Jom La Klik !!!!

Klik Saja

Monday, December 28, 2009

Lapa

Salam..

Entry ni Cahaya post dlm keadaan PERUT yang sangat lapa. Jam didinding baru pukul 3.38pm.. Arrrr camne ni. Lapa. Puncanyer cz tadi lunch x g makan. ehehehehe salah siapa!!!!
Pagi tadi housemate Cahaya bekalkn mee sanggul. Cahaya plak dh order bihun goreng. SO makan mee sanggul then bihun carry forward ke tghari. tp xsampai tghari sgt dh makan bihun cz lapa. Lunch g tdo. Bangun terus lapa. Huhuhu
Ha pada sesapa yg xkenal mee sanggul ni, Cahaya bermurah hati membekalkan gambar hasil carian di google. Ni 1st time Cahaya makan mee sanggul ni. Mekasih ye wawa bekalkan i mee ni.:-)

Ni plak bihun yg Cahaya makan bfore masa lunch sepatutnya.. Hehe tapi color lainla. Cahaya makan bihun puteh je td. Upsss mane tokeiii ni, belum bayar lagi ni.. Hahaha patutla xkenyang..:-p


Bosanyer petang2 ni. Nk wat sistem, perut lapa. Cahaya klu tgk codding ni xleh dlm keadaan lapa. Comfirm xmenjadi punya. Maklumla profesional:-p (buat masa kenyang pn xtentu jadi,ni kn plak masa lapa..Hehe) So mentara tunggu ms balik ni, Cahaya nk menjelajah dr satu laman ke satu laman je la. Mood nk wat keja dh lari.. (wlupun dr pagi tadi mood tu xdtg.. Ha apa kes??)


::Taman Alam Kuala Selangor::

Salam..

Alahai lambatnya baru Cahaya update pasal kisah ni kn. Dua minggu lepas on the way balik ke Putra, Cahaya & family singgah ke Taman Alam Kuala Selangor. Janji ngan anak sedara nk bawak dia tgk burung. SMpi ke sudah dia menuntut. Dlm hati berdoa juga moga hujan. Cz Cahaya malas nk pegi sebenarnya. Letih.. Hehe..
Ha ni la rombongan Cik Kiah melawat taman burung & ikan air tawar. Yg pakai gaun puteh tu la ketua rombongannye..:-)



Masa naik keretapi mendaki bukit melawati. Namanya duk dekat ngan bukit melawati, tp ni barula nk melawat kawasan. Hehe..


Bersama sang merak. Merak di rimba, Cahaya pungguk di kayangan. Bleh gtu..hehe



Best juga sesekali menghayati indahnya alam ini. Rasa best bila tgk burung, ikan.. Monyet pun ada.. Hehe:-)


Monday, December 21, 2009

:: Impian Kasih ::

Salam..

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
IMPIAN KASIH
.


** Dikesempatan ini Cahaya nk merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang teramat sgt kepada smua yang sudi membantu dalam merealisasikan majlis ini. Pada keluarga kedua2 belah pihak, terima kasih yang tak terhingga. Pada teman (Ina& Ain) yang sudi hadir walau jauh, terima kasih sangat2. Pada yang hadir,maaf atas segala kekurangan. Pada semua, doakan ikatan yang terbina ini kekal selamanya. Terima Kasih..**

Monday, December 14, 2009

:: Ketika Cinta Bertasbih ::

Salam..


Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitab ku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Aduhai terasa indah betul alunan lagu ni kan. Ketika cinta bertasbih..... Hari tu masa balik kampung asyik putar2 lagu ni je. Hehe suka sangat la tu kononyer kn:-)..
Bercakap pasal balik kmpg, esok Cahaya dah start cuti dah. Nak balik kampung lagi. Ermm apa perasaan???? Happy cz nk balik kmpg:-) Ok ke jawab mcm tu. Lusa awal muharram. Dah masuk tahun baru dalam islam. Semoga tahun baru ini menjanjikan 1001 kebahagian buat Cahaya dan keluarga. Moga tahun baru ini menjanjikan 1001 kemudahan dan kelancaran dalam kehidupan. Menanti hadirnya tahun 1431 Hijrah... Sinar baru kah??? Walaupun macam2 yang dah jadi sepanjang tahun yang berlalu, syukur Cahaya panjatkan kerana atas nikmat kurnianya, masih dipinjamkan dimuka bumi ini lagi. Apapun moga2 Allah berkati kita semua sepanjang masa ye..

