Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Friday, April 23, 2010

Sweet Moment

Salam..

Kelmarin teratak Cahaya dikunjung sahabat baik Cahaya dulu kini & selamanya..Puan Nur Maizatul Akhmar, Suami + anak... dan juga Cik Norhasikin + tunang..

Tujuan kedatangan mereka adalah kerana Cik Kikin nak hantar kad undangan perkahwinanyer.. Buat pertama kalinya Cahaya dpt kumpulkan mereka dibawah 1 bumbung..Alahai rasa sweet sgt saat tu.
Saat Cik Kikin hulur kad kahwinyer..Di hadapan kami berdua..Tgk Musa & Jamal bersembang bersama.. Tgk Musa layan anak mai.. Alahai..Saat ni tiba juga kan.. Sembang2 gelak2.. mcm masa2 belajar dulu..

Pada Sahabat sejatiku..thanx atas kunjungan..nanti dtg lagi ek..
Pasni Mai musti dh jarang dtg cz dia dh pindah ke Kota Warisan..(sebelum ni berselang pintu je) :-)
Ikin pun dh nk kawin bulan depan.. Musti dh sibuk2 layan hubby.. Xde la tu jawabye nk menjenguk teratak Cahaya ni..:-(
Apepun Syukur sgt2 atas kurniaan ilahi ni..Nikmat rasa bahagia yg menyelubungi kami semoga terus berkekalan. Kita kawan selamanya kan..:-)


Bersama Cik Kikin makan kat KFC



Bersama Puan Mai di hari persandinganyer



Giler lama kenangan gambar ni..Korang ingat lagi x apa jadi masa malam ni?? Di hati ini hanya tuhan yang tahu kan...:-)Luv u all:-)


Monday, April 5, 2010

Terimalah kekurangan Suami seadanya

Salam..


Tadi Cahaya terima email ni dari seorang teman. Menarik untuk dikongsi bersama...

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya,
Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan,
Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".


Alahai...termenung seketika membaca email ni. Tak de salahnya.. Semua diakui benar. Kadang2 kita xleh mengimpikan segalanya indah akan berlaku dlm hidup kita kn. Cahaya pun rasa takut juga andai suatu hari, ujian menimpa.. mampukah Cahaya & Dirinya menempuh dengan sabar??? Hanya doa yg mampu Cahaya panjatkan agar wlu bagaimana pun ujian yg menimpa, janganlah terlalu lemah diri ini dan dirinya untuk menghadapinya.. Dan jangan lah kami di duga dengan ujian yg tak mampu kami tanggung.. Semoga kebahagian kita smua berpanjangan.. Dan semoga Cahayalah rusuk kirinya yang dijadikan sejak AZALI lagi...

Sunday, April 4, 2010

Semangat Kembali

Salam..


Hujung minggu yang meriah bagi Cahaya.. Wlu sebenarnya xde la apepun yg belaku.. CUma sejak 2mgu kebelakangan ni mmg Cahaya xde mood sikit. Tah nape tah.. Persiapan untuk Big Day pun dihentikan buat sementara waktu.. Ada ganguan jiwa sebentar.. Hehe mcm serius je kn bunyiye. Xdala cuma Cahaya rasa down, boring & xde mood nk wat ape2 persiapan. Start hr sabtu tu alhamdulillah, semangat Cahaya yg hilang seketika dh kembali lagi. Puncanya bila tgk my best fren Cik Kikin wat persiapan untuk majlis dia. ha baru la aura Cahaya kembali lagi. Huhu.. Bestkn kin, mlm tu kita duk hias dulang ko sesama.. ALhamdulillah atas nikmat rasa ini:-)
Pagi sabtuyer plak kami ada agenda tersendiri. Dlm kul 10pagi bertolak ke Nilai bersama CIk Kikin dan bondanya..Huhuhu lenguh2 kaki jalan dari satu kedai ke kedai. Konon2nya Cahya just nak teman je..last2 Banyak gak barang2 Cahaya beli..huhu. Kelakar kat mak Cik Kikin tu.. Smua kedai dia masuk dia ckp ape tau."Ala bagi la murah2 sikit.Ni kembar nak kawin ni..heheh" Muka2 org kedai tu smua blur je..Kembar tp muka mcm xsama je kn..hahahaha..Lawak la mak ko long:-)

Semangat tu bila balik umah terus wat keja2 Cahaya lak.Bukak balik kotak2 bunga Cahaya tu.. Duk diam2 kat umah wat sensorang..Huhu.. Hantaran & bunga telur dh hampir siap.. Rajinyer la budak sorang ni kan:-) Nama je duk umah, tp murah rezeki Cahaya hujung mgu ni.. Bemula ptg sabtu, ada cokodok org bagi wat minum ptg.Comel2 cokodok dia:-).. Esok pagi2 dapat maggi grg lak.. Sedap2..Petang sampai lak laksa.. Wah bagus tul tajaan makanan minggu ni.. Mekasih la pada smua yg terlibat ye..Kecik tapak tangan, court depan umah Cahaya tadahkan..huhu.. Jangan kata nk tgk pic ek..Satu pun xde gmbr yg Cahaya ambik..So gunakan imaginasi memasing ek..huhu