2011

Separuh Perjalanan...



Minggu ke-23

Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadapat pertumbuhan bayi anda membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 8 inci panjang atau 20cm. Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengangumkan adalah walaupun anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.

Apa yang berlaku pada anda?
Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat.

Minggu ke-24

Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut anda semakin kelihatan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 540 gram dan lebih kurang 8½ inci panjang atau 21cm. Menurut kajian penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!

Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan setiap minit semasa kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Pemilihan Makanan
Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik. Elakkan memakan makanan yang pedas.

Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian anda.

Minggu ke-25

Kehamilan kadanga-kadang meletihkan, kadang-kadang mungkin kita mengeluh tetapi sesuatu yang pasti ia tidak akan menjemukan! Kerana selalu terdapat sesuatu yang baru untuk dipelajari, merasai dan mengalaminya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sekarang meningkatkan kemahiran pernafasannya iaitu menarik dan menghembuskan cecair amnion. Latihan pernafasan ini hanya berjalan semasa bayi tidur dan tidak sepanjang saat-satnya berjaga. Kajian ada menunjukkan fetus menarik dan menghembus nafasnya sepanjang tidur.

Berat bayi kini kira-kira 700 gram dan panjangnya 9 inci iaitu kira-kira 22cm. Jika bayi dilahirkan sekarang, bayi anda mempunyai peluang untuk hidup. Dengan kaedah perubatan kini seperti alat bantuan udara, monitor dan ubat-ubatan bayi anda mampu untuk terus hidup. Tetapi disebabkan ianya lahir dangat kecil dan ringan kira-kira 2 paun, ia tidak boleh keluar daripada inkubator sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengelak sebarang jangkitan dan sebarang masalah lain.

Apa yang berlaku pada anda?
Keadaan fizikal anda sudah menunjukkan bahawa anda hamil dan tidak dapat disembunyikan lagi. Pada ketika ini uterus anda sudah sebesar bola sepak. Kadang-kadang merasa kebas dan kekejangan pada tangan dan kaki. Ini adalah kerana peningkatan cecair dalam badan anda dan memberi tekanan pada sistem saraf. Tidak perlu bimbang kerana ini bukanlah masalah yang serius. Ia akan hilang setelah melahirkan bayi nanti dan kadar cairan dalam badan akan berada pada tahap normal semula.

Pengambilan nutrisi anda – Makanan Seimbang
Keperluan makanan haruslah seimbang dengan makanan yang kita makan. Peringkat kehamilan ini memerlukan dos vitamin harian yang mencukupi. Sesetangah wanita memerlukan suppliment tambahan seperti hamil pada awal remaja yang badannya tidak cukup kuat untuk hamil, wanita yang kurang berat badan, wanita yang mempunyai satu diet yang kurang bagus sebelum hamil, wanita yang hamil kembar, vegetarian, mempunyai tabiat makan yang buruk, mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, mereka yang tidak suka minum susu dan sebagainya sepatutnya mengambil supplimet bagi membantu penambahan keperluan kehamilan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan. Jangan mengambil mana-mana ubatan tambahan tanpa nasihat doktor. Gantikan sumber mineral dan vitamin yang diperlukan badan dengan mengambil makanan berzat.

Minggu ke-26

Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai ‘brown fat” kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir.

Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9¼ inci dimana lebih kurang 23cm.

Apa yang berlaku pada anda?
Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang. Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit kepada. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Makan Ikan
Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat apabila dilahirkan nanti. Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan.

Minggu ke-27


Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester ke-dua dimana anda akan melangkah ke trimester ke-tiga pada minggu hadapan. Dengan itu kelahiran bayi adalah menjadi focus utama anda pada waktu ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada umur ini, fetus mampu membezakan antara terang dan gelap. Penyelidikan menunjukkan bayi di dalam rahim mampu berpaling ke arah lain jika ada satu cahaya yang terang menyuluh pada perut ibu. Bayi kini beratnya dalam 1kg dan panjangnya 15 inci atau 34cm.

Minggu ke-28

Pertumbuhan bayi anda kini lebih cepat setara dengan kenaikan badan anda. Perkara-perkara yang perlu dilakukan pada trimester ketiga ini sudah mula difikirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Paru-paru bayi anda telah mula menghasilkan satu bahan pada permukaannya dimana satu detergen seperti bahan mencegah paru-paru daripada menutupi dan sebaliknya membenarkan pengembangan untuk menghisap udara. Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, ada peluang untuk hidup walaupun risikonya tinggi. Kemungkinan untuk paru-paru berfungsi dengan lebih baik diluar rahim juga meningkat.