Ok bye smua, Cahaya dah nak balik kmpung ni:-)


Rindu sangat pada teman ini


|| Selamat Pengantin Baru Iza ||

Salam..


Hari sabtu lepas Cahaya balik kampung. Anta mak balik kampung, and g umah kwan Cahaya kawin kat Sungai Besar. Iza ni kawan cahaya masa kat KUITTHO dulu. Kat Sungai Besar ni umah belah pengantin lelaki. Sorry xdpt g umah Iza kat terengganu. Jauh sangat:-).

Cantik tul Iza hari tu. Merah Puteh yang sangat sweet. Mula2 masa tgk konopi pn dh rasa sweet. Mcm garang je color dia. Hehehe.Masa kat sana jumpa Fad & Ipah. Adoiii lama dh xjumpa diorg ni. Xsangka jumpa kat sini. Sorang lagi kawan Cahaya yang dh lama bebenor Cahaya xjumpa nama dia Nurhidayah@Ida. Sejak habis diploma langsung xpenah jumpa dia lagi. Tp mgu lepas tetiba dia contact smula & kitorang jumpa. Dia nk kirim hadiah tuk Iza. Dan tak disangka2 Cahaya pun dpt hadiah gak. Kelakar la Ida ni. :-) Apapun thanx sangat2 atas hadiah yg sangat bermakna tu..

Ermmm tetiba terasa rindu kat kawan2 masa diploma dulu. Lama sangat dah masa tu berlalu. Kadang2 masuk facebook dapat la tgk balik gambar2 lama.. Rasa nak gelak pun ada.. Insyaallah, dalam pala otak Cahaya ni ada gak perancangan nk wat reunion kawan2 smua. Nantila tunggu sikit masa lagi ye. Klu smuayer dh rancang elok2, cahaya akan lancarkan Reunion kami smua.. Hehe..Bila la tu ek????


Thursday, December 3, 2009

::SuJuD::

Salam..


Bila dilanda musibah Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur harapan yang dah terkubur
Diberi arah untukku teruskan

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya


Ermmm u all penah dengar lagu ni?? Mustila penah kan. Popular dah lagu abang botak ni. Hehe Cahaya suka dengan senikata lagu ni. Klu dengar je, musti Cahaya menghayati tiap baris ayatnya. Kadang2 bila kita diduga dengan macam2 ujian, kita sering merintih dan mengeluh. Jarang benar kita memuhasabah diri dengan apa yg berlaku. Cahaya harap wlu apepun dugaan yang menimpa Cahaya nanti, Cahaya dapat terus menguatkan hati menerima tiap dugaan dari Ilahi.

Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti ada HIKMAHNYA.. INSYAALLAH.


Wednesday, December 2, 2009

Tahniah Teman:-)

Salam..


Cakkkk!!!
Lama sungguh Cahaya tak menjengah ke blog kesayangan hamba ni kan.. Ha ada la yg sedang dilakukan tu..Menyibukan diri la konon2 ye.. Hehehe
Oh ye sebelum terlambat(wlu dh mmg lambat pn)
Cahaya nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.. Tahun ni alhamdulillah ada rezeki lebih, Cahaya ada wat korban kat kampung. Pagi raya tu dua ekor lembu yang menjadi korban. Ermm xde snap gambar pun. Cz masa tu Cahaya busy urus itu ini. Maklumla kena sediakan makanan untuk mereka yang mengerjakan lembu2 tu..:-)

Tu satu hal. Ni satu hal lagi, pagi hari raya yang kedua Cahaya dh balik smula ke sini. Atas urusan rasmi la kononyer.. Hehe.. Sebenarnya hari sabtu lepas, sahabat baik Cahaya, Cik Norhasikin Abu Hassan telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya.. Of course la pilihan hatinya kan..Ingat paksa2 ke?? Kuikuikui
Kepada ekin@kak long, tahniah ye. Selamat menjadi tunangan orang. JANGAN NAKAL2 TAU:-)
Bersama sebahagian dari barang2 hantaran dari pihak perempuan

Ni dari En Musa kita:-)

Senyuman penuh pergertian...

Alhamdulillah.. Long, aku dengar debaran jantung ko..Hahahahha

Isk yang belakang tu nak bergambar gak:-p


"Long, tahniah tau, Akhirnya jari disarung cincin juga. Segala perit dan kelukaan semalan usahlah dikenang lagi. Kerna aku percaya bahagia & impian hari ini lebih indah dari segala-galanya. Setiap airmata yang pernah gugur satu ketika dulu kini sudah berbalas kan.. Andai kita tahu ye long:-)"