Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Wednesday, March 31, 2010

Bersediakah???

Salam..


1 Persediaan Minda dan Kerohanian.
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting,begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi,menguruskan sumber (masa,wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan.

2 Persediaan Fizikal
Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual.Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Ia juga merupakan faktor utama
bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat.Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin.Bagi seorang wanita,mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan,kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung.Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.

3. Persedian Ekonomi
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya.Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

4. Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua
pihak.Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan.Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing
..



Tuesday, March 16, 2010

Jom Ke Terengganu

Salam..

Ni nk cite sikit la ni. Sminggu yang lalu Cahaya telah ke Terengganu ada kursus AKRAB.. Untuk pengetahuan smua AKRAB ni adalah Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam. Ala2 pembimbing rakan sebaya la klu kat sekolah tu.. Ha ok x? Cahaya kena jadi AKRAB. So pasni sesapa yg rasa2 memerlukan khidmat nasihat kaunseling ni, leh jumpa Cahaya ek..hahahhaha..idak ler smpi tahap kaunselor... Just fasilitator je..
Tahun lepas dh pegi dh untuk tahap 1. So ni sambungan la sebelum ditauliahkan sebagai Ahli AKRAB. Siap ada test lagi tu. Dan yg bestyer Cahaya antara yg paling tinggi tau ms ujian tu..Layak sesangat2 la kn..ceh perasan giler..
Ha ni la tajukyer.. 4 hari tu duk asyik dengar ceramah je..huhuhu

Sempat lg bergambar dengan si kuda..huhuhu takutyerrr:-)

Ha cuba teka ape Cahaya tengah buat ni??? Musti ingat Cahaya tengah menari kan.. Hahahaa xde maknanya....

Sebenarnya Cahaya tengah main benda ni la..Cumil kan..Berdua denganmu pasti lebih baik..ecewah:-)

Tadi dia diatas..xbrape clear kn.. Ha ni bila dibawah boleh peluk sikit.. Pihak resort siap bagi sorang satu lagi wau ni..Mekacih2

Ni plak masa malam penutup. Ada BBQ.. Sorry la terlupa pasal diet sekejap. Hahahaha banyak betul pingan di depan Cahaya.. Tu cuma separuh je tu..Hahahaha

Ha mcm tu aktiviti Cahaya sepanjang mgu lepas..Habis kursus balik penat giler. Duk dlm bus 8jam..Smpi opis mlm jumaat kul 12.30.. Arrr esok keja..Sabor je la.. Jom la kita Tdooooo dulu......zzzzzzzzzz

Tuesday, March 2, 2010

My Best Friend's Wedding

Salam..


Terlambat sikit nk update kisah perkahwinan ni...Hehe maklumler isnin Cahaya cuti balik kmpg.. Banyak benda nk uruskan.. Tp xbanyak yg dapat di settle kn.Ha camne tu.. Isk isk isk.. Smlm naik opis pun, xsempat update, cz bos baru dh masuk.. Alahai bos.. Terimalah aku seadanya ye:-)

Ok seperti yang Cahaya dah janjikan, nk update pasal wedding kawan baik Cahaya iaitu Puan Zurina. Alahai kekok lak nk panggil puan ni. Huhuhu.. ALhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya sabtu lalu di Skudai Johor. Cahaya awal pagi lagi dh gerak dr putrajaya. Kul 5.30 pagi dh start enjin keta tau. Semangat x semangat la kn.. hehehe.. Sejuk dan mengantok sebenarnya.. Mujur pelangi hati sudi menemani. Mekacih ye..:-) Solat subuh & sarapan di R&R Seremban kul 6.30. Then teruskan pejalanan lagi. Kali ni Cahaya lak yang drive. Sian kat Pelangi hati cz mlm tadi dia balik keja kul 2.30.. So Cahaya ambik alih ler stereng tu. Smpi ke umah Zurina tau.. ( ha ain, aku drive tau..degil tul x caya kat aku ek:-p)

Smpi2 Ina dh siap2 pakai baju nikah. uih berdebar lak rasanya. cahaya ni mmg pantang sikit berada di majlis pernikahan org. Berdebar semacam. belum majlis sendiri lagi tu.. huhuhu..alahai anak omak:-) Alhamdulillah akhirnya pagi ni selamat dah teman Cahaya ni bergelar isteri kepada pujaan hatinya.. En Fadli Ishak.. Kul 2 lebih baru berlangsung persandingannya. Wah2 Cahaya jadi pengapit tu. isk cuak betul rasanya. Mcm semua org pandang. Padahal org pandang pengantin kan..hahahahaha perasan.:-p


Dh settle sesi di atas pelamin, pengantin turun makan kat meja makan beradap lak. Pengapit x join ler, huhu..makan bersama pelangi hati di luar dewan. Dah settle smua urusan, sesi bergambar2 Cahaya pun mintak diri nk balik la. Lewat plak dh rasanya.. Nk terus balik keputrajaya lak ni. Huhuhu...Peluk cium sikit pengantin.. Pengantin perempuan ler, sorry ek Encik pengantin i cium dulu wife u ok:-) hehehehe


So pada kedua mempelai.. Cahaya mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. sEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT. SEMOGA KALIAN MENJADI SUAMI ISTERI YANG SALING MELENGKAPI.. DAN DISERIKAN DENGAN CAHAYA MATA YANG COMEL2 MCM BONDA DIA NI..HAHAHHAHA Sempat lagi tu:-)..
Maaf ler klu ada ape2 kekurangan sepanjang Cahaya menjadi pengapit ye. Thanx for everything ye Zurina & Fadli:-)
To Pelangi Hati, thanx sgt2 cz sudi menemani.. Saat2 indah yang kita kongsikn bersama akan kekal terpahat dlm diari hati selamanya.. Terima kasih atas lagu2 yg ditujukan sepanjang perjalanan kita hr tu.. Sgt2 menghargainya:-)