Bayi anda panjangnya kini mencecah lebih kurang 14-16 inci iaitu 35cm panjang dan beratnya pula 2.5 paun bersamaan 1.1kg. Otaknya sedang lancar dan rambut dikepalanya lebih panjang dan badannya sudah berisi.
Info = Viaemma

Monday, July 25, 2011

Hadiah Anniversary


Amboi2 tgk tajuk macam gempak je kn.. Musti terbayang bunga ke, Habib Jewels ke kn... Haha xde maknayer.. Ni just nk share perkembangan terbaru je. Setelah setahun mendirikan rumahtangga, akhirnya berjaya juga Cahaya menyediakan sarapan pagi menu ROTI JALA ni tau.. Akhirnya kini pasti...ku merasai..Roti jalaaaa...Hahahaha

Tah mimpi ape la pagi Ahad hr tu tetiba berasa nk buat roti jala ni. Tgk dlm kabinet bahan2 smua ada.. Dgn penuh kesungguhan cuba buat ape yg patut.. Xckp lagi ngan En Pelangi tu, nk wat bfast ape..Hahaha maklumla cubaan pertama kn.. Mane la tau klu x jadi cepat2 masuk dlm bakul sampah saje..huhuhu
Alhamdulillah Allah mempermudahkan tiap usaha umatyer..Menjadi gak roti jala ku ini setelah setahun suami menanti..hahaha......
So En Pelangi, ni kira hadiah dr i la tau.. Hadiah dr U masih seperti yang telah kita bincangkan pada Mesyuarat yang lalu ye.. Hahaha

Friday, July 22, 2011

Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama


Hari ini(23 Julai) genap setahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah ya Allah atas nikmat bahagia ini. Ikatan yg terbina menjadikan kami mengenal erti bahagia, erti kasih sayang, erti tanggungjawab dan erti cinta sejati...
Sekejap saja rupaya dah setahun kami bersama. Menjalani kehidupan sebagai Suami & Isteri. Hanya kesyukuran yang mampu kami panjatkan moga2 rasa bahagia ini kekal selamanya selamanya...

Mengimbau detik setahun yang lalu..Sekadar menghayati detik permulaan hidup berdua...:-) Saat janji termetri.. Tuhan, aku cinta dia....

Ikrar dalam hati.. Dia cintaku yang terakhir...

Sayang, moga cinta kita menjadi cinta terindah...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu...Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Kepada Suamiku...KAU LELAKI, SUAMI & TEMAN TERHEBAT...SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN PERTAMA SAYANG...

Saturday, July 9, 2011

BERSIH


Hurm xnk komen lebih2 la bab2 perhimpunan bersih ni.. Ramai gak upanya yang ikut g perhimpunan ni.. Rajin benor diorang ni kan.. Yang sedihnya sian pada mereka yang terperangkap dlm kesesakan akibat perhimpunan ni je.. Yang tak bersalah juga menjadi mangsa.. Peniaga2 kat Jalan Tar pun tutup kedai.. Kan merugikan tu.. Inikah keadilan yang dicari-cari... Alahai..

Ha pakai baju digi ni pun ikut gak ke? Hehehe xde keja agakyer.. So pengguna Digi smlm ada masalah line x? Hahaha

Cahaya pun BERSIH gak smlm.. Tp bukan di jalanan la...Dr bersesak2 bersih di jalanan baik Cahaya bersihkan teratak "mewah" Cahaya ni.. Sapu sampai, basuh baju, kemas dapur, kemas bilik, lipat kain baju... Erm xyah berhimpun2 pun leh BERSIH gak kn... Tepuk dada tanya selera la...
Alamak klu tanya selera jawabnye lapar la... Jom g cari makan lagi baik..Dh penat membersih musti la En Pelangi upah makan kat luar... Jumpa kedai baru.. Kat Cyberjaya
Erm menarik gak... Jom kawan2 kita g esok ms lunch nk x? :-)

Thursday, July 7, 2011

Kali ke-2


Kembali lagi!! Kembali lagi!!
Lama rasayer x update ape2 kat blog kesayangan hamba ni.. Hehehe..malas benar jari jemari nk menjalankan tugasnya..hehe:-)
Sekadar berkongsi berita gembira terbaru tentang diri ini..Sejak kisah duka 100 hari di rahim bonda dl, kini Cahaya dan suami sekali lagi dianugerahkan rezeki ini.. Cahaya kini bkn lagi sendiri... Satu lagi nyawa telah ditiupkan ke dalam rahim ini. Terima kasih ya Allah atas kurniaan ini.. Kini sudah 20minggu kami bersatu dalam satu jasad...:-)Benar-Benar bersyukur atas kurniaan Ilahi ini.
Benar kata orang, pengalaman mengandung adalah saat paling bahagia.. Selama 20minggu ini terlalu sukar digambarkan perasaan ini.. Doakan rasa ini berakhir dengan kegembiraan ye.. Doakan kali ini ada rezeki untuk Cahaya & Pelangi untuk memiliki cahayamata.. Doakan agar segalanya dipermudahkan untuk Cahaya & Baby..

Wahai Anakanda tercinta...Moga2 Ayahanda & Bonda dapat menatapmu tidak lama lagi... Moga2 Allah memudahkan jalan kita untuk bertemu..Tidak sabar benar rasa hati kami, untuk menatapmu..Moga2 rahmat & kasih Ilahi sentiasa bersama kita sekeluarga..Amin (tolong doakan kami juga ye)



Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Wednesday, June 8, 2011

7 Novel Paling Popular Alaf 21 Jadi Drama dan Telefilem


Sangat teruja pagi ni.. Hehe...Bace kat Harian Metro ( tp xtau Harian Metro hari ape). 7 novel favourite Cahaya akan diadaptasikan jadi drama & telefilem.. Wah xsabaryer nak tengok.. Mcm mane la nanti cite nyer kan.. Harap2 x menghampakan la..Terima kasih la pada Kak Eton cz sudi menerbitkan drama2 ni..Hehe
Tak tau la bile akan ditayangkan.. Cuma cite ni akan ditayangkan di astro Citra & Warna.. Ala ingat tak nak langgan dh pakej mustika ni bila Maharaja Lawak berakhir.. Tp bile bace ada drama2 ni plak, mcm kena tangguh dulu la ye:-)Jom wat review sikit...Cahaya susun ikut kesukaan Cahaya la kn..:-)


Ingat x kisah ni Coffee Village. Ha romantik sgt novel ni..Harap2 Puan Pengarah tak potong la scene makan sup roti tu ye.. Plsss plssss. Sape la yang akan pegang watak jadi Nazmi & Ifti Liyana kan. Hope jangan la spoil kat pelakon plak.. Rosak la cite ni nanti..huhu
Ni juga antara novel paling best yang Cahaya penah bace.. Tp masa ni pinjam kat kawan je.. Ke bace kat perpustakaan desa kat kampung ek?? X ingat la..Maklumla dl2 rasa mahal sgt harga novel ni..Xmampu la nk beli selalu:-) Cite ni pun romantik gak. Antara Maira & Ahmad Fuad.. Statement yang selalu Cahaya gunakan dari Novel ni "Rahsia Di Hati Tak Siapa Tahu"..
Adam & Hawa pun ada gak.. Cite ni best. Kelakar & romantik.. Perkahwinan terpaksa akhirnya membuahkan cinta.. Jiwang di pagi hari ye Cahaya:-)Ingat x Cik Ted dlm novel ni? Sweet:-)
Ni novel pertama yang Cahaya beli. Harga dia RM14 je. Hehe.. Tp ni cover yang baru..Cahaya beli masa 1st Cover. Warna oren:-) Statement yang Cahaya ingat sampai sekarang " Masa dan Kejauhan Bukan Penghalang Bila Jodoh Ditakdirkan" Alahai
Novel ni pun best jugak. Tp best lagi Manisnya Cinta la..Hehe.. Cite pasal Umar Aisy pemuda Cina Muslim jatuh hati pada kawan baiknya Iddya..Umar mulanya cuma tempat Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan. Tungguuuuu
Cite ni xingat sangat. Tapi bestla.. Adegen romantik2 ala2 Nora Elena tu.. Hehe
Ha yang ni xpenah bace lagi.. Tp klu dh antara Top 10 terlaris di pasaran musti la best kan.. Harap2 bestla..hehe

Alahai cepat2 la siap cite2 ni smua ye.. Tak sabar nak tengok.. Balik ni mcm rasa nk ulang bace je..Hahaha..Musti dapat jelingan En Pelangi ni..Hehe

Sunday, June 5, 2011

Selamat Hari Ahad



Selamat hari AHAD smua..Selamat bersenang2 di hujung minggu...
Shopping or kemas rumah???
Cahaya kemas sikit2 je..pastu g jalan2 jap.. Jap je pun..g makan (xsudi nk masak di hari minggu) hehehe bertuah punya isteri....

Kn seronok naik buai mcm ni..ditemani tiupan angin sepoi2 bahasa...:-)



Manisnya rasa di hujung minggu kn..Masa berehat, masa besantai...
Tp jangan manis sgt mcm aiskrim tu ye..Bahaya...nanti kena diabetes plak...huhuhu

Thursday, June 2, 2011

Angkara BINATANG!!!!!



--KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.


Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu--

Nauzubillahi minzalik.... Ape nk jadi ni.. Binatang pun x kejam mcm ni tau.. Alangkah malangnyer mereka yang mengaku diri sebagai manusia tapi rupanya lebih teruk dari binatang...Binatang pun xsanggup tgk kekejaman begitu!!!



Monday, May 23, 2011

NUR KASIH THE MOVIE




Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Akhirnya tercapai juga la hasrat Cahaya nak pegi tgk Nur Kasih The Movie ni.. Kisah cinta dan pengorbanan.. Cahaya boleh bg 3 Bintang la kat cite ni.. Drama lebih mendalam & menusuk hati dan perasaan.. Hehe
Kagum dengan watak Aidil yang menyimpan duka saat kehilangan isteri.. Menyembunyikan hiba dlm tawa.. Keletah Mia Sara yang jadi anak Aidil sgt best.. Ketabahan Nur saat mencari suami yang hilang di padang pasir..Semua perasaan bercampur menjadi satu.. Ada sedih, ada kecewa, ada gembira dan bahagia.

"Semakin dekat penderitaan menghimpit kita, bermakna makin dekatlah nikmat Allah menghampiri kita"